X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Galaxy Tab A8 Baru Dari Samsung: Lebih Kuasa, Lebih Prestasi dengan Skrin Lebih Besar

6 min bacaan
Galaxy Tab A8 Baru Dari Samsung:  Lebih Kuasa, Lebih Prestasi dengan Skrin Lebih Besar

Galaxy Tablet A8 daripada Samsung ini mengoptimumkan rutin harian anda, daripada hiburan hinggalah ke pembelajaran hibrid

Samsung Malaysia Electronics hari ini telah melancarkan secara rasminya Galaxy Tablet A8, peranti paling berkuasa dan diperkemaskan dalam siri Tab A.

Galaxy Tab A8 mempunyai saiz skrin yang mengagumkan, kuasa dan prestasi dalam reka bentuk yang tipis dan ringan yang sedia untuk digunakan untuk pembelajaran, hiburan dan banyak lagi. Ia menawarkan pengalaman mudah alih menawan yang sepadan dengan gaya hidup dan belanjawan harian pengguna dan menyegerakkan secara lancar dengan peranti Galaxy lain.

“Tablet kini amat diperlukan oleh ramai, terutamanya dalam dunia di mana pembelajaran yang berlaku di rumah adalah perkara biasa”, kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

“Produk ini merupakan peranti yang sesuai untuk ramai orang memanfaatkan aktiviti mereka di rumah dan semasa dalam perjalanan. Memandangkan lebih ramai orang menggunakan tablet untuk panggilan video, di kelas, dalam talian, permainan dan penstriman, Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan ciri baharu yang cemerlang untuk membantu pengguna berhubung pada tahap baharu.”

Semua Yang Anda Ingin Lihat & Lakukan Dipertingkatkan

Galaxy Tablet A8

Pengalaman Galaxy Tab A8 bermula dengan reka bentuk khas Samsung yang disukai oleh pengguna siri Tab S. Bentuknya yang ringan mempunyai skrin 10.5-inci yang diperluas dengan bezel 10.2mm yang sangat tipis dengan nisbah aspek sebanyak 16:10.

Hasilnya ialah 80.1 peratus nisbah skrin kepada tablet yang membolehkan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan berbanding model tablet terdahulu.

Sama ada pengguna menstrimkan rancangan kegemaran, bermain dengan rakan-rakan atau berhubung dengan keluarga melalui panggilan video, pembesar suara quad Galaxy Tab A8 dengan Dolby Atmos® memberikan audio yang kaya dengan perincian, kedalaman dan realisme yang tiada tandingan. Galaxy Tab A8 tersedia dalam warna Kelabu dan Emas Merah Jambu baharu.

Galaxy Tablet A8

Di sebalik paparannya yang mengagumkan, Galaxy Tab A8 mempunyai lebih banyak kuasa dan prestasi untuk pengalaman siri Tab A Samsung yang memuaskan.

CPU dan GPU Galaxy Tab A8 telah ditingkatkan sebanyak 10% untuk memberi prestasi yang lebih pantas dan lancar tanpa sekatan yang mengecewakan.

Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan 3GB RAM dan 32GB storan dan ciri kad MicroSD yang boleh ditambah untuk membolehkan pengguna memiliki sehingga 1TB ruang. Bateri 7,040mAh dengan pengecasan pantas sehingga 15W memudahkan pengguna menstrim pelbagai kandungan media selama berjam-jam tanpa risau kehilangan kuasa.

Galaxy Yang Memberikan Kemudahan dan Perlindungan

Galaxy Tablet A8

Galaxy Tab A8 memberikan pengalaman yang menghiburkan dan produktif, dipertingkatkan oleh ekosistem terbuka peranti Galaxy yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan seharian lebih mudah dan berfaedah.

Dua tahun yang lalu telah membuktikan bahawa tablet boleh menjadi pintu masuk kepada pengalaman yang lebih baik—sama ada untuk bekerja ataupun untuk bermain.

Galaxy Tablet A8 menawarkan kandungan pendidikan interaktif yang mantap dan kawalan ibu bapa yang memudahkan ibu bapa untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menarik di rumah atau semasa dalam perjalanan bagi anak-anak mereka.

Pengguna dengan serta-merta boleh mengakses rumusan komprehensif penggunaan peranti dan semua aktiviti di satu tempat dan boleh menetapkan matlamat tempoh masa penggunaan skrin dan menjejak kemajuannya sepanjang minggu.

Kanak-kanak juga boleh menikmati pengalaman tablet yang menyeronokkan dan mengikut pilihan peribadi hasil usahasama Samsung dan rakan kongsi kandungan global, dan juga keupayaan untuk menyesuaikan skrin utama dengan ikon dan skema warna yang menyeronokkan.

Galaxy Tablet A8

Untuk menjalankan pelbagai tugas pada masa yang sama dengan lebih mudah dan berkuasa, anda boleh membahagikan skrin anda dan menggunakan dua aplikasi bersebelahan, dan menambah tetingkap pop-up dengan Multi-Active Window.

Jika anda berada di dalam kuliah, anda boleh berbincang dengan rakan sekelas secara serentak, mencatat nota dan meneliti pembentangan sekaligus. Dan apabila melayari internet, hanya seret pautan dari tetingkap semasa anda ke tepi skrin untuk membuat skrin pisah. Ciri Drag & Split secara automatik membuka tetingkap pelayar internet kedua untuk pengalaman melayar web yang lebih dinamik.

Dengan kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP dan ciri Screen Recorder serba baharu, pelajar, guru dan juga pemain tidak akan terlepas apa-apa. Anda boleh merakam video tutorial atau kuliah yang jelas dan terperinci, atau merakam diri anda semasa membuat demonstrasi dengan suara dan skrin anda.

Galaxy Tab A8 Baru Dari Samsung:  Lebih Kuasa, Lebih Prestasi dengan Skrin Lebih Besar

Ciri ini membolehkan anda merakam diri anda membuat anotasi, sambil anda menyerlahkan perkara penting atau menulis pada skrin, untuk memadankan apa yang anda perkatakan dengan apa yang anda lihat, dan ini dapat membantu anda fokus dengan lebih baik dan memahami nota anda.

Dan apabila anda bersedia untuk beralih daripada Galaxy Tablet A8 anda kepada telefon pintar Galaxy anda, anda boleh kongsi teks, halaman web, imej dan banyak lagi dengan pantas hanya melalui salin dan tampal yang pantas.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Keluarga Yang Seronok? Apa Kata Gabungkan Kuasa Bermain & Penyelesaian Masalah Kreatif Dengan LEGO?
Mencari Aktiviti Keluarga Yang Seronok? Apa Kata Gabungkan Kuasa Bermain & Penyelesaian Masalah Kreatif Dengan LEGO?
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda

Paling penting, pengguna boleh menikmati semua fungsi Galaxy Tab A8 dengan keyakinan dan ketenangan fikiran. Galaxy Tab A8 disokong oleh platform keselamatan Knox yang terkemuka dalam industri oleh Samsung dengan perlindungan berbilang lapisan.

Pengecaman muka memastikan pemilik Galaxy Tab A8 adalah satu-satunya pengguna yang mempunyai akses mudah kepada peranti mereka. Perlindungan yang mantap dan berterusan bagi perisian teras memastikan ancaman luar tidak boleh mendapat akses kepada peranti anda.

Promosi 

Galaxy Tab A8 Baru Dari Samsung:  Lebih Kuasa, Lebih Prestasi dengan Skrin Lebih Besar

Galaxy Tab A8 (Wi-Fi 3+32GB) kini boleh didapati dengan harga runcit yang disarankan berharga RM999. Mulai sekarang hingga 28 Februari 2022, pembeli boleh menikmati hadiah percuma dengan pembelian: satu Clear Edge Cover bernilai RM99 dan pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/galaxy-tab-a8-wifi-pink-gold-32gb-sm-x200nidaxme/ 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-a8-launch/ 

Spesifikasi:

*Semua fungsi, ciri, spesifikasi dan maklumat produk yang disediakan dalam dokumen ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faedah, reka bentuk, harga, komponen, prestasi, ketersediaan dan keupayaan produk adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Spesifikasi berbeza mengikut pasaran dan/atau rangkaian.

Samsung Galaxy Tab A8
Paparan 10.5-inci* 1920 x 1200 (WUXGA) TFT * Diukur secara menyerong sebagai segi empat tepat penuh tanpa mengambil kira sudut bulat. Kawasan yang boleh dilihat sebenar adalah kurang disebabkan oleh sudut bulat.
OS  Android 11
Dimensi 246.8 x 161.9 x 6.9mm 
Berat Wi-Fi: 508g
Kamera [Rear] 8MP AF[Front] 5MP 
Memori*

3GB RAM dengan 32GB muatan dalaman microSD** sehingga 1TB* Ketersediaan storan mungkin berbeza mengikut pasaran, model, warna atau rangkaian. Ketersediaan ruang storan sebenar mungkin berbeza-beza bergantung pada perisian yang diprapasang dan mengikut pasaran, model, saiz dan format fail.**Kad MicroSD dijual berasingan.
Pemproses Octa-Core, 2GHz
Bateri*  7,040mAh (15W Adaptive Fast Charging supported**) *Nilai biasa diuji di bawah keadaan makmal pihak ketiga. Nilai biasa ialah anggaran nilai purata mempertimbangkan sisihan dalam kapasiti bateri antara sampel bateri yang diuji di bawah piawaian IEC 61960. **15W Adaptive Fast Charger dijual secara berasingan.
Ketersambungan Wi-Fi (802.11 a/b/g/n/ac 2.4G+5GHz, VHT80)Wi-Fi Direct, Bluetooth® v5.0
Warna* Kelabu, Emas Merah Jambu* Ketersediaan warna produk mungkin berbeza bergantung pada pasaran, negara dan rangkaian.
Penyambung Type C USB 2.0, 3.5mm Ear jack
Sensor Accelerometer, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Light Sensor
GPS GPS, Glonass, Galileo, QZSS
Audio Quad Stereo Speakers, Dolby Atmos®
Sekuriti Samsung Knox, Face Recognition 
Aksesori* Book Cover, Clear Edge Cover, Protective Standing Cover*Aksesori dijual secara berasingan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nikmatilah Saat Bayi Anda Masih Newborn Walaupun Rasa Mencabar, Ia Tak Kekal Lama

Baca juga: 91% Perkembangan Otak Manusia Pada Usia 4-6 Tahun, Jadi Jangan Abaikan Golden Age Anak Ini

Baca juga: Cara Mengemas Rumah Yang Bersepah Bila Ada Anak Kecil, Suri Rumah Cuba Tips Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Galaxy Tab A8 Baru Dari Samsung: Lebih Kuasa, Lebih Prestasi dengan Skrin Lebih Besar
Kongsikan:
  • ''Share The Love, Share The Golden Break”- KitKat Eratkan Kasih Sayang Sempena Tahun Baru Cina

    ''Share The Love, Share The Golden Break”- KitKat Eratkan Kasih Sayang Sempena Tahun Baru Cina

  • Pavillion Bukit Jalil Menjemput Anda & Keluarga Menyambut Tahun Arnab Dengan Tema 'Joyful Reunion'

    Pavillion Bukit Jalil Menjemput Anda & Keluarga Menyambut Tahun Arnab Dengan Tema 'Joyful Reunion'

  • Hayat Kimya Mengukuhkan Kehadiran di Malaysia Sempena Setahun Kewujudan Jenama Molfix

    Hayat Kimya Mengukuhkan Kehadiran di Malaysia Sempena Setahun Kewujudan Jenama Molfix

  • ''Share The Love, Share The Golden Break”- KitKat Eratkan Kasih Sayang Sempena Tahun Baru Cina

    ''Share The Love, Share The Golden Break”- KitKat Eratkan Kasih Sayang Sempena Tahun Baru Cina

  • Pavillion Bukit Jalil Menjemput Anda & Keluarga Menyambut Tahun Arnab Dengan Tema 'Joyful Reunion'

    Pavillion Bukit Jalil Menjemput Anda & Keluarga Menyambut Tahun Arnab Dengan Tema 'Joyful Reunion'

  • Hayat Kimya Mengukuhkan Kehadiran di Malaysia Sempena Setahun Kewujudan Jenama Molfix

    Hayat Kimya Mengukuhkan Kehadiran di Malaysia Sempena Setahun Kewujudan Jenama Molfix

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.