X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

AWAS! Serangan Asma Atau Kerap Semput Boleh Jadi Lebih Teruk Jika Tak Dikawal!

4 min bacaan
AWAS! Serangan Asma Atau Kerap Semput Boleh Jadi Lebih Teruk Jika Tak Dikawal!AWAS! Serangan Asma Atau Kerap Semput Boleh Jadi Lebih Teruk Jika Tak Dikawal!

Gejala asma merupakan penyakit normal, namun boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak dikawal dengan baik. Salah satu cara mengawalnya adalah dengan ubat.

Pasti ramai yang pernah dengar tentang penyakit asma atau mengalaminya sendiri. Penyakit ini bukan sahaja menyerang orang dewasa, malah golongan wanita hamil dan kanak-kanak. Namun berita baiknya, gejala asma ini tidak berjangkit atau cenderung menyebabkan kematian!

Bagi kebanyakan orang, asma adalah keadaan jangka panjang – terutamanya jika ia mula terjadi apabila telah dewasa. 

Asma didefinisikan sebagai penyakit kronik akibat tindak balas luar biasa sistem pernafasan terhadap pelbagai punca. Serangan asma menyebabkan saluran pernafasan di dalam paru-paru bengkak sehingga menjadi sempit dan mengalami radang dari semasa ke semasa sehingga berlaku perubahan pada struktur organ. 

Gejala Asma Boleh Menyebabkan Sesak Nafas!

Ia juga merupakan keadaan jangka panjang yang biasa yang boleh menyebabkan batuk, berdesir, sesak dada dan sesak nafas. Selalunya, asma boleh dikawal pada kebanyakan masa walaupun sesetengah orang mungkin mempunyai masalah yang lebih berterusan.

rawatan penyakit asma

sumber: asthmafoundation

Ada beberapa tanda boleh dikesan apabila berlaku serangan seperti gejala asma di bawah:

  • Kesukaran untuk bernafas atau semput
  • Dada terasa ketat 
  • Bunyi 
  • Batuk-batuk
  • Bunyi bersiul apabila sedang bernafas
  • Susah bercakap
  • Muka kelihatan pucat
  • Berpeluh
  • Pernafasan yang laju

Tanda-tanda gejala asma agak ketara, tetapi boleh menjadi agak berbahaya ya. Tambahan lagi sekiranya pesakit berseorangan atau apabila pesakit tidak dapat mengawal keadaan.

Stress Boleh Menyebabkan Asmapunca asma

Jadi apa yang menyebabkan penyakit asma ini? Kenapa sesetengah orang boleh menghidapinya walaupun orang sekelilingnya, misalnya adik beradiknya tidak pula ada penyakit asma?

Berkaitan: Pengalaman Asma Semasa Mengandung

Asma disebabkan oleh keradangan tiub kecil dipanggil bronchi yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Bagi pesakit asma asma, bronkus akan meradang dan jadi lebih sensitif daripada biasa!

Apabila bersentuhan dengan sesuatu yang mengiritasi paru-paru,  saluran udara akan menjadi sempit, otot-otot di sekelilingnya mengencang dan terdapat peningkatan pengeluaran lendir melekit (kahak). Faktor-faktor ini dikenali sebagai pencetus.

Antara pencetus asma termasuklah:

  • Jangkitan pernafasan dan selsema
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
  • Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
  • Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
  • Tekanan (stress)
  • Latihan (senaman)
  • Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubat anti-radang jenis bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen

Rawatan Untuk Serangan Asma

gejala asma

Walaupun tiada ubat untuk asma, terdapat beberapa rawatan yang dapat membantu mengawal keadaan dari berlakunya penyempitan saluran udara yang kekal dan masalah yang lebih berterusan.

Ubat penyelamat diambil apabila tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut secara serta-merta.

Antara ubat yang digunakan:

  • Beta-agonis dalam bentuk alat sedut (inhalation): Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol.  
  • Anticholinergic dalam bentuk alat sedut (inhalation): Ipratropium bromide (Atrovent).
  • “Systemic steroids” memerlukan penggunaan secara suntikan IV: Lazimnya digunakan untuk merawat serangan asma yang tidak pulih dengan ubatan pil atau jenis alat sedut.

Bagi mengawal gejala asma dalam jangka masa panjang, doktor mungkin akan memberi preskripsi ubat terkawal kepada pesakit. Apabila ubat asma telah diberi, pesakit asma yang baru akan diletakkan di bawah pemerhatian ahli farmasi atau doktor untuk memastikan penggunaan alat sedut dengan teknik yang betul.

Ubat-ubatan asma yang biasa dipertimbangkan adalah:

  1. “Bronchodilators” yang bertindak cepat untuk jangka masa pendek (SABA)
  2. “Inhaled steroids” (ICS) Terapi anti-keradangan untuk mereka yang mengidap asma tahap serius.
  3. “Bronchodilators” yang bertindak untuk jangka masa panjang (LABA): Boleh digunakan bersama ICS sebagai terapi kombinasi. LABA tidak boleh digunakan sebagai rawatan tunggal asma.
  4. “Leukotriene modifiers” :Berfungsi sebagai agen anti-radang.
  5. “Anticholinergic agents” :Membantu mengurangkan penghasilan lendir mukosa permukaan saluran pernafasan.
  6. Rawatan anti-IgE : Boleh digunakan dalam asma akibat alahan.
  7. Rawatan anti-IL5 :Boleh digunakan dalam asma jenis “eosinophilic”.
  8. “Theophylline” :Membantu untuk membuka saluran udara tetapi jarang digunakan dalam rawatan akibat kesan sampingan.
  9. “Monoclonal antibodies” :Rawatan tambahan yang masih memerlukan kajian mendalam.
  10. “Immunotherapy” atau “allergy shots”

Jangan sekali-kali beli atau dapatkan ubat yang disenaraikan di atas tanpa preskripsi atau dos yang dicadangkan doktor ya, apatah lagi jika pesakit sedang hamil atau menyusukan anak. Tidak salah untuk bertanya di media sosial tetapi bertindak menggunakan ubat semata-mata atas saranan pendapat orang ramai adalah tidak digalakkan sama sekali.

Semoga bermanfaat!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.AWAS! Serangan Asma Atau Kerap Semput Boleh Jadi Lebih Teruk Jika Tak Dikawal!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call, atas kebenaran mereka.

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Anda Mahu Lihat Rupa Asma Pada Bayi? Tengok Video Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • AWAS! Serangan Asma Atau Kerap Semput Boleh Jadi Lebih Teruk Jika Tak Dikawal!
Kongsikan:
  • Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

    Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

  • Ini rupanya 6 sebabnya kenapa budak kampung jarang dapat asma

    Ini rupanya 6 sebabnya kenapa budak kampung jarang dapat asma

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

    Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

  • Ini rupanya 6 sebabnya kenapa budak kampung jarang dapat asma

    Ini rupanya 6 sebabnya kenapa budak kampung jarang dapat asma

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.