X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Kisah Sedih Di Sebalik Gempa Bumi Turkiye-Syria, Besarnya Ujian Buat Mereka

9 Feb, 2023
7 Kisah Sedih Di Sebalik Gempa Bumi Turkiye-Syria, Besarnya Ujian Buat Mereka

Gempa bumi kuat yang berlaku di Turkiye-Syria dengan magnitud 7.8 telah mengorbankan ribuan nyawa dan terselit kisah yang meruntun jiwa

Isnin lalu, gempa bumi kuat telah melanda tenggara Turkiye pada pukul 4:17 pagi (waktu tempatan) di kedalaman kira-kira 18 kilometer berhampiran bandar Gaziantep di Turkiye yang menempatkan kira-kira dua juta orang, kata Kajian Geologi AS.

Manakala gempa bumi kedua dilaporkan berlaku pada pukul 1.24 petang (waktu tempatan) di daerah Elbistan, wilayah Kahramanmaras, Turkiye.

Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) menganggarkan bahawa angka kematian boleh meningkat hingga 20,000 orang.

Kisah meruntun jiwa tragedi gempa bumi Turkiye-Syria

#1. Bayi bertali pusat selamat di bawah runtuhan gempa bumi

kisah sedih gempa bumi turki syria

Ahli keluarga berusaha mengeluarkan bayi perempuan yang tali pusat masih melekat dengan ibunya yang sudah meninggal dunia dalam tragedi gempa bumi di Syria awal pagi semalam.

Bayi yang terperangkap di bawah timbunan bangunan runtuh akibat gempa buruk di utara negara terbabit dikeluarkan hidup-hidup meskipun ibunya meninggal dunia.

“Kami terdengar suara ketika sedang menggali (runtuhan bangunan).

“Kami segera membersihkan kotoran dan menemukan bayi perempuan dengan tali pusat masih melekat pada ibu dan kami memotongnya, kemudian sepupu saya membawanya ke hospital,” katanya kepada AFP, hari ini.

Video yang memaparkan usaha menyelamat itu tular di media sosial. Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki segera berlari daripada timbunan bangunan empat tingkat yang runtuh sambil memegang bayi kecil yang dipenuhi kotoran.

A mother in Syria gave birth to her baby before she was dead. #earthquake pic.twitter.com/HVUEqEBLRu

— Muhammad Smiry 🇵🇸 (@MuhammadSmiry) February 7, 2023

 

Kemudian seorang lagi lelaki berlari ke arah lelaki pertama sambil membawa selimut bagi berusaha memanaskan bayi dilahirkan dalam suhu bawah sifar, manakala individu yang lain menjerit meminta kenderaan untuk membawanya ke hospital.

Bayi itu dibawa untuk rawatan di bandar berhampiran, Afrin manakala ahli keluarga meneruskan pencarian selama beberapa jam lagi sebelum menemukan mayat bapa bayi itu, Abdullah, ibu Afraa, empat beradik serta seorang ibu saudara.

Menurut doktor yang merawatnya, suhu badan bayi itu telah jatuh kepada 35 darjah Celsius (95 darjah Fahrenheit) dan dia mengalami lebam, termasuk yang bersaiz besar di belakangnya, tetapi dia berada dalam keadaan stabil.

”Ibu kepada bayi berkenaan (Afraa Abu Hadiya) pasti dalam berada dalam keadaam sedar semasa proses kelahiran anaknya, namun kemungkinan meninggal dunia tidak lama kemudian.” jelasnya.

Maarouf menganggarkan bayi itu dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui penyelamat, memandangkan jumlah suhu yang telah menurun.

“Jika bayi itu dilahirkan sejurus sebelum gempa bumi melanda, dia pasti tidak akan mampu bertahan selama berjam-jam dalam kesejukan. Malah, sekiranya bayi itu ditinggalkan selama sejam lebih, dia pasti sudah meninggal dunia,” katanya.

#2. Kakak lindungi adik di bawah runtuhan bangunan

gempa bumi terkini

Melalui perkongsian di laman Twitter oleh seorang wartawan Zuhair Alamosa, dia menceritakan detik-detik penyelamatan di bawah runtuhan.

Ketika usaha pencarian dan penyelamatan runtuhan bangunan susulan gempa di Syria iaitu menfokuskan kepada Idlib dan Aleppo, pasukan penyelamat berjaya menemukan dua kanak-kanak di bawah runtuhan bangunan.

Mereka kelihatan penat dan lemah kerana telah berada di bawah runtuhan begitu lama diajak penyelamat berbual-bual ketika kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.

Si kakak ditawarkan mainan, namun menolak pelawaan itu lalu meminta penyelamat mengeluarkan dia dan adiknya serta merelakan diri untuk dijadikan hamba.

“Tolong bawa saya dan adik keluar dari runtuhan ini tuan. Saya rela untuk menjadi hamba anda,” jelasnya dalam video berdurasi 17 saat itu.

#3. Bayi lelaki kembar selamat biarpun berada di bawah runtuh 40 jam

7 Kisah Sedih Di Sebalik Gempa Bumi Turkiye-Syria, Besarnya Ujian Buat Mereka

Bayi lelaki kembar menjadi antara mangsa yang dihempap ​​runtuhan bangunan runtuh dalam gempa bumi Turki. Namun begitu, mereka terselamat melalui tempoh penat selama 40 jam, di bawah runtuhan bangunan di Gaziantep, Turki.

Stories Rakan Kongsi
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!
Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur

Mereka masih hidup ketika diselamatkan oleh polis pada Selasa, 7 Februari.

Menurut Anadolu Agency (AA), tular rakaman oleh Polis Turki menunjukkan dua kanak-kanak itu dibawa keluar dari runtuhan bangunan.

“Kembar berkenaan diselamatkan kira-kira 40 jam selepas runtuhan bangunan runtuh di Gaziantep,” kata polis sambil menambah bahawa kedua-duanya adalah “kembar ajaib”.

#4. Bapa enggan melepaskan tangan anak di bawah runtuhan

7 Kisah Sedih Di Sebalik Gempa Bumi Turkiye-Syria, Besarnya Ujian Buat Mereka

Sekeping gambar yang menyayat hati menunjukkan seorang bapa memegang erat tangan anaknya yang maut dalam kejadian gempa di Turkeye menjadi viral sejak semalam.

Lelaki berkenaan enggan melepaskan tangan anak perempuannya yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda Turkiye dan Syria.

Mesut Hancer, penduduk bandar Turki Kahramanmaras, berhampiran pusat gempa, hanya duduk di atas runtuhan dan terlalu sedih untuk bercakap.

Dia enggan melepaskan tangan anak perempuannya Irmak yang berusia 15 tahun di saat tubuhnya terbaring tidak bermaya di antara kepingan konkrit.

#5. Ibu sarat mengandung

Seorang wanita sarat mengandung diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan kira-kira 40 jam selepas dua gempa bumi kuat melanda Turkiye.

Nehir Ilkova yang hamil sembilan bulan diselamatkan di Kahramanmaras iaitu pusat gempa berkekuatan 7.8 skala Richter pada Isnin lalu.

Wanita itu kemudian segera dihantar ke hospital oleh pasukan penyelamat yang tiba dari perbandaran Umraniye di Istanbul.

#6. Minta air untuk dirikan solat

An old man wants water to make wudu so he can pray while people telling him it’s fine to pray the way you are. pic.twitter.com/VTxj7MrTmU

— Muhammad Smiry 🇵🇸 (@MuhammadSmiry) February 7, 2023

 

Dalam muat naik oleh wartawan, Muhammad Smiry di laman Twitter, video berdurasi 36 saat itu dilaporkan dirakam di salah satu kawasan terjejas di Turkiye memaparkan seorang warga emas dilihat masih terperangkap dan tidak dapat dikeluarkan berkemungkinan terdapat halangan atau kesempitan.

Berdasarkan kapsyen video berkenaan, Muhammad Smiry menjelaskan, warga emas itu meminta air bagi mendirikan solat dalam keadaan masih terperangkap kerana tidak mahu meninggalkan kewajipan itu.

“Seorang warga emas meminta air untuk mengerjakan solat, sementara orang ramai memberitahunya bahawa dia boleh mengerjakan solat dalam situasi tersebut,” melalui kapsyen Muhammad Smiry di akaun Twitter miliknya.

#7. Mangsa meminta tolong menerusi media sosial

Penduduk Turkiye yang terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat dua gempa bumi kuat kelmarin meminta pertolongan menerusi media sosial.

Lapor Al Jazeera, mereka dikatakan membuat siaran langsung menerusi Instagram, Facebook, malah TikTok serta memuat naik keadaan terkini mereka dari semasa ke semasa.

Tindakan itu bagaimanapun meruntun hati pengguna media sosial yang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan memberi kata-kata semangat.

Firat Yayla, seorang YouTuber yang dikenali sebagai Charmquell adalah salah seorang daripada mereka.

Dia berkata dalam video yang disiarkan dalam Instagram Stories semalam, selepas gempa bumi pertama, dia tersepit di bawah runtuhan di daerah Antakya di tengah wilayah Hatay dan merayu pengikutnya supaya menyelamatkannya.

“Kawan, kami terperangkap di bawah gempa bumi,” katanya dalam rakaman video di ruang gelap.

“Ibu! awak okay tak? Ibu! Beritahu saya anda berada di suatu tempat. Tolong! bantu!” tambahnya sebelum menamatkan video dan memberi alamat rumahnya.

Kemudian, Firat mengemas kini Instagramnya dengan mengatakan dirinya sudah diselamatkan, tetapi ibunya masih kekal di bawah konkrit.

Astro Awani, Harian Metro, Utusan Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,” Kisah Sedih Anak Saksikan Ibu Meninggal Dunia

Baca juga: ‘Ia Terjadi Terlalu Cepat, Saya Tengok Kereta Kami Sudah Di Bawah Treler,’ Bapa Kongsi Kisah Insiden 9 Beranak Maut

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Kisah Sedih Dilaluinya, 6 Kali Kehilangan Bayi Akibat Penyakit Jarang Berlaku

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 7 Kisah Sedih Di Sebalik Gempa Bumi Turkiye-Syria, Besarnya Ujian Buat Mereka
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.