Ibu Campak Anak Dari Motosikal, Cuba Elak Dari Dirempuh Lori Minyak Sebelum Ajal

Excident motor dengan lori menjadi berita kemalangan jalan raya yang menyedihkan apabila ibu cuba menyelamatkan nyawa anak sebelum meninggal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Excident motor dilaporkan semakin kerap berlaku yang akhirnya meragut nyawa dalam sekelip mata. Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita kemalangan begitu tragis melibatkan ibu, ayah dan anak masih kecil.

Apa yang pasti kehilangan secara mengejut ini memberikan kesan sungguh mendukacitakan buat seisi keluarga dan kenalan terdekat. 

Berita kemalangan jalan raya tragis: pasangan suami isteri excident motor dengan lori minyak

Menurut laporan Utusan, seorang ibu telah bertindak cepat dengan mencampakkan anaknya dari motosikal yang ditunggangi mereka sebelum menjadi mangsa kemalangan di Jalan Transyogi Cibubur, Bekasi, Indonesia.

Berita kemalangan jalan raya ini mendapat liputan CNN Indonesia yang menjelaskan bahawa kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun tersebut selamat, walau bagaimanapun ibu ayahnya meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar lori tangki minyak.

Ketika kejadian excident motor berkenaan, budak tersebut diselamatkan oleh seorang pengawal keselamatan, Kunto, 36 yang melihat mangsa menangis bersebelahan mayat ibu ayahnya.

Ketika itu juga, katanya, kecederaan yang dialami kanak-kanak itu agak serius di bahagian kepala.

”Saya lihat ramai mangsa kemalangan maut di tempat kejadian dan berusaha menyelamatkan kanak-kanak itu terlebih dahulu. Selepas memberikan bantuan kecemasan, darah yang mengalir dapat dihentikan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Mangsa seterusnya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Kemalangan paling ngeri ini telah berlaku pada hari Isnin yang lalu melibatkan sebuah lori tangki minyak. Ia telah merempuh dua buah kenderaan dan 10 motosikal hingga menyebabkan 10 orang maut.

Dalam pada itu, salah seorang ahli keluarga mangsa kemalangan motosikal berkata, kata-kata itu terjatuh sejauh 10 meter selepas dicampak ibunya dari motosikal.

”Ibu mangsa berjaya menyelamatkan anaknya walaupun dia sendiri maut di tempat kejadian kemalangan. Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan baik dan semakin aktif seperti biasa,” jelasnya.

PDRM senaraikan punca punca kemalangan jalan raya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati kematian akibat kemalangan jalan raya adalah sangat tinggi, iaitu sekitar 1.35 juta orang setahun.

Lebih merisaukan, majoriti daripada jumlah tersebut terdiri daripada golongan muda antara umur 5 hingga 29 tahun. 

Dalam kata mudah, kanak-kanak, remaja dan orang muda memiliki risiko tinggi untuk meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyenaraikan enam kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan jalan raya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut rekod kajian kemalangan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), punca punca kemalangan jalan raya adalah:

  • Memotong barisan
  • Memandu melebihi had laju yang ditetapkan
  • Melanggar lampu isyarat
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memotong di garisan berkembar
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu

Kesan kemalangan jalan raya

Peningkatan kadar kes kemalangan saban tahun memberikan kesan kepada ramai pihak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superitendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, kes kemalangan harian ketika ini telah naik ke paras 1,500 dengan jumlah kematian mencecah 16 ke 17 mangsa setiap hari.

Jika melibatkan kehilangan nyawa ibu ayah, anak yang masih kecil sekelip mata tiada tempat bergantung dan mendapat gelaran anak yatim/piatu. Setiap tragedi yang berakhir dengan kematian untuk memberi kesan emosi mendalam kepada seisi keluarga dan rakan terdekat.

WHO turut mengatakan bahawa kesan kemalangan jalan raya turut menyebabkan kerugian besar dari segi kos rawatan, kos rehat akibat kecederaan dan kos penyiasatan kemalangan.

Bagi mangsa yang terselamat dengan kehilangan upaya, kebanyakan mereka terlantar di rumah dan mengharapkan bantuan ahli keluarga untuk menguruskannya.

Kesimpulannya, rata-rata kemalangan jalan raya yang berlaku memberi kesan fizikal dan mental terhadap mangsa dan juga ahli keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang menggunakan jalan raya setiap hari, sentiasalah berwaspada dan patuhi peraturan yang telah ditetapkan. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Biasakan Anak Duduk Dalam Carseat Sejak Bayi, Elak Impak Teruk Jika Berlaku Kemalangan

Baca juga: Anak Juga Terdedah Dengan Risiko Kemalangan Di Rumah, Ibu Ayah Awasi Si Manja Anda!

Baca juga: Baru Kahwin 4 Bulan, Isteri Cedera Parah & Kedua-Dua Tangan Hampir Putus Ditikam Suami