Selalu orang mengadu pedih ulu hati dan rasa sakit perut dikaitkan dengan gastrik. Macam mana nak tahu sama ada anda mempunyai gastrisis atau tidak? Adakah ia GERD atau gastroesophageal reflux?
Gastrik bermaksud organ perut. Manakala, gastrisis pula adalah keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Jadi, sebetulnya ia adalah penyakit gastritis.
Lebih mudah jika anda tahu di mana kedudukan perut kerana penyakit ini sering terjadi adalah pada bahagian kiri atas dan bahagian tengah atas perut.
Biasanya, ia hanya melibatkan kawasan kantung perut sahaja.
Kata seorang pengamal perubatan, Dr. Ahmad Samhan melalui hantarannya di Instagram, gastrik atau gastrisis berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.
Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.
Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.
Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis.
Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.
Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik, ia bermakna berlaku sesuatu yang mengganggu penghasilan lapisan ini.
Kongsi cara rawat gastrik dengan mudah
“Pedihnya ulu hati. Rasa macam kena bakar ni!” Inilah situasi yang biasa dialami pesakit gastrisis.
Dr. Ahmad Samhan berkongsi beberapa cara rawatan gastrik untuk merawat dan mengurangkan rasa kesakitan dan beberapa tips atasi masalah gastrik.
Antasid
Ubat yang mempunyai sifat alkali berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut. Contoh: Magnesium tricylicate.
Histamine 2 reseptor
Fungsinya untuk elakkan histamin daripada melekat ke reseptor dan sebabkan rembesan asid dlm perut semakin kurang.
Contoh: Ranitidine dan Cimetidine
Proton pump inhibitor
Keadaan asid di dalam perut adalah kerana wujudnya satu pam ini iaitu ‘proton pump’ dimana fungsinya memasukkan ion hydrogen(proton) ke dalam bahagian perut.
Antibiotik
Untuk merawat jangkitan H. pylori pula perlunya antibiotik. Contohnya: Amoxicillin, Clarithromycin
Tidak ‘skip’ waktu makan utama, juga boleh atasi masalah gastrik
Manakala, berikut adalah merupakan beberapa tips untuk mengatasi masalah gastrik:
- Ambil makanan sedikit tetapi kerap.Contohnya: sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam serta diakhiri minum malam (supper).
- Jarakkan pengambilan makanan dengan beza antaranya adalah 2-3 jam bagi selang masa setiap masa makan.
- Hadkan supper sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
- Tidak melangkau waktu makan utama.
Dalam pada itu, turut mengingatkan jika gastrik tidak dirawat dengan betul, ia akan menyebabkan gastrik ulser dan lebih teruk perut akan tembus(perforated gastric ulcer).
Bukankah mencegah lebih baik daripada merawat?
Instagram: Dr. Samhan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Elakkan Pedas & Terlalu Masam, Ini 5 Jenis Makanan Yang BERKESAN Melegakan Gastrik
Baca juga: Bimbang Gastrik Semasa Hamil? Cuba 5 Cara Efektif Ini Untuk Tangani Masalah Dengan Berkesan!
Baca juga: AWAS! Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser!