Bimbang Suami Chat Wanita Lain? Ini Cara Hack Whatsapp Pasangan Tanpa Dia Sedar!

Hack Whatsapp pasangan menggunakan lima cara ini dapat membantu anda menyemak apa yang suami lakukan di belakang isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan inginkan hubungan yang berkekalan tetapi bila sikap mereka tiba-tiba berubah pastinya membuatkan para isteri risau. Kalau kita tahu cara hack whatsapp pasangan, mudah untuk kita pastikan sama ada mereka curang atau tidak.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • 5 cara mudah dan berkesan untuk hack whatsapp pasangan

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan cara ini kerana curi-curi baca mesej dalam telefon suami. Namun, langkah ini boleh membantu anda mendapatkan jawapan sebenar agar supaya berhenti curiga.

5 cara mudah dan berkesan untuk hack whatsapp pasangan

Kunci rumah tangga bahagia adalah komunikasi. Sekiranya terdapat kesangsian, adalah lebih baik untuk anda dan pasangan duduk berbincang terlebih dahulu.

Cara hack Whatsapp pasangan hendaklah menjadi pilihan yang terakhir sekiranya anda masih tidak memperoleh jawapan sebenar apa yang suami lakukan di belakang anda.

#1. Gunakan aplikasi WhatWeb Cloner

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara pertama untuk menggodam Whatsapp pasangan anda adalah dengan menggunakan aplikasi WhatWeb Cloner.

Aplikasi godam ini sangat mudah untuk digunakan, anda cuma perlu mengikut langkah berikut;

  1. Muat turun aplikasi WhatWeb Cloner di Google Play Store.
  2. Buka aplikasi, tekan butang WhatWeb, kemudian kod QR akan muncul di skrin.
  3. Buka aplikasi Whatsapp pasangan, klik ikon tiga titik di sudut atas sebelah kanan.
  4. Klik menu ‘Whatsapp Web > Link a Device’, kemudian imbas kod QR pada skrin telefon bimbit anda.
  5. Apabila selesai, Whatsapp pasangan akan disambungkan ke telefon bimbit anda dan bolehlah dipantau segala aktivitinya.

Anda boleh periksa sama ada pasangan curang atau tidak dengan mudah.

#2. Cara godam Whatsapp pasangan dengan apliksi Clonapp Messenger

Aplikasi seterusnya yang boleh digunakan adalah Clonapp Messenger.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begini cara untuk sambungkan Whatsapp pasangan kepad telefon bimbit anda menggunakan aplikasi ini;

  1. Buka aplikasi, klik ‘allow’ dan ‘next’ sehingga kod QR muncul pada skrin telefon.
  2. Buka aplikasi Whatsapp pasangan, klik pada tiga titik di sudut atas sebelah kanan.
  3. Klik menu ‘Whatsapp Web > Link a Device’, kemudian imbas kod QR dalam Clonapp Messenger.

Setelah selesai, anda boleh memantau aktiviti pasangan di Whatsapp daripada pesanan ringkas sehingga ke panggilan video mereka. 

Tetapi, perlu diingat bahawa aplikasi ini hanya berfungsi jika aplikasi Whatsapp pasangan disambungkan ke internet.

Jika pasangan terbukti curang, anda perlu segera memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.

#3. Cara hack Whatsapp guna Google

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alternatif lain untuk menggodam Whatsapp pasangan adalah dengan menggunakan Google.

Secara tepatnya, anda akan menggunakan laman web Whatsapp di skrin komputer anda.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu masukkan pautan Web Whatsapp. Kemudian, ikuti langkah berikut;

  1. Buka laman web Whatsapp, kemudian kod QR akan segera muncul di skrin untuk diimbas.
  2. Buka aplikasi Whatsapp pasangan, klik tiga titik di sudut atas sebelah kanan.
  3. Klik menu ‘Whatsapp Web > Link a Device’, kemudian imbas kod QR pada skrin komputer.
  4. Skrin komputer atau komputer riba secara automatik bertukar kepada paparan Whatsapp.

Tetapi, kena ingat, jika anda melakukan langkah ini, mesej notifikasi akan muncul pada telefon bimbit pasangan.

Kandungan mesej adalah pemberitahuan bahawa akaunnya disambungkan ke peranti lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Mobile Client untuk Whatsapp

Cara seterusnya adalah menggunakan aplikasi Mobile Client untuk Whatsapp.

Anda cuma perlu memuat turunnya pada telefon dan ikuti langkah berikut;

  1. Buka laman web Whatsapp, kemudian kod QR akan segera muncul di skrin untuk diimbas.
  2. Buka aplikasi Whatsapp pasangan, klik tiga titik di sudut atas sebelah kanan.
  3. Klik menu ‘Whatsapp Web > Link a Device’, kemudian imbas kod QR pada telefon bimbit anda.
  4. Dalam masa yang singkat, aplikasi Whatsapp pasangan telah disambungkan ke telefon bimbit anda.

Anda boleh menyemak sejarah perbualan pasangan secara bebas atau memantau mesej baharu yang masuk.

Namun, ingat, semasa menggunakannya, pastikan anda tidak membuka mesej yang belum dibaca oleh pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Cara godam dengan aplikasi Social Spy Whatsapp

Cara terakhir yang boleh anda gunakan adalah aplikasi Social Spy Whatsapp.

Aplikasi ini bukan sahaja berguna untuk Whatsapp, tetapi juga Facebook, SnapChat dan media sosial yang lain.

Anda juga boleh menjejaki panggilan telefon dan melihat mesej yang dipadamkan.

Dengan pelbagai kelebihan ini, sudah tentu anda lebih mudah untuk memantau aktiviti pasangan anda.

Tidak seperti yang lain, aplikasi ini termasuk yang berbayar, jadi anda perlu membelanjakan wang terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Anda Perlu Buat Jika Suami Curang? Wanita Ini Kongsikan Caranya Untuk Pertahan Hak Diri & Anak

Baca juga:  Mimpi Pasangan Curang Ketika Tidur Boleh Jadi Petanda Buruk? Ini Jawapan Pakar

Baca juga: Pernikahan Sudah Bahagia, Namun Beberapa Sebab Ini Mendorong Suami Curang Di Belakang Isteri

Penulis

Nur Sofea