Tak Habis-Habis, Masyarakat China SYOK Teruskan Tradisi Makan Tikus Buluh Disebabkan Ini!

Tak Habis-Habis, Masyarakat China SYOK Teruskan Tradisi Makan Tikus Buluh Disebabkan Ini!

Sebelum ini tular di laman sosial beberapa video yang dimuat naik membuktikan masyarakat di China menjadikan haiwan eksotik sebagai hidang utama mereka

Ketika pandemik Covid-19 melanda ke seluruh dunia, ramai masyarakat mempersoalkan kemunculan pertama virus berkenaan. Ada yang mengatakan bahawa ia wujud di China kerana sikap masyarakat negara berkenaan kurang mengamalkan kebersihan diri dan menjadi tabiat pemakanan haiwan eksotik dalam seharian.

Rakyat di China gemar menjadikan haiwan eksotik ini sebagai rutin seperti anjing, kelawar, kucing, koala, biawak dan sebagainya.

Selera terhadap haiwan eksotik

makan haiwan eksotik

Bukan hanya kelawar yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kemunculan wabak Covid-19, tikus buluh turut menjadi kegemaran segelintir penduduk di sana sebelum pandemik ini lagi.

Tidak menjual dan makan sahaja, mereka juga sanggup menternak haiwan eksotik bagi memastikan bekalannya sentiasa ada untuk keperluan harian.

Yang pasti, ramai yang berkerut dahi dan rasa hendak muntah ketika melihat daging haiwan ini disiat, dimasak dan dimakan dengan penuh selera.

Hal ini ditambah pula dengan kebanyakan selebriti di China sanggup menjamah makanan 'kotor' ini dan mempromosikannya di laman sosial masing-masing.

Rupa-rupanya masyarakat China ini mempunyai alasan mereka sendiri kenapa amat menggemari hidangan tikus buluh. Sebelum ini seorang tukang masak telah menyenaraikan 100 sebab pengambilan hidangan haiwan eksotik.

Ia adalah berkait rapat dengan ilmu perubatan tradisional China. Daging tikus buluh dipercayai mampu menyingkirkan toksid dalam badan manusia serta membantu perut dan limpa berfungsi lebih baik.

Manfaat tikus buluh

masyarakat china makan haiwan eksotik

Menurut ensiklopedia perubatan China purba Ben Cao Gang Mu, tabiat memakan tikus buluh dapat mengekalkan kesihatan seseorang. Oleh hal demikian, ia bukanlah sesuatu yang asing sebab masyarakat di negara berkenaan telah makan daging tikus sejak 1 000 tahun lalu.

''Rasa tikus besar yang bersaiz seakan-akan arnab ini pula dikatan memiliki rasa sedap seperti daging itik,'' jelasnya.

Bukan itu sahaja, terdapat artikel yang mengatakan daging roden ini sangat kaya dengan sumber protein. Hidangan tikus buluh juga menjadi menu paling populor dalam kalang rakyat China selepas dua orang pemuda iaitu Hua Nong Brothers mula berkongsi video mereka menternak haiwan tersebut.

Mereka turut berkongsikan pelbagai jenis resipi masakan yang boleh dicuba menggunakan daging tikus liar berkenaan. Bagi pelanggan tidak pandai menguruskan haiwan ini, mereka turut mengajarkan cara sembelih tikus.

Kepercayaan khasiat haiwan liar terhadap kesihatan

makan haiwan eksotik di china

Kebanyakan orang China yang makan anak tikus secara hidup-hidup percaya ia berkesan bagi perubatan alternatif.

Mereka mengatakan bahawa amalan memakan makanan eksotik dapat memberikan kesan tubuh menjadi lebih kuat serta mampu menambahkan lagi stamina.

Menurut pernyataan yang dikeluarkan di Mirror, China pernah mengadakan sebuah festival makanan dengan penyediaan anak tikus untuk setiap pengunjung.

Bukan itu sahaja, haiwan seperti tikus turut dikatakan mengandungi lemak dan protein. Namun kerana sering 'berkunjung' ke tempat yang kotor, berkemungkinan ada parasit dalam tubuhnya.

Menurut Ahli Medical Mythbuster Malaysia (M3), Dr. Nur Hafizah Mahamad Sobri berkata, tiada kajian saintifik menyokong dakwaan bahawa haiwan eksotik mampu memberikan khasiat yang tidak boleh didapati dalam makanan lain.

''Kerap makan haiwan eksotik ini berpotensi mendatangkan kesan bahaya untuk kesihatan kerana ia dikategorikan sebagai haiwan beracun dan berbisa. Pasti ia akan menjejaskan kesihatan buat para pengamal,'' jelasnya.

Tambahnya kajian mendapati bahawa individu yang mengambil sayur dan buah-buahan mencukupi dapat membantu proses peredaran darah secara lebih berkesan.

Hal ini kerana ia kaya dengan kandungan antiosidan, rendah lemak tepu dan zat bagi mengurangkan risiko penyakit jantung seperti potassium yang hadir di dalamnya.

Sekumpulan penyelidik China sebelum ini mengatakan bahawa virus tersebut datang dari bekalan kelawar, kelawar dan mula merebak kepada manusia.

Mereka juga mengaitkan keadaan Pasar Huanan yang memudahkan virus masuk ke haiwan lain. Sehingga kini masih belum dapat dipastikan bagaimana ia dapat masuk ke badan manusia.

Ramai yang percaya bahawa daging haiwan eksotik sememangnya dimakan oleh penduduk negara berkenaan.

Sumber: Dailymail, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Tak Habis-Habis, Masyarakat China SYOK Teruskan Tradisi Makan Tikus Buluh Disebabkan Ini!

Baca juga:

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Country ...

Jumlah kes

...+ 0 Hari ini

Jumlah sembuh

...

Jumlah kematian

...+ 0 Hari ini

Jumlah kritikal

...

Untuk ketahui update terkini mengenai Covid-19