Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

Gambar Mira Filzah selepas melahirkan anak sulung mendapat perhatian ramai. Dia dipuji cantik tanpa sebarang solekan, memang natural beauty!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak beberapa hari yang lalu, ramai yang tumpang gembira selepas mendapat khabar akan kelahiran anak pertama Mira Filzah dan Wan Emir. Baru-baru ini gambar Mira Filzah menjadi perhatian ramai kerana dianggap ‘natural beauty’.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Peminat puji gambar Mira Filzah dalam pantang
  • Netizen berharap agar Mira dan suami tidak menyorokkan wajah anak

Pelakon dan model muslimah ini dengan tutur kata yang sopan dan memiliki raut wajah yang begitu menawan. Meskipun baru sahaja melahirkan, dia dipuji kelihatan begitu cantik dan tidak sama seperti ibu-ibu yang lain.

Peminat puji gambar Mira Filzah dalam pantang

Suaminya, Wan Emir sempat memuat naik gambar Mira Filzah bersama bayi mereka di laman Instagram dengan meluahkan rasa syukur.

Bukan itu sahaja, dia turut berjanji untuk menjadi ibu baik yang terbaik buat anak mereka.

Wan Emir berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa mereka yang banyak memberi tunjuk ajar dan nilai pengorbanan tanpa batas daripada mereka kecil.

“Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu papa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik.

“Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb,” tulisnya di Instagam.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar turut memuat naik foto dia sedang mendukung anak sulungnya itu dan Mira Filzah bersama bayi tanpa sebarang solekan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian tersebut menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikut dan mendoakan urusan ibu bapa baharu ini dimudah-mudahkan.

Bukan itu sahaja, para peminat turut mengucapkan selamat berpantang kepada Mira Filzah. Mereka memuji dengan kecantikannya meskipun baru beberapa hari melahirkan bayi.

“Kak Mira selamat berpantang, lepas bersalin pun cantik.

“Berserinya ibu lepas bersalin.

“Baru lepas melahirkan pun ibu cantik lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Lepas bersalin pun maintain cantik, kita dulu alahai serabai.

“Glowingnya muka mummy” ujar beberapa netizen.

Netizen berharap agar Mira dan suami tidak menyorokkan wajah anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, ada juga netizen yang meminta pasangan itu tidak meletakkan pelekat pada wajah anak mereka seperti yang selalu dilakukan beberapa selebriti lain.

“Mira jangan bubuh sticker dengan muka anak okey!

“Harap tiadalah la sampai ke sudah muka baby tampal sticker” tulis netizen.

Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal.

Berita gembira itu dikongsi Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Tahniah! Mira Filzah Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Rancang Letak Nama Mula Huruf 'W'

Baca juga: Mira Filzah Hamil Masuk 8 Bulan, Nak Cuba Untuk Puasa & Teruja Bakal Beraya Bertiga

Baca juga: Tahniah! Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama, Ini Senarai Artis Bakal Bersalin 2022

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan