X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mulut Terasa Kering Antara 13 Gejala Panic Attack Ketika Hamil, Cuba Tips Ini Kurangkan Kesannya

4 min bacaan
Mulut Terasa Kering Antara 13 Gejala Panic Attack Ketika Hamil, Cuba Tips Ini Kurangkan Kesannya

Jika gejala panic attack berlaku kepada wanita hamil, apa yang penting tenangkan wanita berkenaan terlebih dulu sebelum lakukan yang lain.

Mengandung dalam pandemik memang jadi satu cabaran yang amat besar hingga boleh menyebabkan wanita hamil terlalu risau dan boleh diserang panic attack. Kali ini kami kongsikan gejala panic attack yang mungkin boleh terjadi pada anda atau sesiapa saja.

Mungkin anda rasa anda tidak terlalu memikirkannya, tetapi jika sudah ada tanda dan gejala, mungkin lebih baik berjaga-jaga bagi mengelak suatu yang lebih buruk terjadi. 

Aa yang pasti, gejala panic attack ini kadang kala tidak disedari pun mereka yang mengalaminya, tahu-tahu saja sudah pada peringkat teruk. 

Gejala panic attack, ini yang ibu hamil perlu peka

Serangan panik atau panick attack ini adalah rasa takut atau gelisah berlebihan secara tiba-tiba. Apabila ia terjadi, degupan jantung akan bertambah laju, nafas menjadi pendek, rasa pening, otot menjadi tegang dan menggeletar. Disebabkn itu ia amat berbahaya jika menyerang ibu hamil kerana boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi kedua-duanya.

Ia boleh berlangusng selama beberapa minit atau hingga setengah jam malah boleh juga mencapai dua jam. Kekerapan berlaku tidak boleh dijangka tetap jika ia terjadi mereka yang mengalaminya biasanya akan mengalami sesak nafas. 

13 gejala panic attack

Gejala panic attack

Buat ibu hamil, kami kongsikan kepada anda gejala serangan panik yang mungkin boleh dialami. Jadi ambil perhatian kepada gejala yang dikongsikan ini bagi memastikan anda peka terhadap apa yang berlaku pada diri anda. 

  • Berpeluh secara berlebihan/peluh dingin secara tiba-tiba
  • Rasa gelisah dan berfikir secara tidak rasional
  • Mulut terasa kering
  • Otot menjadi tegang
  • Rasa sangat takut
  • Gementar
  • Sesak nafas
  • Jantung terasa berdebar
  • Degupan jantung meningkat
  • Kejang perut
  • Mengilu/sakit pada dada
  • Mual
  • Pening kepala
  • Pengsan

Penyebab panic attack

Gejala panic attack

Kredit: motherandbabyindonesia

Apabila seseorang diserang panik, otak akan memberi isyarat kepada sistem saraf untuk melawan daripada mengalaminya. Tubuh badan kemudiannya akan menghasilkan hormon adrenalin yang akan meningkatkan kadar degupan jantung, ritma pernafasan dan aliran darah ke otot. 

Ini akan mempersiapkan tubuh badan untuk melawan ketika dalam situasi tertekan dan sebagainya. Berikut adalah faktor yang dapat meningkatkan risiko seseorang mengalami serangan panik. Ia termasuklah:

  • Stres
  • Perubahan suasana secara tiba-tiba, misalnya masuk ke lingkungan yang ramai dan penuh sesak.
  • Faktor genetik atau memiliki keluarga dengan sejarah serangan panik.
  • Mengalami trauma atau pengalaman yang membuat diri sangat tertekan.
  • Pengambila kafein berlebihan atau alkohol
  • Mereka yang alaminya mungkin sedang dalam keadaan terlalu takut atau cemas seperti menonton filem seram, alami turbulence  dalam kapal terbang, hampir kemalangan dan sebagainya. 

Cara mengatasi panic attack ketika hamil

Apabila diserang panic attack, seseorang ibu hamil itu akan rasa takut, cemas, gugup hingga menimbulkan ketakutan. Disebabkan terlalu memikir, ibu hamil memang boleh diserang panic attack.

Berikut adalah cara untuk mengatasi serangan panic attack ketika hamil:

#1. Berkongsi mengenai gangguan yang dialami

Gejala panic attack

Kredit: grid.id

Jangan pendam sendiri. Cerita kepada orang lain atau orang yang anda percaya mengenai gangguan yang anda alami. Apa yang boleh membuatkan anda timbul rasa takut dan sebagainya. 

Dengan berkongsi, anda tidak akan rasa bersendirian memikul apa saja perkara yang membuatkan anda rasa runsing itu. Jadi berkongsilah perasana dengan mereka yang anda percaya.

#2. Dapatkan rawatan terapi

Dapatkan pandangan dan nasihat daripada profesional. Psikoterapi dipercayai boleh mengatasi masalah serangan panik yang timbul secara tiba-tiba. 

Jangan malu untuk berjumpa doktor atau buang stigma jumpa pakar itu sebab anda tidak siuman dan sebagainya. Lebih baik jumpa dan dapatkan rawatan secepat mungkin daripada perkara yang lebih buruk berlaku dan boleh bahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan.

#3. Luangkan waktu untuk perawatan diri

Manjakan diri anda. Atau luangkan masa untuk diri sendiri. Buat aktiviti yang anda suka tidak kira sama ada beli belah, olah raga dan sebagainya yang tidak memudaratkan bayi dalam kandungan dan juga diri sendiri. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: ibu dan balita

Baca juga: Ini Yang Terjadi Kepada Otak Ibu Ayah Apabila Dengar Baby Menangis! Patutlah Cepat Panik

Baca juga: Stres,Tidak Tidur Malam Bukan Punca Pendarahan Otak, Jangan Cetus Panik : Doktor

Baca juga: Hidung Berdarah Ketika Mengandung, Jangan Panik, Ini Yang Ibu Perlu Lakukan!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Mulut Terasa Kering Antara 13 Gejala Panic Attack Ketika Hamil, Cuba Tips Ini Kurangkan Kesannya
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham