Fungsi Vitamin B Untuk Ibu Hamil Salah Satunya Adalah Dapat Menjaga Sistem Saraf Dalam Tubuh Jadi Lebih Optimal!

Fungsi Vitamin B adalah rangsangan yang menukar makanan kepada bahan api dalam badan. Vitamin jenis ini memastikan fungsi badan berjalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fungsi vitamin B cukup penting untuk badan manusia.  Ia memainkan peranan dalam aktiviti metabolisma yang juga membantu pembinaan tenaga serta membebaskannya pada saat tubuh anda memerlukannya.

Malah, selain itu fungsi vitamin B complex juga penting bagi membolehkan sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan seseorang. Terutamanya para ibu mengandung di luar sana. Kena juga tahu apa vitamin ibu mengandung yang penting, kan?

Ini kerana ibu mengandung perlu menjaga kesihatan ketika trimester awal agar terhindar daripada apa-apa penyakit merbahaya!

Vitamin B complex yang mudah larut dalam air mampu memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Bukan sahaja memberi kesihatan untuk ibu hamil, malah sangat baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.

Fungsi Vitamin B

Untuk mendapatkan vitamin B, seseorang itu mestilah mengambil makanan atau suplemen vitamin B. Keperluan tubuh terhadap vitamin B harus dipenuhi setiap hari.

Jika badan kekurangan vitamin B, pelbagai masalah kesihatan akan timbul, seperti cirit-birit, kekejangan otot, kulit kering, anemia, kesemutan, selera makan berkurangan, keletihan, dan sistem imun yang lemah.

Jenis-Jenis Vitamin B

Vitamin B kompleks adalah rangsangan yang menukar makanan kepada bahan api dalam badan. Vitamin jenis ini memastikan fungsi badan berjalan. Seperti namanya, vitamin B kompleks mempunyai beberapa derivatif vitamin yang terbahagi kepada lapan jenis iaitu:

  • B1 (tiamin).
  • B2 (riboflavin).
  • B3 (niasin).
  • B5 (asid pantotenat).
  • B6 (piridoksin).
  • B7 (biotin).
  • B9 (asid folik).
  • B12 (kobalamin).

Setiap jenis vitamin B mempunyai fungsi yang berbeza. Walau bagaimanapun, semua vitamin B kompleks mempunyai manfaat kesihatan.

Untuk pengetahuan umum, meskipun fungsi vitamin B complex menawarkan faedah yang berbeza, anda masih memerlukan vitamin ini. Ini kerana badan seseorang itu memerlukan vitamin B untuk menukar makanan kepada tenaga supaya organ dalaman berfungsi dengan baik.

Jadi, sebelum ambil vitamin B ini – ‘study’ dulu khasiat-khasiat berdasarkan jenisnya ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut kami menyenaraikan setiap fungsi-fungsi vitamin B yang baik untuk tubuh manusia:

#1. Vitamin B1.

Fungsi vitamin B1 atau tiamin adalah untuk mengekalkan kesihatan sistem saraf dan sumber tenaga. Vitamin ini mempunyai fungsi untuk menjaga kesihatan sistem saraf. Selain itu, vitamin B1 ini diperlukan oleh badan untuk menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga.

Untuk mendapatkan vitamin B1, anda boleh makan makanan yang kaya dengan B1, seperti susu, telur, daging lembu, roti bijirin penuh, kekacang dan buah-buahan. Sila ambil perhatian, pengambilan harian vitamin B1 untuk lelaki adalah 1 miligram, manakala untuk wanita pula ialah 0.8 miligram.

#2. Vitamin B2.

Fungsi vitamin B2 atau fiboflavin adalah untuk mengekalkan kesihatan kulit dan mata. Vitamin ini diketahui mampu mencerna protein, karbohidrat, dan lemak yang masuk ke dalam tubuh.

Untuk mendapatkan vitamin B2, anda boleh makan telur, ikan, susu, nasi dan sayur-sayuran.

Pastikan anda menjauhkan makanan ini dari cahaya matahari langsung. Pendedahan kepada cahaya matahari langsung boleh merosakkan vitamin B2 yang terkandung di dalamnya.

#3. Vitamin B3.

Fungsi vitamin B3 atau niasin adalah untuk mengekalkan dan memastikan kerja sistem saraf. Selain itu, vitamin ini juga boleh menukarkan makanan yang tumbuh menjadi tenaga. Untuk mendapatkan vitamin B3, anda boleh makan makanan seperti susu, ikan, telur, daging lembu dan kekacang.

Sila ambil perhatian, keperluan harian vitamin B3 untuk lelaki ialah 17 miligram, manakala wanita adalah 13 miligram.

#4. Vitamin B5.

Vitamin B5 atau asid pantotenik berfungsi dalam penghasilan hormon dan pertumbuhan badan. Vitamin ini juga boleh menukarkan makanan yang masuk ke dalam badan kepada tenaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mendapatkan vitamin B5, anda boleh makan makanan seperti daging lembu dan ayam, tomato, kentang, beras perang dan brokoli.

#5. Vitamin B6.

Vitamin B6 atau pyridoxine berfungsi untuk mengedarkan oksigen ke seluruh badan. Vitamin ini juga berguna untuk mengekalkan otot, saluran penghadaman dan beberapa sistem imun.

Untuk mendapatkan vitamin B6, anda boleh makan makanan seperti susu, kentang, kekacang, ikan, pisang dan ayam. Keperluan harian untuk vitamin B6 bagi lelaki ialah 1.4 miligram, manakala bagi wanita ialah 1.2 miligram.

#6. Vitamin B7.

Vitamin B7 atau biotin berfungsi untuk memecahkan lemak dan karbohidrat. Ini bererti, vitamin ini memainkan peranan penting dalam proses pemecahan lemak dan karbohidrat kepada asid lemak dan glukosa supaya tenaga dihasilkan untuk tubuh.

Untuk mendapatkan vitamin B7, anda boleh makan makanan seperti salmon, pisang, lobak merah, hati dan bijirin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Vitamin B9.

Vitamin B9 atau asid folik berfungsi untuk menjaga kesihatan janin dalam kandungan.

Pengambilan vitamin ini diketahui dapat mengurangkan risiko kecacatan pada sistem saraf pada bayi dalam kandungan. Terutamanya yang berkaitan dengan sistem saraf pusat, seperti spina bifida.

Untuk mendapatkan vitamin B9, anda boleh makan makanan seperti kekacang, brokoli, asparagus, bijirin dan hati ayam.

#8. Vitamin B12.

Vitamin B12 atau cobalamin memainkan peranan penting dalam membantu penghasilan sel darah merah. Selain itu, vitamin ini dapat menyihatkan sistem saraf badan, dan menukarkan makanan yang masuk ke dalam badan kepada tenaga.

Untuk mendapatkan vitamin B12, anda boleh makan makanan seperti daging, salmon, keju, telur dan susu.

Kepentingan Vitamin B Untuk Ibu Mengandung

Ianya adalah wajar untuk ibu mengandung mencari sumber terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan nanti, bukan? Jadi, sebab itulah anda perlu mengetahui lebih mendalam tentang kepentingan vitamin B complex untuk ibu hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang benar, salah satu soalan paling popular dalam kalangan ibu hamil adalah berkaitan dengan keperluan pengambilan vitamin ataupun suplemen kesihatan.

Tapi perlu diketahui juga bahawa diet seimbang merupakan cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh kedua-dua bayi dalam kandungan, serta ibu hamil itu sendiri.

Tapi sebelum itu, kami akan mengupaskan beberapa kepentingan serta fungsi vitamin B complex ini untuk para ibu hamil di luar sana agar anda boleh mengerti lebih mendalam. Penting juga ya!

#1. Fungsi Vitamin B: Mengelakkan Kekejangan Kaki dan Perut.

Perlindungan terhadap sistem saraf ibu mengandung sangat penting ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pelbagai komplikasi. Ibu hamil sering mengalami masalah berkait sistem saraf ia termasuk rasa kejang di kaki, betis dan rasa kejang di perut. 

Selain itu sistem saraf juga berhubung kait dengan otak dan emosi ibu hamil, disebabkan itulah ia sangat penting untuk dijaga kerana boleh menyebabkan berlakunya kegagalan organ-organ penting dalam tubuh. 

Nutrisi yang cukup dapat membantu ibu hamll terus kekal bertenaga. Anda boleh mendapat kebaikan vitamin B complex ini secara semulajadi daripada brokoli, kuning telur dan beras perang. Jika tak lalu makan, boleh dapatkan dalam bentuk pil di farmasi atau klinik.

#2. Fungsi Vitamin B: Mengurangkan Masalah Kulit Serta Rambut Yang Tidak Bermaya.

Tidak dinafikan, kehamilan akan menyebabkan perubahan hormon yang besar kepada ibu hamil menyebabkan berlakunya tindak balas pada kulit dan juga rambut. Jangan terkejut jika ibu hamil anda akan rasa kulit lebih berminyak selain rambut jadi terlalu kusam. Jadi perli diketahui bahawa pengambilan B complex akan mengurangkan beberapa masalah disebabkan oleh perubahan hormon ya!

#3. Fungsi Vitamin B: Tidak Mudah Jatuh Sakit dan Boleh Tingkatkan Sistem Imun Tubuh Ibu Hamil.

Ibu hamil yang rutin hidupnya termasuk pemakanan tidak dijaga dengan baik akan mudah terkena penyakit. Malah sistem imun tubuh yang kurang baik akan menyebabkannya mudah diserang penyakit.

Disebabkan itu mereka perlu mengambil makanan yang mengandungi vitamin B complex bagi menghindar daripada penyakit. Sangat penting untuk ibu hamil menjaga pemakanan mereka supaya tidak memudaratkan kesihatan bayi. Apa yang penting jangan malas untuk mendapatkan nutrisi terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Fungsi Vitamin B: Dapat Mengelakkan Kecacatan Bayi Ketika Dilahirkan.

Ibu hamil yang tidak cukup nutrien dan vitamin yang sepatutnya diambil lebih berisiko melahirkan bayi yang mempunyai kecacatan ketika lahir.

Pastikan anda berusaha untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin B complex agar dapat mengurangkan risiko bayi lahir cacat.  Utamakan pengambilan vitamin B9 dan asid folik sebagai ikhtiar untuk memastikan bayi lahir sempurna dan mengelak daripada pelbagai risiko yang tidak diigini.

Selain itu, vitamin B complex juga dikatakan mampu meningkatkan kecerdasan bayi dalam kandungan.

#5. Fungsi Vitamin B: Dapat Mengurangkan Sembelit.

Tidak dinafikan, masalah ibu mengandung dan sembelit memang tidak dapat dipisahkan kerana semakin bayi membesar ia akan menekan usus ibu dan menyebabkan ibu alami sembelit. Oleh itu, pengambilan vitamin B complex dapat mewujudkan sistem pencernaan yang sihat kepada ibu hamil.

Beberapa vitamin B complex yang boleh dipilih untuk meminimakan gangguan sistem pencernaan selama kehamilan termasuklah vitamin B1, B2, dan B6. Tambahan pula, vitamin B3 juga berhasil dalam mengatasi masalah pencernaan, meredakan sakit kepala yang sering terjadi selama hamil dan mengurangkan rasa mual dan muntah.

Kesan Kekurangan Vitamin B

Individu yang mengalami kekurangan vitamin B12 akan sering kelihatan pucat atau sedikit kekuningan pada kulit dan mata putih mereka. Keadaan ini akan terjadi kerana kekurangan vitamin B12 yang menyebabkan badan sukar untuk menghasilkan sel darah merah.

Antara tanda-tanda bahawa tubuh anda kekurangan Vitamin B adalah seperti berikut:

  • badan terasa lemah.
  • mudah tersinggung.
  • daya ingatan berkurangan.
  • hilang selera makan.
  • gangguan tidur.
  • sakit perut.
  • pengurangan berat badan.
  • mata kemerah-merahan.
  • kulit bersisik.
  • bibir kering.
  • jangkitan mulut.
  • sensitif kepada cahaya, dan banyak lagi.

Kalau boleh, ‘suapkan’ badan anda dengan nutrien dan juga suplemen yang mencukupi agar kita dapat meneruskan aktiviti seharian dengan baik dan sentiasa bertenaga.

Dan jika anda merasakan gejala-gejala yang muncul menganggu kehidupan seharian, jangan berlengah lagi. Cepat-cepat jumpa doktor!

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

Baca juga: 9 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Ini WAJIB Diambil Setiap Hari Agar Bayi Sihat & Kuat

Penulis

Murns A.