Belum Bersedia Untuk Ada Anak? Ini Cara Berkesan Untuk Elak Hamil

Nak elak hamil secara tiba-tiba? Jika anda sedang merancang, apa kata anda baca beberapa cara untuk anda elak kehamilan yang tidak diingini.

Memiliki anak sememangnya merupakan satu saat yang indah buat kedua pasangan suami isteri. Tetapi, keputusan untuk memiliki anak ini haruslah dibuat bersama-sama pasangan. Jika anda atau salah seorang pasangan anda tidak mahu meminang cahaya mata lagi, tidak mengapa! Apa jua sebab anda jika anda sedang mencari cara mudah untuk elak hamil, anda telah datang ke tempat yang tepat!

Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang berlaku, adalah amat penting untuk anda mengetahui bagaimana proses kehamilan boleh terjadi. Ilmu itu kunci ya! 

Bagaimana anda boleh hamil?

Untuk wanita, organ reproduktif sentiasa bersedia untuk persenyawaan dan untuk kehamilan. Sewaktu proses menstruasi berlaku, telur akan dilepaskan daripada salah satu ovari ke tiub fallopia. Telur hanya akan hidup selama 24 jam selepas proses ovulasi berlaku dan sperma perlulah bertemu dengan telur untuk proses kehamilan berlaku.

Bilakah proses ovulasi berlaku?

Proses ovulasi kebiasaannya berlaku sebelum dalam tempoh 10 atau 16 hari sebelum anda mendapat haid. Kitaran haid selalunya mengambil masa 28 hari dan hari pertama anda datang haid itulah, hari pertama kitaran menstruasi anda. 

Tetapi sebenarnya sukar untuk sesiapa sahaja menjangka ketepatan masa untuk kesuburan kerana setiap wanita mempunyai waktu kesuburan yang berbeza. Ini juga disebabkan oleh kitaran haid. Sesetengah perempuan mempunyai kitaran haid yang panjang dan pendek. Perkara inilah yang menentukan proses kesuburan wanita.

Begitulah bagaimana kehamilan boleh berlaku. Sekiranya anda sedang merancang untuk tidak mendapatkan anak lagi, ini adalah antara perkara yang anda mesti ambil tahu. Jadi mari kita ketahui cara mudah untuk anda mengelakkan kehamilan.

Cara untuk anda elak hamil

Kredit: pexels

Terdapat banyak cara untuk mengelakkan anda hamil. Sama ada anda memilih cara perubatan atau cara yang tidak melibatkan pengambilan ubat. Tepuk dada tanya selera!

Anda boleh pilih cara ini sekiranya anda ingin mengelakkan kehamilan buat masa ini atau ingin menjarakkan kehamilan seperti:

#1 Merancang keluarga secara semulajadi

Salah satu cara untuk anda elak kehamilan adalah dengan merancang mengikut tarikh kesuburan anda. Periksa tarikh kesuburan anda mengikut kalendar menstrual anda dan perhatikan kuantiti dan kualiti cecair yang keluar daripada serviks. Anda juga boleh memeriksa suhu basal tubuh anda. Ini adalah beberapa perkara yang membantu anda mengenal pasti waktu anda subur. 

Jadi, bila anda dah pastikan betul-betul bahawa anda subur pada waktu ini, anda kenalah tahan diri dan elak membuat seks bersama pasangan pada tarikh anda subur. Ini adalah cara semulajadi bagi anda ingin elak untuk hamil. Ia cara yang paling mudah untuk anda ikuti. Yang penting, anda hanya perlu berdisiplin. Memang susah nak tentukan tarikh subur sebenarnya sebab setiap orang berlainan. Yang penting, anda cuba!

#2 Menggunakan kondom

Kredit: Pexels

Pemakaian kondom membantu mencegah kehamilan. Apabila kondom dipakai oleh pasangan lelaki, ianya akan mengelakkan sperma daripada memasuki faraj. Tetapi ada syaratnya. Syaratnya adalah lelaki perlulah memakai kondom dengan betul kalau tidak, ianya umpama tidak pakai!

Lelaki perlulah memakai saiz kondom yang betul. Jangan terlalu besar, dan terlalu kecil pula. Buang selepas menggunakannya dan jangan gunakan semula kondom yang telah dipakai. Ini untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

#3 Makan pil pencegah kehamilan

Kredit: pexels

Pil pencegah kehamilan atau pil kontraseptif oral boleh digunakan untuk mencegah kehamilan daripada berlaku. Apakah fungsinya? Pil ini mengandungi gabungan estrogen dan progestogen yang mengganggu atau menukar keseimbangan hormon wanita. 

Hasilnya? Ia menghalang sperma daripada bersenyawa dengan telur, menghalang pengeluaran telur dan memekatkan lendir dalam serviks anda.

Ianya sangat berkesan yang mana faktor kejayaannya dalam mengelakkan kehamilan adalah 99% peratus. Jika anda terlepas ambil pil ini sehari, peluang anda untuk hamil memang cerah!

#4 Cuba kaedah kontraseptif bagi yang ingin mengandung lagi!

Anda masih nak mengandung lagi? Mungkin anda ingin mengandung tahun depan atau sebagainya dan mahukan kaedah yang tidak menyebabkan anda kekal tidak boleh mengandung? Apa kata anda cuba long-acting reversible contraceptive atau LARC. Penggunaan kontraseptif jenis ini boleh menyebabkan anda tidak boleh mengandung bukan sahaja berbulan malah bertahun.

Ia menghasilkan hormon dipanggil progrestin yang akan menyebabkan lendir pada serviks semakin pekat. Kesannya adalah sperma tidak dapat masuk disebabkan lendir yang menyekat laluan dan ia juga menghentikan proses ovulasi. Contoh kontraseptif jenis ini ialah IUD dan implan. 

Anda juga boleh mencuba petua tradisional untuk elak kehamilan!

Baca Juga: 4 petua tradisional elak hamil yang mungkin anda boleh amalkan

Jika anda ingin elak kehamilan untuk selama-lamanya, ini pilihan anda.

Kawalan kelahiran secara kekal

Penggunaan kawalan kelahiran sememangnya adalah cara yang paling berkesan dalam mengelakkan kehamilan. Ianya adalah bersifat selama-lamanya dan kekal. Malah, proses ini tidak boleh diterbalikkan. Jika anda bercadang untuk membuat proses ini, anda tidak akan ada jalan keluar lagi dan perlu teruskan hidup dengan pilihan yang anda buat. 

Bagi wanita, kaedah kawalan kelahiran secara kekal adalah menerusi ligasi tiub. Ini bermaksud kedua-dua tiub fallopian anda akan diikat yang akan menyebabkan sperma tidak dapat bertemu dengan telur. 

Sumber: webmd

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Merancang Untuk Hamil? Ini 8 Persediaan Anda Kena Buat Elak Kecacatan Bayi

Penulis

Nina Osman