X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pening Nak Cari Idea Buat Hantaran Kahwin? Ini 8 Barang Terbaik Yang Sering Menjadi Pilihan Pengantin

Masih berfikir untuk beli barang apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran kahwin, kami kongsikan 8 idea menarik yang paling dicari ramai.

Apabila pasangan mula bercakap soal kahwin, salah satu perkara penting untuk difikirkan adalah hantaran kahwin. Ia bukanlah wajib tetapi sudah menjadi adat istiadat orang kita yang dianggap sebagai simbolik tanda terima kasih kepada satu sama lain.

Biasanya, ia bergantung kepada apa yang bakal pengantin inginkan untuk dijadikan sebagai barang hantaran. Tetapi, agak rambang mata sebenarnya ya untuk kita pilih barang apakah yang sesuai dan menarik untuk diletakkan di atas dulang hantaran.

Lebih-lebih lagi apabila pihak lelaki yang menyerahkan segalanya kepada bakal isteri untuk memilih barangan tersebut. Pasti pening kepala dibuatnya!

Jika anda masih tidak tahu apa yang patut diberikan kepada pasangan, kami kongsikan beberapa contoh untuk dijadikan sebagai hantaran kahwin.

Tips Pemilihan Barang Hantaran Kahwin

hantaran kahwin grand

Terdapat jumlah yang ditetapkan atas budi bicara keluarga sekadar untuk menyerikan lagi majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Selalunya, pertukaran dulang hantaran ialah ganjil dibalas ganjil.

Pihak lelaki akan memberikan hantaran dalam nombor ganjil dan dibalas lebih 2 dulang dari pihak lelaki. Sebaiknya buat satu senarai ringkas barang untuk dikongsikan dengan pasangan supaya boleh mencapai kata sepakat.

Ia juga bagi mengelakkan anda tidak tersalah pilih dan tiada satu pun yang tertinggal. Kesilapan memilih hantaran kahwin hanya akan membuatkan majlis nampak serabut dan lari dari tema yang dirancang. 

Berikut ialah cara pemilihan barang hantaran kahwin yang bagus untuk anda jadikan sebagai panduan.

1. Bajet hantaran

Sebelum apa-apa, anda dan pasangan perlu menentukan berapa bajet paling maksimum untuk membeli barang hantaran. Dari situ, anda boleh berbelanja mengikut perancangan supaya peruntukan untuk perkara lain tidak lari.

Ambil kira juga faktor lain seperti pembelian atau sewa dulang, caj gubahan dulang dan barang untuk diletakkan atas hantaran.

2. Saiz & Jenis dulang 

Pemilihan jenis dulang perlulah mengikut konsep perkahwinan supaya tidak lari dengan tema yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, jika tema yang dipilih adalah ala inggeris, sudah pasti pelamin dihiasi dengan bunga-bungaan seperti dalam taman dengan pengantin berpakaian kot dan gaun labuh.

Jadi, dulang jenis kaca merupakan pilihan yang paling sesuai selari dengan tema perkahwinan yang moden. Begitu juga dengan saiz dulang yang dipilih sebaiknya bersesuaian dengan saiz barang hantaran supaya terletak elok.

Lebih menarik jika anda dapat memilih saiz dan jenis dulang yang sama untuk semua hantaran kahwin, lagi nampak grand.

3. Pilih tema warna 

Jangan gabungkan terlalu banyak warna untuk barang hantaran. Pilih 1-3 warna sahaja yang supaya barang hantaran tidak nampak berserabut dan lari dari tema majlis. 

Jadi, elakkan buat kejutan untuk pasangan dengan memberikan barang yang mungkin tidak digunakan selepas berkahwin nanti. 

4. Tetapkan jumlah hantaran

Kalau boleh elakkan letak terlalu banyak dulang hantaran kerana nanti anda terpaksa perlukan khidmat 'dulang girls' yang terlalu ramai.

Sekiranya mereka ditanggung, maka bertambahlah juga bajet yang perlu anda belanjakan nanti.

8 Idea Barang Hantaran Kahwin Untuk Bakal Pengantin

Lagi lama berfikir lagi buntu untuk membuat pemilihan barang sedangkan masa sedang berjalan. Di sini ada beberapa cadangan idea untuk hantaran kahwin yang praktikal dan sesuai untuk djadikan barang hantaran untuk bakal pengantin, tidak kira lelaki atau perempuan. 

[product-comparison-table title="8 Idea Barang Hantaran Kahwin"]

WISHDOIT Couple Watch Set

Hantaran Kahwin Terbaik Tanda Ingatan

hantarab kahwin

Hantaran jam tangan mungkin kedengaran biasa tetapi pasti jadi lebih menarik jika anda padankan jam tangan yang sama dengan pasangan. Ia bukan sahaja berguna untuk menunjukkan masa, malah sebagai simbolik tanda mengingati masa dan waktu yang diluangkan bersama.

Jam tangan dari WISHDOIT ini boleh menjadi pilihan anda kerana dilengkapi dengan fungsi kalendar dan rekaannya yang kelihatan sama seperti jenama terkemuka. Sesuai dijadikan sebagai aksesori tambahan buat pasangan yang suka bergaya tetapi tetap tampil elegan dan sofistikated. 

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat dari bahan keluli tahan karat yang berkualiti tinggi.
  • Tahan lasak dan tak mudah rosak.
  • Pelbagai pilihan warna yang menarik seperti biru, putih dan hitam dengan salutan emas dan perak.
  • Datang dengan satu set dengan dua utas tangan untuk lelaki dan perempuan. 

WISHDOIT Couple Watch Set

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Pgmall

ELIANTO Vanilla Sugar & Gentleman EDP Perfumed Deodorant

Hantaran Kahwin Terbaik Set Wangian

hantaran kahwin set wangian

Tak lengkap hantaran jika tanpa set wangian. Pasti berbunga-bunga hati isteri jika anda hadiahkan menjelang hari bahagia. Apatah lagi jika dapat satu set lengkap dari jenama terkemuka seperti Elianto.

Set wangian ini mengandungi deadorant dan didatangkan dengan minyak wangi yang bersaiz mini dan besar. Ia mempunyai haruman vanila dan citrus dengan campuran buah-buahan yang lain seperti strawberi, peach, grapefruit dan beri.

Bukan hanya perempuan, Elianto juga mempunyai rangkaian set wangian untuk lelaki, Eros dengan bauan woody untuk elemen tarikan maskulin yang luar biasa. 

Apa yang kami suka?

  • Didatangkan dengan set rangkaian untuk lelaki dan perempuan.
  • Harga yang mampu milik.
  • Boleh pakai lama.
  • Bau tahan sehingga 8 jam pemakaian.

ELIANTO Vanilla Sugar & Gentleman EDP Perfumed Deodorant

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Qalyma Al-Quran 

Hantaran Kahwin Terbaik Dengan Ukiran Nama

alquran

Dulang hantaran pasti menjadi lebih menarik dengan adanya senaskah al-Quran. Set Al-Quran Qalyma ini mempunyai ukiran nama laser yang menjadikan barang hantaran tampak lebih menarik & eksklusif. 

Selain itu, setiap pembelian ukir nama atau tagging akan dapat percuma kotak khas, jadi anda tidak perlulah berhias berlebih-lebihan.Hanya letakkan pada dulang sudah terlihat cantik.

Apa yang kami suka?

  • Terdapat pelbagai pilihan warna menarik.
  • Engrave nama pasangan.
  • Lengkap dengan terjemahan memudahkan pasangan untuk mengaji.
  • Corak minimalis dan reka bentuk simple sesuai dengan mana-mana tema majlis.

Qalyma Al-Quran

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageKlik di sini

Paris & Classic Handbag

Hantaran Kahwin Terbaik Untuk Kegunaan Harian

beg tangan murah

Untuk hantaran kahwin perempuan, hadiahkan pasangan anda dengan seutas beg tangan yang comel Paris & Classic. Dengan rekaan minimalis, beg tangan ini akan menyerlahkan gaya feminis si pemakai. 

Beg tangan ini juga antara jenama yang sering menjadi pilihan pengantin kerana saiznya yang muat elok sahaja pada dulang hantaran. Jangan cari beg tangan yang terlalu besar atau terlalu berat untuk mengelakkan dulang hantaran tidak seimbang dan tenggelam. 

Apa yang kami suka?

  • Pelbagai warna dengan rona lembut dan warna earth-tone.
  • Harga yang murah
  • Mudah digayakan dengan apa-apa jenis pakaian.
  • Sesuai untuk dijadikan hantaran kahwin.

Paris & Classic Handbag

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Pgmall

Al-Iman Sejadah Premium

Hantaran Kahwin Terbaik Alas Untuk Solat

sejadah

Satu lagi barang yang wajib diletakkan pada hantaran kahwin lelaki mahupun perempuan ialah sejadah. Sebagai pasangan muslim, sudah tentunya anda akan menggunakan sejadah sebagai alas untuk solat.

Tidak salah sekiranya gantikan sejadah yang sedia ada dengan sejadah yang baharu untuk digunakan bersama pasangan dengan solat berjemaah.

Sejadah tenun ini siap dengan bekas cantik dan unik ini, menjadikan dulang hantaran lebih eksklusif dan tersusun. Anda boleh pilih sama ada ingin menggubah sejadah yang lembut ini atau biarkan begitu sahaja.

Apa yang kami suka?

  • 6 pilihan warna menarik
  • Kain lembut dan mudah digubah
  • Boleh basuh mesin dan ringan
  • Sesuai untuk bawa travel

Al-Iman Sejadah Premium

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

GoPro Hero 10 Black

Hantaran Kahwin Terbaik Gajet Elektronik

gajet elektronik

Bakal pasangan suka ambil video dan merakamkan momen yang manis bersama, tak rugi jika tambahkan GoPro 10 Black dalam dulang hantaran. Kamera aksi kini bukan sekadar untuk rakaman aktiviti lasak, malah sesuai untuk kegunaan harian. 

Ia membolehkan anda membuat gambar untuk vlog dan penggunaan yang serupa dengannya. Dengan penstabilan gambar digital Hyper Smooth 4.0 menghasilkan video yang lebih smooth dan stabil tanpa gimbal.

Apa yang kami suka?

  • Dilengkapi sensor 23-Megapixel , merakam video berkualiti tinggi dengan resolusi 5.3K 60FPS atau 4K 120FPS
  • Kalis air dengan kedalaman mencapai 10 meter.
  • Kawalan menggunakan arahan suara dan skrin sesentuh
  • Kapasiti bateri 1720mAh tahan lama untuk jangka masa panjang dengan sekali cas.

GoPro Hero 10 Black

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

BAD LAB Personal Care Set

Hantaran Kahwin Terbaik Untuk Set Penjagaan Diri

set penjagaan diri

Inilah peluang untuk anda hadiahkan kepada si dia set penjagaan diri BAD LAB, jenama penjagaan lelaki yang menawarkan pelbagai produk dari atas hingga bawah. Antara produk yang turut disediakan dalam set ini adalah pencuci muka, syampu rambut dan sabun badan, deadoran, syampu dan krim pencukur.

Apa yang kami suka?

  • Harga yang berpatutan.
  • Jenama yang dipercayai.
  • Memberikan bau maskulin.

BAD LAB Personal Care Set

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli Watsons

Siti Khadijah Telekung Signature Sari Mas

Hantaran Kahwin Terbaik Untuk Dibawa Solat

hantaran kahwin perempuan

Jangan lupa juga letakkan telekung Siti Khadijah signature Sari Mas untuk hantaran kahwin nanti. Menggunakan renda kapas poli kebar berkualiti tinggi dengan corak yang diilhamkan daripada manuskrip Melayu kuno sekitar tahun 1850 an.

Selain mudah didapati, telekung juga mudah digubah dan selesa dipakai untuk beribadah. 

Terdapat pelbagai pilihan warna telekung untuk dipilih, tetapi untuk hantaran kahwin kami syorkan supaya anda memilih warna putih yang melambangkan kesucian dan keharmonian rumah tangga yang bakal dibina.

Ada banyak material untuk dipilih, untuk jenama ini langsung tidak pernah mengecewakan si pemakai kerana materialnya yang sejuk dan selesa untuk dipakai lama.

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat dari bahan asas poplin.
  • Tahan lama dan kedutan.
  • Material yang sejuk dan rekaan minimalis.
  • Mempunyai penutup dagu lycra sesuai untuk semua jenis muka.

Siti Khadijah Telekung Signature Sari Mas

dari Siti Khadijah

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Zalora

Perbandingan Harga Barang Hantaran Kahwin

Jenama Harga
WISHDOIT Couple Watch Set RM 62.50
ELIANTO Vanilla Sugar & Gentleman EDP Perfumed Deodorant RM 170.00
Qalyma Al-Quran  RM 189.00
Paris & Classic Handbag RM 59.90
Al-Iman Sejadah Premium RM 24.00
GoPro Hero 10 Black RM 1,299.00
BAD LAB Personal Care Set RM 95.00
Siti Khadijah Telekung Signature Sari Mas RM 160.00

Tips Jimat Bajet Perkahwinan

1. Tetapkan jumlah tetamu

Pastikan tiga bulan sebelum majlis berlangsung, tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda boleh merancang bajet perkahwinan dengan baik.

Apabila anda sudah tetapkan bilangan dan senaraikan nama tetamu, anda dapat mengira bajet unutk makanan, doorgift, kad kahwin dan lain-lain.

2. Sewa pakaian lebih baik dari menempah pakaian baru

Daripada menempah yang baru, lebih baik anda mengambil khidmat menyewa pakaian yang lebih murah. Selain menjimatkan kos, anda juga tidak perlu berbelanja lebih untuk perkara yang hanya digunakan dalam satu hari sahaja.

Anda juga boleh memilih untuk menyewa pakaian yang baru secara terus melalui butik perkahwinan. Pastinya rekaan tersebut masih mengikuti trend semasa.

3. Majlis nikah dan persandingan diadakan pada hari yang sama.

Untuk menjimatkan kos, anda boleh melakukan akad nikah pada waktu pagi dan persandingan pada waktu tengah hari.

Sekrang pun sudah jadi trend yang mana pengantin mengadakan majlis persandingan pada belah malam kerana suasana yang lebih romantik dan masa yang lebih panjang untuk meraikan hari terindah anda dan pasangan.

Diharapkan semoga artikel ini membantu anda sedikit sebanyak dalam mempersiapkan majlis perkahwinan yang tidak lama lagi.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kahwin tanpa hantaran, lelaki ini kongsi kisahnya yang amat mengharukan

Baca juga: Tak Tahu Nak Bagi Apa Untuk Ibu? Ini 5 Idea Hadiah Terbaik Untuk Hari Ibu!

Baca juga: Hari Jadi Suami Semakin Dekat, Nak Belikan Dia Hadiah Apa Ya?

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Noorhidayah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham