Finger Food Penting Untuk Perkembangan Bayi, Tapi Kalau Salah Saiz Boleh Tercekik! Ibu Bapa Tolong Alert

Finger food untuk bayi atau makanan jejari bayi disediakan dalam bentuk yang membolehkan bayi untuk memegang dan menikmatinya sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, anda perlu peka dengan langkah yang seterusnya dalam membentuk perkembangan kemahiran mereka. Disini kita akan cerita antara ciri finger food untuk bayi 7 bulan dan ke atas yang selamat untuk diperkenalkan.

Memang usia bayi seawal 6 bulan makanan seperti bubur atau puri menjadi pilihan, namun sebaik anak meningkat usia 8 bulan, finger food adalah wajib untuk diperkenalkan!

Apa Itu Finger Food Untuk Bayi

Finger food untuk bayi atau makanan jejari adalah makanan yang dipotong atau disediakan dalam bentuk yang membolehkan bayi memegang dan menyuapnya sendiri.

 Istilah “makanan jejari” merujuk kepada cebisan makanan bersaiz gigitan dan mudah dikendalikan yang boleh diambil dan dimakan oleh bayi sendiri. 

Pemberian food finger untuk bayi ini merupakan langkah penting dalam pembangunan kemahiran motor halus bayi dan membantu mereka beradaptasi dengan tekstur dan rasa makanan yang berbeza.

Finger Food Untuk Bayi Berapa Bulan

Masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan jari berbeza-beza untuk setiap bayi, kerana kesediaan perkembangan memainkan peranan penting.

Secara umumnya, kebanyakan bayi bersedia untuk finger food adalah sekitar umur 8 hingga 10 bulan.

Ciri- Ciri Food Finger Untuk Bayi

Ketika menyediakan food fingeruntuk bayi tak boleh senang senang potong bagi. Bayi bukan macam orang besar semua dah pandai. Mereka masih lagi dalam fasa belajar

  1. Saiz food finger untuk bayi lebih besar dari genggaman baby

Senang baby nak pegang, nak belek, nak gigit. Ingat baby tak boleh pegang guna jari / pinch seperti kita. Mereka masih belajar. Bila dah pandai menyuap dan gigit baru saiz dari potongan panjang jadi kiub besar (waktu ini usia lebih kurang 10bulan).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Lembut

Tahap kelembutan adalah food finger untuk bayi tersebut boleh dilenyek untuk jadi makanan baby. Kalau tak boleh lenyek, maka makanan tersebut keras dan perlu di stim/rebus untuk lembutkan lagi.

Tak kisah makanan tersebut dari kumpulan karbohidrat ke sayur ke protein ke, pastikan lembut.

  1. Jangan beri dalam bentuk bulat

Contoh buah anggur, buah kiwi, pasta makaroni, kacang. Bentuk bulat ni meningkatkan risiko untuk baby tercekik.

  1. Beri dalam kuantiti sedikit

Jika terlalu banyak sukar untuk anak capai satu satu finger food untuk bayi. Baby capai banyak sekali dan akhirnya bukan belajar menyuap masuk mulut, nanti bagi meja dan lantai makan.

  1. Sentiasa pantau anak

Walaupun sudah pandai suap dan makan food finger untuk bayi, ibu ayah tetap kena pantau untuk elak risiko anak tercekik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi harus tahu perbezaan gag reflex dan tercekik. Gag relfex apabila anak makan terlalu banyak atau perkenalkan makanan baru yang mereka tak kenal. Akan buat aksi muntah dan berbunyi ‘wuek’ air liur selalu meleleh.

Relaks, tengok anak dulu. Jangan terus ambil makanan. Tapi jika tercekik tiada bunyi dan nampak anak sukar nak bernafas, tiada air liur meleleh dan senyap. Perlu ambil tindakan segera.

Manfaat Finger Food Untuk Bayi 

Kata Dietitian Fizah dalam perkongsian dia di Facebook, finger food ini penting untuk bantu anak kembangkan skill mereka, malah ia berkait rapat dengan weaning. 

Namun katanya ibu bapa perlu peka dengan saiz finger food yang diberi mengikut usia. Jangan pakai bagi saja, ada risiko untuk buat anak tercekik! 

#1. Bantu anak kembangkan skill untuk pegang barang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penting untuk melatih anak memegang barang dengan sendiri, apatah lagi ketika makan. Ia dapat membantu mengembangkan skill mereka dengan menggunakan otot-otot dijari. Kalau anda perasan sebaik anak masuk 9 bulan ke satu tahun, mereka sudah pandai menggunakan dua jari untuk mengambil makanan. Hebat kan?

#2. Bantu anak belajar fokus untuk menyuap makanan dalam mulut

Bukan mudah nak anak fokus pada sesuatu benda, kerana mereka ini jenis tak boleh duduk diam kalau tiada benda yang mampu distract dia. Jadi dengan menyediakan finger food, anak boleh pegang sendiri makanan tersebut dan suap sendiri makanan ke dalam mulut dengan fokus, berbanding apabila dia disuap.

#3. Bantu anak menarik minat dekat makanan depan mata (guna konsep play time waktu eating time)

Anak suka melihat benda yang ada dihadapan mata, dan apabila dia boleh merasa sendiri tekstur makanan itu menggunakan tangan. 

#4. Bantu anak belajar gigit kuantiti yang sesuai (banyak sangat tak boleh kunyah nanti)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu penting tahu saiz makanan mengikut umur. Mulakan dengan potongan memanjang untuk usia lapan bulan dan potongan makin besar meningkat usia. Apabila terus bagi saiz besar ada potensi anak masukkan semua dalam mulut tanpa menggigit. 

#5. Bantu mak ayah tentukan makanan apa yang anak suka

Apabila ibu bapa beri pilihan sendiri untuk anak pilih, ia lebih mudah. Anak akan ambil dan makan apa yang mereka mahu, dari situ ibu ayah peka lah apa yang anak suka dan tidak. 

Finger Food Untuk Bayi Belum Tumbuh Gigi

Apabila bayi anda belum mempunyai gigi, memilih makanan yang betul boleh menjadi agak rumit. Tetapi jangan risau, terdapat banyak pilihan yang lazat dan selamat untuk dicuba.

Berikut beberapa pilihan finger food untuk bayi belum tumbuh gigi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Buah Lembut: Potong buah-buahan lembut seperti pisang, alpukat, dan pic masak menjadi kepingan kecil. Buah-buahan ini bukan sahaja lazat tetapi juga mudah untuk bayi anda mengunyah dengan gusi mereka.
  • Sayuran: Kukus atau panggang sayur-sayuran seperti lobak merah dan brokoli sehingga ia sangat lembut. Kemudian, potong menjadi gigitan kecil yang mesra bayi. Sayur-sayuran ini penuh dengan barangan yang baik untuk si manja anda.
  • Kiub Keju: Pilih keju lembut seperti cheddar atau mozzarella dan potong menjadi kiub kecil. Keju ialah sumber kalsium yang hebat, penting untuk pertumbuhan tulang bayi anda.
  • Buah avokado: Potong alpukat menjadi kepingan kecil yang boleh dipegang Avokado bukan sahaja lembut tetapi juga padat dengan lemak yang sihat, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk anak kecil anda.
  • Oatmeal: Masak sedikit oat sehingga ia empuk dan lembut. Bayi anda akan menyukai teksturnya, dan oatmeal memberikan tenaga dan serat yang berkekalan.
  • Yogurt: Pilih yogurt biasa tanpa gula untuk bayi anda. Anda boleh menambah sedikit bijirin mesra bayi untuk kelainan yang menyeronokkan. Yogurt kaya dengan kalsium dan baik untuk perut bayi anda.
  • Pisang lenyek: Tumbuk pisang masak menjadi konsisten yang licin. Makanan manis ini mudah pada gusi dan memberikan rangsangan tenaga semula jadi.

Finger Food Untuk Bayi 6 Bulan

  • Brokoli dan Lobak Merah Rebus: Rebus brokoli dan lobak merah sehingga lembut, kemudian potong kecil. Sayur-sayuran ini membekalkan nutrien penting untuk bayi.
  • Biskut Bayi Larut Air: Pilih biskut bayi yang boleh larut dalam air. Ia membantu menajamkan gusi bayi dan memberikan pengalaman mengunyah yang selamat.
  • Epal parut: Parut sebiji epal yang telah dikupas untuk memberikan tekstur yang mudah dikunyah. Pastikan epal cukup lembut untuk bayi.
  • Bijirin Bayi Tanpa Gula: Berikan bayi anda bijirin tanpa gula yang boleh dicampur dengan susu ibu atau susu formula. Bijirin menyediakan nutrisi tambahan untuk si manja anda.
  • Kentang Masak Lembut: Rebus kentang hingga empuk dan potong kecil. Kentang membekalkan karbohidrat yang diperlukan untuk tenaga.

Finger Food Untuk Bayi 7 Bulan

  • Telur: Telur mempunyai tekstur yang lembut dan mudah ditelan. Semasa memberi telur, perhatikan sama ada bayi menunjukkan reaksi alahan kerana telur adalah salah satu pencetus alahan. Untuk kanak-kanak berumur 6–8 bulan: Didihkan air dan rebus telur selama 15 minit. Potong telur menjadi empat atau jalur.
  • Tauhu: Pilih tauhu yang pejal tetapi masih agak lembut, daripada tauhu lembut kerana ia lebih berkemungkinan hancur di tangan bayi anda dan mengganggunya. Untuk kanak-kanak 6–8 bulan: Perah lebihan air. Potong mengikut saiz yang boleh dipegang oleh bayi anda.
  • Brokoli: Kukus selama 8-10 minit atau panggang.
  • Ubi keledek: Ubi ini mengandungi serat yang diperlukan untuk pencernaan yang sihat. Untuk kanak-kanak 6–8 bulan: Rebus keseluruhan ubi keledek sehingga masak. Kupas dan potong selebar jari orang dewasa.

Finger Food Untuk Bayi 8 Bulan

  • Kepingan roti yang dipanggang. Nak lagi sedap sapu bersama puri sayur atau buah
  • Ketulan kecil buah-buahan seperti pisang, mangga, buah pir, tembikai susu, betik dan lain-lain.
  • Tauhu berbentuk kiub. 
  • Pasta yang dipotong kecil. 
  • Keju lembut yang dipotong kecil.
  • Telur rebus cincang.
  • Sayur yang dimasak lama seperti lobak, kacang pis, timun, ubi keledek dan lain-lain. 
  • Brokoli atau kobis bunga yang dimasak. 
  • Ayam dan daging yang dipotong kecil dan dimasak sempurna. 
  • Kentang goreng homemade 

Resep Finger Food Untuk Bayi 7 Bulan 

#1. Potato stick ( finger food )

  • Kentang
  • Sayur pakchoy
  • Carrot
  • Tepung jagung

1. Rebus/kukus ubi kentang sampai empuk
2. Carrot & pakchoy (rebus sekali)
3. Kentang empuk masuk carrot,pakchoy & masuk tepung jagung pastu gaul & bentukkan jadi stick
4. Goreng & siap * kalau letak ayam pun sedap

#2. Pankek Oat Dan Epal

  • separuh biji epal dikukus dan dipurikan
  • telur 1 biji
  • 2 sudu oat
  • tepung jagung 
  • minyak masak sesudu
  • sedikit air/susu full cream
  1. Kisar semua bahan sehingga sebati. Masak atas non stick pan.

#3. Veggie Scramble Egg

  • 1 biji telur
  • sayuran hijau dicincang
  1. Kacau telur bersama sayur cincang. goreng sehingga masak. siap dihidang

#4. Waffle Oat Kurma

  • Telur
  • Oat
  • Tepung
  • Kurma (buang biji, dibersihkan, rendam air panas)
  • Minyak
  1. Kisar semua bahan. Boleh masukkan adunan ke dalam waffle maker

#5. Potato Smile

  • 2 biji ubi kentang
  • Tepung jagung 3 sudu
  • Serbuk ayam 1 sudu
  • Carrot sagat 1 sudu
  1. Steam potato, lenyek kemudian tambah semua bahan lain. Goreng. Siap!

#7. Jejari/Bebola Ikan

  • 2 ketul ikan tenggiri
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 – 1.5 sudu besar tepung jagung/tepung ubi
  • 1 sudu besar lada putih
  1. Blend isi ikan & bawang putih
  2. Tambahkan tepung jagung & lada putih sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dijadikan bebola/jejari.
  3. Rebus dalam air mendidih hingga timbul
  4. Sejukkan & simpan dalam freezer sebagai stok.

#7. Potato Fritters

  • Kentang 2 biji ( sagat kasar)
  • Telur 1 biji
  • Sawi
  • Tepung jagung 4 sudu makan
  • Tepung gandum 3 sudu makan
  • Serbuk ayam homemade
  1. Gaul semua bahan sebati. Jangan masukkan air kerana adunan ni akan automatik berair lepas gaul-gaul nanti
  2. Panas kan minyak kemudian sudukan leper dan goreng. Siap!

Semoga artikel ini bermanfaat.

Dietitian fizah, Happy Baby Foods Malaysia (HBFM)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi 6 Bulan Makan: Panduan Jadual Makan Bayi, Waktu Makan Bayi & Berapa Banyak Bayi Makan

Baca juga: Makanan Berkhasiat Untuk Bayi: Makanan Untuk Anak Anda Berumur 6 Bulan

Baca juga: Garis Panduan WHO Untuk Pemberian Makanan Pelengkap Bayi & Kanak-Kanak Usia 6-23 Bulan