TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ramai Tak Dapat Tebus eMADANI, Ini Sebab-Sebabnya!

7 Dec, 2023
Ramai Tak Dapat Tebus eMADANI, Ini Sebab-Sebabnya!

Bantuan eMADANI ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Program eMADANI yang merupakan satu inisiatif kerajaan yang ditawarkan kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia menerusi kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-wallet yang terpilih sudah mula dituntut sejak 4 Disember lalu.

Namun begitu, ramai yang tertanya-tanya kenapa dan sebab mengapa permohonan tidak lulus ataupun tidak berjaya.

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam e-dompet tersebut.

Sebab permohonan anda tidak berjaya juga akan diberitahu.

Syarat Kelayakan Bantuan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Punca Tuntutan eMADANI Tidak Berjaya

Seorang pengguna di Twitter, @_EhEzal membuat kesimpulan kebanyakan orang tidak berjaya menebus eMADANI disebabkan tidak memenuhi dua kriteria utama iaitu tidak ada e-filling di LHDN dan tidak berdaftar sebagai penerima Sumbangan Bantuan Rahmah.

Memandangkan ada segelintir yang post mereka tidak layak untuk mendapat kredit eMadani, beberapa kesimpulan boleh dibuat. 1) Mereka tidak ada e-filing di LHDN
2) Mereka tidak berdaftar sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah pic.twitter.com/yAGqXesQke

— Ezal ???? (@_EhEzal) December 5, 2023

Lelaki itu menyarankan agar anda membuat e-filing dan berdaftar sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Kemudian, boleh cuba untuk mohon sekali lagi, kerana kredit eMadani ini boleh dituntut sehingga 20 Februari 2024.

“Langkah ini penting bukan hanya untuk tuntutan kredit e-Madani, tapi untuk bantuan lain-lain di masa akan datang. Kerajaan sedang memperhalusi kaedah untuk memberikan subsidi bersasar, jadi untuk mengelakkan ketirisan berlaku, pastinya data-data di LHDN sangat penting!

“Jadi jangan cakap ‘oh takpelah, RM100 je pun, bukan rezeki aku’ no, it’s your right, itu hak kamu, ambil hak itu. Kerajaan dah sediakan peruntukan, ambil saja.

“Insya-Allah, selesai dua ni, boleh apply semula untuk kredit eMadani. Sebenarnya bagus juga Kerajaan buat begini, sbb kalau baca komen-komen, ada yg tak pernah tau pun tentang e-filing!,” katanya lagi.

Terdapat beberapa sebab kemungkinan lain mengapa tuntutan anda tidak berjaya, antaranya :

  • Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
  • Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
  • Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
  • Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
  • Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
  • Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.

Hubungi Penyedia Perkhidmatan Jika Berlaku Kelewatan

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Anda mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan contohnya menghantar salinan kad pengenalan, untuk tujuan verifikasi.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

  • ShopeePay: +603-2777 9222 
  • MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
  • Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888
  • Setel: Emel ke [email protected] 

Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Stories Rakan Kongsi
It's Autism Awareness Month! Here’s How You Can Be Part of It!
It's Autism Awareness Month! Here’s How You Can Be Part of It!
Memahami Cara Menguruskan Wang Melalui Pengalaman Hidup Sebenar
Memahami Cara Menguruskan Wang Melalui Pengalaman Hidup Sebenar
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Red Spots On Your Child's Body: How To Tell The Difference Between Chickenpox Or Hand Foot Mouth Disease
Red Spots On Your Child's Body: How To Tell The Difference Between Chickenpox Or Hand Foot Mouth Disease

Twitter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Anda Layak Dapat Bantuan Carseat Baby? Cuba 8 Tips Berguna Ini Untuk Latih Anak Behave Dalam Carseat!

Baca juga : Senarai NGO & Tabung Bantuan Yang Dipercayai Boleh Anda Beri Sumbangan Bencana Dan Kemanusiaan

Baca juga : Senarai Bantuan Anak Lahir 2023 Mengikut Negeri, Ini Panduan & Cara Untuk Memohon

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ramai Tak Dapat Tebus eMADANI, Ini Sebab-Sebabnya!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham