Ruam Antara Tanda Bayi Alami Alahan Susu Formula, Boleh Datangkan Bahaya Jika Tidak Dirawat

Alahan susu formula adalah alahan makanan sebenar yang disebabkan oleh tindak balas alahan kepada protein dalam susu yang diberi kepada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alahan susu formula adalah alahan makanan sebenar yang disebabkan oleh tindak balas alahan kepada protein dalam susu yang diberi kepada bayi. Oleh itu, sangat penting untuk ibu dan ayah ketahui tanda tanda bayi alahan susu formula.

Protein yang dipanggil kasein (αs1-, αs2-, β- dan κ-) dan protein whey (dadih susu) (α-lactalbumin dan β-lactoglobulin) adalah alergen utama dalam susu. Ibu-ibu lain mungkin akan memberi cadangan untuk menukarkan susu anak kepada susu kambing.

Tetapi sebenarnya, badan anak itu masih boleh mengalami tindak balas yang sama dari mamalia lain, seperti kambing, biri-biri, kerbau dan unta kerana ia hampir sama. Adalah lebih baik kalau anak tidak minum produk susu haiwan jika mereka ada alahan susu lembu.

Alahan Susu Fomula Boleh Datang Bahaya Pada Bayi

Sekurang-kurangnya 2.5% bayi di negara-negara maju mempunyai alahan susu. Kebanyakan bayi yang mempunyai alergi susu akan menunjukkan simptom dalam bulan pertama hidup dan selalunya dalam masa 1 minggu selepas susu formula lembu diperkenalkan. 

Kebanyakan kanak-kanak akan pulih dari alahan susu lembu sepenuhnya menjelang umur 4 tahun. Walau bagaimanapun, proses ini berlaku pada peringkat yang berbeza:

  • 1 tahun: sehingga 50% daripada kanak-kanak pulih,
  • 2 tahun: sehingga 75% daripada kanak-kanak pulih,
  • 3 tahun: sehingga 90% daripada kanak-kanak pulih.

Dalam kes-kes tertentu, alahan susu boleh berterusan, tetapi jarang sehingga kanak-kanak itu dewasa. Kira-kira 75% daripada kanak-kanak dengan alahan susu lembu boleh mengambil produk susu dalam mufin, kek atau roti, tanpa mengalami apa-apa masalah.

Sebenarnya langkah menambahkan produk susu dalam kuantiti yang kecil boleh meningkatkan toleransi kanak-kanak terhadap produk susu biasa.

25 peratus kanak-kanak lain yang mempunyai reaksi alahan yang lebih teruk mungkin perlu abaikan susu sepenuhnya untuk mengelak risiko anafilaksis teruk.

Simptom Alahan Susu

Biasanya terdapat beberapa tanda bayi alahan susu formula atau alahan kepada susu lembu, mereka biasanya akan mengalami lebih daripada dua simptom pada dua sistem organnya:

  • gastrousus (cirit-birit, loya, muntah-muntah);
  • kulit (angioderma, dermatitis, ekzema, gatal-gatal) 
  • pernafasan (asma, batuk, rinitis, berdehit)

Bayi boleh mengalamai simptom yang berbeza pada masa yang berlainan. Ini bergantung kepada jumlah susu atau produk susu yang telah dimakan dan keterukan alahan individu:

Reaksi segera selepas mengambil susu yang sedikit atau tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi (beberapa minit hingga 2 jam):

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Anafilaksis adalah reaksi paling teruk yang boleh mengancam nyawa. Pesakit akan diberi suntikan adrenalina. 
  • sakit perut dan kekejangan
  • colic (bayi)
  • batuk
  • cirit-birit, najis bayi tidak sesuai susu formula juga akan mengandungi darah
  • ekzema
  • ruam kulit gatal di sekeliling mulut
  • gatal-gatal
  • bengkak pada muka
  • muntah
  • mata berair dan hidung berair
  • berdehit

Punca Alahan Susu Bayi

Menurut American Academy of Allergy Asthma and Immunology (AAAI), alahan dapat didefinasikan apabila sistem imun tubuh bertindak balas terhadap makanan manakala intoleransi pula berlaku semasa penghadaman.

Ia mempunyai gejala yang teruk di mana akan menyebabkan reaksi kepada kulit atau kesukaran untuk bernafas. Intoleransi makanan yang berlaku pula adalah disebabkan oleh bayi yang mengalami kesukaran untuk mencerna makanan dan mengakibatkan gejala gastro-usus. 

Kebiasaannya, makanan yang cenderung untuk mencetuskan alahan dijumpai dalam beberapa senarai makanan iaitu telur, kacang tanah, gandum, kacang pokok, susu lembu, ikan dan kerang. Manakala makanan yang paling biasa membuatkan bayi mengalami alahan pula adalah susu lembu dan  juga soya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 7.6% kanak-kanak yang mengalami gejala alahan makanan ini. Untuk alahan susu atau juga dikenali sebagai alahan tenusu, alahan protein susu lembu (CMPA) atau alahan susu lembu (CMA) merupakan alahan makanan yang seringkali terjadi pada kanak-kanak. 

Alahan protein susu ini terjadi apabila sistem imun badan mula bertindak balas terhadap pengambilan protein susu. Intoleransi atau sensitiviti tenusu adalah berbeza dengan alahan sebenar kerana alahan akan mencetuskan sistem imun serta masalah pencernaan manakala kepekaan terhadap susu pula menyebabkan masalah pencernaan dan ketidakselesaan kepada bayi. 

Disebabkan oleh susu lembu merupakan pengganti utama kepada susu ibu, ia menjadikannya sebagai penyebab alahan yang selalu berlaku dalam kalangan bayi. Alahan susu lembu ini mungkin berpunca daripada sistem imun tubuh bayi yang lemah di mana ia akan mempengaruhi reaksi ketika pengambilan susu lembu.

Walaupun anda perlu menghentikan pemberian susu lembu kepada bayi, itu tidak bermakna anda perlu menghentikannya buat selama-lamanya. Anda boleh cuba memberinya semula selepas beberapa bulan secara perlahan-lahan dan lihat reaksi terhadapnya. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan terhadap susu formula ini akan mula sembuh apabila usia mereka menjangkau 3 hingga 4 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawatan Untuk Mengatasi Alahan Susu Formula

Tidak ada ubat yang boleh merawat alahan susu lembu, tetapi simptom-simptom dan reaksi alahan boleh dielakkan dengan tidak mengambil produk tenusu atau susu lembu.

Ibu ayah perlu tahu perbezaan antara masalah alahan susu yang boleh mengancam nyawa dengan masalah intoleransi laktosa yang hanya menjejaskan sistem penghadaman.

Intoleransi makanan tidak sama seperti alahan kerana ia tidak melibatkan sistem imun tubuh. Anda juga boleh menukar susu lembu dengan beberapa produk susu yang terdapat di pasaran. Pilih produk susu yang mempunyai label bebas tenusu.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Jika anda mendapati bahawa anak anda mengalami gejala-gejala seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • sesak nafas
  • muka menjadi pucat atau biru
  • bibir atau lidah bengkak
  • pengsan

Sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera. Bayi anda berkemungkinan sedang mengalami “anaphylaxis shock” yang memberbahaya. Doktor akan membuat pemeriksaan serta ujian darah dan sisa kumbahan bayi anda.

Malah jika gejala yang dihidapi menjadi lebih teruk, ujian kulit turut akan dilakukan di mana susu akan diletakkan di bahagian kulit bayi untuk melihat tindak balas atau reaksinya. Untuk kes yang lebih serius pula, epinephrine akan dilakukan.

CMPA juga berupaya untuk menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh seperti paru-paru, usus dan kulit. Malah bayi turut mempunyai risiko tinggi jika mereka mempunyai masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung serta terdapat juga dalam kalangan ahli keluarga yang mengalami masalah alahan.

Malah CMPA juga turut menyebabkan bayi mengalami masalah tumbesaran, berat badan naik secara perlahan dan boleh juga menyebabkan berat badan bayi tidak meningkat.

Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti yang telah dinyatakan, hentikan sementara pengambilan susu yang mengandungi protein lembu dan segera dapatkan nasihat doktor. Doktor akan berikan rawatan serta panduan lengkap mengenainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau ibu ayah masih lagi kurang pasti sama ada bayi anda mempunyai alahan terhadap protein susu atau intoleransi makanan, dapatkan juga pengesahan dari doktor pakar, dan dapatkan panduan untuk tukar ke formula lain yang lebih sesuai.

  1. www.happyfamilyorganics.com (n.d) Is your baby reacting to something in your milk? www.happyfamilyorganics.com/learning-center/article/is-your-baby-reacting-to-something-in-your-milk/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Tanda Bayi Alami Alahan Formula, Ibu Ayah Harus Lebih Peka Tentang Susu Bayi!

Baca juga: 9 fakta tentang susu formula yang sengaja disembunyikan dari anda

Baca juga: Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

Penulis

Rosanna Chio