5 Pakej Ujian Genetik DNA Untuk Ketahui Risiko Bayi Waris Penyakit Genetik

Ujian saringan pembawa genetik dan DNA menyeluruh untuk ketahui risiko bayi dalam kandungan untuk mewarisi sebarang penyakit genetik apabila lahir.

Ujian genetik bersama pasangan pada suatu masa dahulu bukanlah satu perkara normal dan tidak dianggap penting. Antara faktornya ialah kurang kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan ujian, kos yang terlalu tinggi dan tiada sebab khusus untuk mengambil ujian genetik itu.

Namun, sejak kebelakangan ini ramai pasangan yang cuba untuk hamil (trying to conceive – TTC) sudah mula faham dan sedar tentang kepentingan ujian genetik dan maklumat yang akan diperolehi daripada ujian tersebut.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Ujian Pembawa Genetik (Genetic Carrier)?

Ujian pembawa genetik ini adalah kaedah yang lebih sistematik dan saintifik untuk mengetahui masalah kesihatan oleh pasangan. Melalui ujian ini, pasangan dapat menyemak genetik yang dibawa oleh diri mereka dan kebarangkalian genetik tersebut untuk diwarisi oleh bayi mereka. 

Sebagai pembawa genetik, ibu dan bapa tidak semestinya mempunyai sebarang simptom, penyakit atau kondisi lain dan hanya kekal sebagai sebagai pembawa sahaja.

Tetapi, kadangkala apabila sesetengah genetik bercampur dan pergi kepada bayi, ia boleh menyebabkan berlakunya penyakit genetik dan kondisi lain yang mengganggu tumbesaran dan perkembangan bayi.

Kepentingan Ujian Genetik (Genetik Testing) Ketika Hamil

Bagi pasangan yang mempunyai sejarah penyakit genetik dan kronik dalam keluarga, genetic test semestinya harus dijadikan keutamaan. Ini adalah cara untuk pasangan tahu lanjut tentang risiko dan kemungkinan sama ada bayi dalam kandungan dapat lahir dan membesar dengan normal, atau mempunyai risiko untuk masalah penyakit genetik lain.

Ujian ini sebaiknya dilakukan semasa pasangan sedang TTC atau sebaik sahaja ibu disahkan hamil. Jika keputusan ujian yang dikeluarkan oleh makmal menunjukkan keputusan yang bayi dalam kandungan berisiko tinggi mempunyai masalah genetik, pasangan akan dapat rujuk dengan doktor pakar untuk langkah seterusnya. 

Dengan maklumat awal yang diperolehi ini, pasangan akan dapat membuat keputusan dan perancangan rapi dari segi penjagaan anak dan kesihatan. Terutama sekali jika anak yang lahir itu mempunyai penyakit genetik yang menyebabkan dia tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.

Selain itu, pasangan juga mempunyai ruang untuk membuat perancangan awal dari segi kewangan sementara menunggu kelahirannya. 

5 Pakej Ujian Genetik Terbaik Di Malaysia

Ujian genetik yang juga dikenali sebagai ujian DNA adalah ujian yang mengkaji genetic dalam badan seseorang itu yang biasanya dilakukan melalui sampel darah, tisu badan, kulit, rambut dan air ketuban. 

Untuk membantu ibu hamil yang sedang mencari pakej genetic test terbaik, kami kongsikan beberapa pusat di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini.

5 Ujian Genetik DNA Terbaik Di Malaysia
myPreciseDNA Wellness
Ujian Genetik Dan DNA Terbaik Dengan Ringkasan Laporan Oleh Pakar
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
CircleDNA Family Planning DNA Test
Ujian Genetik Dan DNA Terbaik Untuk Pasangan Yang Cuba Untuk Hamil
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
EasyDNA ‘Prenatal Peace’ – Non-Invasive Prenatal Genetic Screening Test
Ujian Genetik Ibu Hamil Tidak Invasif
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
IBDNA Non Invasive Prenatal Test for Down’s Syndrome
Ujian Genetik Untuk Kesan Down’s Syndrome
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
MedHealth Wellness Genetic Health Testing
Ujian Genetik Untuk Mencapai Tahap Kesihatan Yang Optimum
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

myPreciseDNA Wellness

Ujian Genetik Dan DNA Terbaik Dengan Ringkasan Laporan Oleh Pakar

Apabila anda membeli set ujian ini, kit ujian akan di pos ke rumah anda. Memandangkan ujian yang ini hanya menggunakan sampel air liur, anda hanya perlu ikut arahan yang ada dalam kit untuk ambil sampel air liur anda. Sangat mudah!

Kemudian, pihak FedEx akan datang ambil dan hantar sampel tersebut ke makmal myPreciseDNA untuk memprosesnya dan keputusan akan siap tersedia dalam tempoh 15 hari.

Dengan laporan yang diperolehi, anda akan dapat mengenali diri anda dengan lebih baik serta dan membantu anda membuat perancangan keluarga bersama pasangan.

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk mereka yang takut jarum kerana tidak perlu menggunakan sampel darah
  • Laporan lengkap mengenai genetic carrier dan risiko penyakit genetik
  • Penulisan laporan yang mudah difahami tanpa terlalu banyak istilah kompleks
  • Maklumat dalam laporan juga bagus untuk mereka yang mencari cara terbaik untuk mengurangkan berat badan dengan optimum, berdasarkan genetik sendiri

CircleDNA Family Planning DNA Test

Ujian Genetik Dan DNA Terbaik Untuk Pasangan Yang Cuba Untuk Hamil

Set ujian saringan genetic carrier untuk anda dan pasangan anda adalah bertujuan untuk mengesan genetik yang boleh diwarisi oleh anak kandung anda dan risiko yang berkaitan. Jadi, pasangan yang sedang mencuba untuk hamil amat digalakkan untuk mengambil ujian ini.

Ia juga bagus diambil pada peringkat awal kehamilan. Cara untuk mengambil ujian ini adalah sangat mudah kerana hanya sampel tisu daripada pipi dalam mulut sahaja yang diperlukan. Namun, tahap ketepatan keputusan ujian adalah sehingga 99%.

Apa yang kami suka:

  • Dapat mengesan risiko untuk 163 jenis penyakit genetik yang boleh diwarisi oleh anak
  • Pengambilan sampel tisu yang boleh dilakukan sendiri di rumah dengan selesa
  • Keputusan ujian akan dimuat naik ke dalam aplikasi khas CircleDNA untuk anda akses sendiri pada bila-bila masa
  • Termasuk dengan konsultasi perseorangan dengan pakar kesihatan untuk memahami bacaan kiraan kromosom daripada pihak CircleDNA

EasyDNA ‘Prenatal Peace’ – Non-Invasive Prenatal Genetic Screening Test

Ujian Genetik Ibu Hamil Tidak Invasif

Menggunakan sampel darah ibu, non-invasive genetic test ini dijamin 100% selamat untuk ibu hamil. Berbeza dengan ujian yang menggunakan sampel air liur, ujian ini dipercayai akan memberikan keputusan yang lebih tepat seawal 8 minggu kehamilan.

Dengan melakukan ujian ini, pasangan dapat mengesan jika bayi dalam kandungan mempunyai masalah Down’s Syndrome genetic. Bilangan kromosom 21 akan dilihat dan jika ianya lebih tinggi, itu menunjukkan yang bayi dalam kandungan akan dilahirkan dengan Down’s Sydrome. 

Apa yang kami suka:

  • Ujian melalui sampel darah yang diambil sendiri oleh orang yang bertauliah
  • Dapat mengesan dan mengesahkan penyakit genetik pada bayi dari awal, bantu pasangan buat keputusan lebih menyeluruh
  • Jenis ujian yang tidak merbahayakan bayi dan ibu
  • Keputusan ujian akan sedia dalam masa 10-15 hari sahaja

IBDNA Non Invasive Prenatal Test for Down’s Syndrome

Ujian Genetik Untuk Kesan Down’s Syndrome

Ujian saringan ini boleh dilakukan jika pasangan ingin mendapatkan kepastian sama ada bayi dalam kandungan mempunyai masalah Down’s Syndrome atau tidak. Kemungkinan untuk melahirkan bayi dengan Down’s Syndrome adalah lebih tinggi di kalangan wanita yang hamil pada usia 35 tahun dan ke atas. 

Ujian ini telah terbukti paling tepat dan sensitif untuk kategori non-invasive genetic test. Dengan menggunakan sampel darah ibu sahaja, pasangan akan berpeluang untuk mendapatkan maklumat tentang risiko masalah genetik pada bayi dalam kandungan dengan lebih awal.

Apa yang kami suka:

  • Kit ujian akan dihantar terus ke klinik doktor pakar sakit puan yang ditentukan sendiri oleh ibu
  • Ujian yang fokus untuk mengkaji kromosom 13, 18 dan 21 sahaja
  • Tidak memberikan sebarang risiko untuk keguguran atau masalah kesihatan lain
  • Keputusan akan diperolehi dalam tempoh 5 hari sahaja selepas sampel darah diterima oleh pihak makmal

MedHealth Wellness Genetic Health Testing

Ujian Genetik Untuk Mencapai Tahap Kesihatan Yang Optimum

Genetic test ini lebih mahal berbanding dengan yang lain dalam senarai ini kerana ujian ini merangkumi pemeriksaan secara menyeluruh. Sampel darah akan diambil di makmal selepas pembelian ujian secara atas talian dibuat.

Ujian ini tidak dikhususkan untuk ibu hamil, tetapi boleh diambil oleh sesiapa sahaja, tak kira usia. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang masalah kesihatan, risiko untuk menghidap penyakit tertentu, genetic carrier serta kondisi kulit dan tulang, pakej ujian ini adalah pilihan yang berbaloi untuk anda.

Apa yang kami suka:

  • Boleh mengesan masalah kesihatan metabolisma badan berkaitan insulin, hyperglycaemia dan metabolisma karbohidrat
  • Sesuai untuk orang tua untuk periksa tahap kesihatan hati dan mata
  • Sampel darah diambil di makmal oleh pekerja kesihatan bertauliah
  • Terbaik untuk mereka yang aktif untuk tahu lanjut tentang ketahanan senaman, penggunaan tenaga dan cara terbaik untuk kurangkan berat badan

Perbandingan Harga

Jenama

Harga (RM)

myPreciseDNA Wellness  RM1,118
CircleDNA Family Planning DNA Test  RM2,717
EasyDNA ‘Prenatal Peace’ – Non-Invasive Prenatal Genetic Screening Test  RM2,700
IBDNA Non Invasive Prenatal Test for Down’s Syndrome  RM2,700
MedHealth Wellness Genetic Health Testing  RM4,980

Penyakit Genetik Paling Biasa

Penting untuk kita ambil tahu tentang sejarah penyakit dalam keluarga kita. Ini adalah kerana, tidak mustahil untuk penyakit itu diwarisi oleh generasi yang seterusnya, terutama sekali jika ianya adalah penyakit genetik. 

Ada penyakit genetik yang tidak diwarisi terus oleh generasi kedua kerana mereka hanyalah pembawa genetik. Namun, kemungkinan untuk ianya diwarisi oleh generasi ketiga adalah sebanyak 25% jika ibu bapanya adalah pembawa genetik yang sama. 

Antara penyakit genetik yang paling biasa dan anda harus waspada ialah:

  1. Talasemia – penyakit genetik sel darah merah
  2. Tay-Sachs disease – jangka hayat bayi sehingga berusia 4 tahun sahaja
  3. Cystic fibrosis – merosakkan paru-paru, sistem pencernaan dan organ dalaman lain
  4. Down’s syndrome – apabila seseorang itu mempunyai lebih bilangan kromosom 21 
  5. G6PD deficiency – sering diwarisi oleh anak lelaki
  6. Diabetes type 1 – boleh dikesan sejak kecil kerana kekurangan insulin

Petua Dapat Anak Kembar Walaupun Tiada Genetik

Sesetengah pasangan memang inginkan anak kembar atas sebab yang berbeza. Mungkin sebab mahu anak yang dilahirkan itu mempunyai teman rapat sejak lahir atau ingin melalui proses mengandung dan bersalin sekali sahaja.

Secara asasnya, kemungkinan untuk dapat anak kembar adalah lebih tinggi jika anda dan pasangan mempunyai campuran genetik kembar. Tetapi itu tidak bermaksud yang ianya mustahil untuk pasangan lain untuk melahirkan anak kembar.

Jadi, jika anda juga teringin untuk cuba dapatkan anak kembar, tetapi tidak mempunyai sejarah campuran genetik kembar lelaki dan perempuan dalam keluarga, cuba amalkan petua menarik ini:

  1. Jangan berhenti mengambil ubat perancang keluarga walaupun anda sedang aktif mencuba untuk hamil.
  2. Lebihkan dos pengambilan asid folik sebulan sebelum anda cuba untuk hamil.
  3. Naikkan berat badan sehingga BMI mencecah 30.
  4. Tambah menu ubi keledek dan keladi dalam pemakanan harian.
  5. Tunggu sehingga ibu berusia 35 ke atas atau pra-menopos untuk anak kembar tidak seiras.
  6. Bagi wanita atau lelaki yang belum berkahwin, cuba cari pasangan yang mempunyai genetik kembar!

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ciri-Ciri Autisme Boleh Diihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini 9 Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang

Baca juga: Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah

Baca juga:  Bilakah Masa Terawal & Sesuai Untuk Lakukan Ujian Kehamilan?

Penulis

Najibah