TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Meraikan Hari Lahir Bersama Anak Yatim Adalah Tidak Wajar?

17 Oct, 2017
Kenapa Meraikan Hari Lahir Bersama Anak Yatim Adalah Tidak Wajar?

Niat kita mungkin ikhlas untuk menghiburkan hati mereka. Tapi dengan menyambut hari lahir bersama anak yatim, mereka akan rasa lebih seperti anak yatim!

Meraikan hari lahir bersama anak-anak yatim

Cerita ini dikongsikan oleh seorang penulis dari India, Rujuta Pendharkar Singh tentang pengalamannya sendiri.

Beliau ingin berkongsi bagaimana realiti sambutan hari lahir bersama anak yatim.

Beliau bersama rakannya telah membiayai makan tengah hari bagi 30 kanak-kanak yang menghidap HIV dan ketika mereka sampai di rumah anak yatim tersebut, sebuah majlis hari lahir sedang berlangsung. 

Kanak-kanak perempuan bertuah yang menyambut hari lahir tersebut berpakaian cantik berwarna merah jambu dengan tiara di atas kepala.

Dia dimanjakan oleh ibu bapanya.

Kenapa Meraikan Hari Lahir Bersama Anak Yatim Adalah Tidak Wajar?

Foto dari Wikimedia

Dia kelihatan sungguh gembira memotong kek dan mengagihkan hadiah, sementara ibu bapanya mengambil gambar. 

Tapi, mereka terlupa ada juga kanak-kanak yang kurang bernasib baik di situ. Sepatutnya, majlis ini membuatkan mereka gembira.

Sebaliknya mereka duduk di situ seperti dipaksa oleh seseorang. 

Bayangkan hari Ahad di mana anda boleh bangun lewat dan tidak perlu ke sekolah lalu boleh bermain sepanjang hari. 

Tapi bagi anak-anak yatim ini, setiap Ahad juga, orang asing akan datang ke ‘rumah’ untuk meraikan sesuatu.

Kenapa Meraikan Hari Lahir Bersama Anak Yatim Adalah Tidak Wajar?

Kesedihan dan keinginan sebenar seorang anak yatim

Mereka dipaksa menyanyi. Dan tanpa emosi, mereka bernyanyi, senyuman dibuat-buat semasa bergambar. Ia seperti rutin yang terpaksa dilalui mereka setiap hujung minggu.

Kebanyakkan kanak-kanak di rumah anak yatim diabaikan oleh keluarga mereka kerana stigma masyarakat.

Kanak-kanak ini terpaksa melihat majlis hari lahir yang disediakan oleh ibu bapa yang memanjakan anak mereka.

Cara mereka melihat kanak-kanak lain menyambut hari lahir menceritakan segalanya. Mereka berharap mereka berpeluang dilayan sedemikian.

Mereka berharap mereka dimanjakan oleh ibu bapa seperti itu juga. Tiada siapa menyambut hari lahir mereka.

Tapi mereka tetap gembira menerima hadiah dan coklat dari tetamu. Apabila diberikan coklat kepada kanak-kanak yang duduk di sebelahnya, kanak-kanak itu boleh menjawab “apa yang awak akan makan pula?”.

Dengan menyambut hari lahir bersama anak yatim, kita hanya membuatkan mereka rasa lebih seperti anak yatim.

Bukankah lebih baik kita menyambut hari lahir mereka bersama mereka?

Kenapa Meraikan Hari Lahir Bersama Anak Yatim Adalah Tidak Wajar?

Foto dari Wikimedia

Apa yang ingin disampaikan oleh penulis ini adalah realiti yang tidak dapat disangkal.

Ramai yang suka meraikan sesuatu perayaan bersama anak yatim tapi bukan meraikan anak yatim itu.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar

Niat kita mungkin baik, untuk menceriakan mereka, tapi lihat semula, betul atau tidak tindakan kita itu.

Sumber: Quora

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

10 foto anak-anak yatim yang baru diterima ini sangat menyentuh hati

Proses Pengambilan Anak Angkat Di Malaysia Yang Harus Diketahui

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Kenapa Meraikan Hari Lahir Bersama Anak Yatim Adalah Tidak Wajar?
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham