Hilang Minat Untuk Bersama Pasangan, Ketahui dan Bendung Puncanya

Hilang minat bersetubuh dengan pasangan adalah perkara normal jika hubungan sudah lama. Ketahui puncanya untuk mula membendungnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manusia mudah bosan dengan perkara yang rutin, walaupun ia boleh membawa kebahagiaan. Sekiranya sudah 10 tahun berkahwin, pasti akan ada masa di mana kita akan hilang minat bersetubuh bersama pasangan.

Walaupun anda masih sayangkan pasangan anda, ketahuilah bahawa hilangnya minat untuk bersetubuh dengan pasangan tercinta adalah normal. Lagi-lagi jika perkahwinan tersebut sudah lama.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Hilang minat bersetubuh dalam perkahwinan, sudah lama tidak bersama
  • Tiada rasa hendak bersama dengan pasangan. Ketahui puncanya untuk bantu hubungan anda!
  • Baiki hubungan seksual antara anda dan pasangan, hidupkan semula asmara

Hilang minat bersetubuh dalam perkahwinan, sudah lama tidak bersama

Hubungan seks bukanlah segalanya dalam sesebuah perkahwinan, namun ia masih penting untuk memastikan sesebuah hubungan itu kekal intim dan romantis terutamanya jika dilakukan dengan betul.

Namun, kadang-kala, sesetengah pasangan mungkin akan kehilangan minat untuk bersetubuh. Ini bukanlah disebabkan anda tidak lagi sayangkan pasangan anda, tetapi terdapat banyak faktor yang memainkan peranan mengapa anda mungkin tidak mahu bersama pasangan.

Tiada rasa hendak bersama dengan pasangan, ketahui puncanya untuk bantu hubungan anda!

Sebagai manusia, ada waktunya di mana kita akan berasa bosan dengan sesuatu yang rutin. Apabila dalam keadaan berumah tangga, waktu bersama pasangan boleh terasa seperti rutin dan perlu dilakukan dan bukannya atas sebab kasih dan sayang.

Namun, terdapat banyak sebab lain mengapa seseorang boleh menjadi hilang minat untuk bersama pasangan. Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Masalah kesihatan. Apabila menyentuh masalah kesihatan, ia bukan bermaksud hanya kesihatan fizikal. Kesihatan mental seperti gejala kemurungan, kebimbangan dan sebagainya juga boleh membuatkan libido seks seseorang untuk turun hingga hilang minat untuk bersama.
  • Keinginan yang berbeza. Anda dan pasangan mungkin mempunyai keinginan yang berbeza apabila dalam ranjang. Si dia mungkin lebih inginkan sesuatu yang lebih mencabar, dan anda mungkin mahukan hubungan yang intim. Keinginan berbeza ini boleh membuatkan anda berdua tidak mempunyai rasa untuk bersetubuh.
  • Kelahiran anak. Selepas kemunculan cahaya mata dalam kehidupan suami isteri, hubungan seks anda dan pasangan mungkin akan berkurang kerana kepenatan menjaga anak.

  • Stres dan tekanan. Suami isteri yang mempunyai tekanan hidup yang berpunca dari kerja, kehidupan rumah yang tidak terurus dan sebagainya pasti tidak akan mempunyai rasa untuk melakukan hubungan seks dan hanya ingin rehat apabila mendapat peluang untuk rehat dan menenangkan minda.
  • Masalah komunikasi antara pasangan. Sepertimana yang kita ketahui, komunikasi dalam sesebuah perhubungan adalah sangat penting. Sekiranya terdapat masalah komunikasi antara anda pasangan, ia boleh menjejaskan hubungan seraya memberi impak kepada hubungan seks anda berdua.

Baiki hubungan seksual antara anda dan pasangan, hidupkan semula asmara

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, dan masalah tidak bersama dengan pasangan juga tentulah ada penyelesaiannya.

  • Jadikan diri masing-masing sebagai kepentingan. Sekiranya anda berdua mempunyai gaya hidup yang sibuk, pastikan anda membahagikan masa untuk diri masing-masing sekurang-kurangnya pada setiap malam sebelum tidur untuk bercerita tentang hari anda, atau ambil sedikit masa untuk berpelukan bersama pasangan anda pada waktu malam.
  • Seks bukanlah hanya pada persetubuhan. Seks sebenarnya membawa maksud yang lebih mendalam pada sesebuah perhubungan. Ia adalah waktu untuk anda dan pasangan menjadi lebih intim dan rapat dengan satu sama lain, walaupun dalam hubungan yang sudah bertahun lamanya. Selepas bersama, peluklah satu sama lain dan berceritalah tentang hal dulu-dulu atau hanya nikmati dakapan si dia.

Sumber gambar: theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berkomunikasi tentang apa yang dimahukan. Salah satu punca mengapa sesetengah orang tidak mahu bersama pasangan ialah kerana ketiadaan komunikasi dalam perhubungan tersebut. Praktikkan komunikasi dalam hubungan anda, terutamanya tentang hubungan seks supaya anda dan pasangan boleh mengetahui dan memahami keinginan masing-masing ketika bersama.

Seks dalam hubungan bersama yang tercinta tidak sepatutnya rasa seperti sebuah kerja, malah ia sepatutnya menjadi sesuatu yang menakjubkan dan menjadi salah satu punca kebahagiaan dan romantisnya sesebuah hubungan.

Kami harap dengan artikel ini, anda boleh menjumpai semula keseronokan hubungan bersama dengan pasangan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kekerapan Hubungan Asmara Suami Isteri Yang Ideal Menurut Imam Al-Ghazali

Baca juga: Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat

Baca juga: Jangan Terus Tidur Selepas 'Bersama', Ajak Pasangan Buat Beberapa Perkara Ini Dahulu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan