- Hair tourniquet sebabkan jari bayi bengkak, merah
- Bayi masih dalam pemantauan doktor
- Hair tourniquet bukan hanya sebab rambut
Hair tourniquet sebabkan jari bayi bengkak, merah
Bayi masih dalam pemantauan doktor
Namun, perkongsian terkini wanita berkenaan terhadap keadaan anaknya mengatakan prosedur ditangguhkan dan doktor masih memantau kerana tiada saluran darah yang tersumbat.
“Terima kasih banyak-banyak sebab mendoakan anak saya. Anak saya tak jadi operate sebab jari tidak membiru (saluran darah tak blocked).
“Anak dah discharge dan akan ada follow up. Tapi saya masih risau sebab jari anak masih bengkak. Anak takdalah meragam, tapi risau juga.”
Semoga bayi ini cepat sembuh dan dipermudahkan untuk rawatannya!
Hair tourniquet bukan hanya sebab rambut
Perkongsian seorang doktor, Bell Nawhen mengenai hair tourniquet wajar dijadikan panduan dan rujukan untuk ibu ayah semua. Katanya, hair tourniquet boleh terjadi kepada sesiapa pun.
“Sebab itu kena jadikan rutin untuk periksa jari anak-anak sepanjang masa. Rambut bila ada gugur, kutip cepat-cepat dan buang.
“Bila ada benang terjulur keluar di mana-mana pakaian atau selimut anak-anak, buangkan segera. Selain hair tourniquet syndrome berlaku disebabkan rambut, lebihan benang stocking atau selimut juga boleh sebabkan terbelit pada jari,” katanya.
Tips elak hair tourniquet:
- Buka stocking dan mitten si anak sesekali dan periksa jari-jari kaki dan tangannya.
- Pilih material sesuai untuk stoking si anak.
- Jika sudah berbulu atau benang keluar sana sini, buang sahaja.
- Jika kuku anak panjang, potongkan sebab kuku tu boleh mencari benang stoking dan boleh sebabkan jadi perkara seperti ini.
- Rambut yang panjang pun boleh jadi punca terbelit rambut kat jari kaki dan tangan si anak. Ada rambut bersepah tu, buang elok-elok.
- Pastikan tempat tidur si anak selamat dari benda-benda boleh menjerut jari kaki dan tangannya.
- Periksa material pakaian anak-anak dari semasa ke masa untuk elakkan risiko berlakunya perkara ini.
Baca juga: Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul
Baca juga: Masalah Rambut Gugur Semasa Hamil: Bilakah Ia Akan Berhenti?
Baca juga: Ini 9 Refleks Bayi Baru Lahir Ramai Ibu Tidak Perasan, Tarik Rambut Pun Ya Juga!