Hari Ibu disambut pada 12 Mei setiap tahun di seluruh dunia. Dalam keterujaan ramai memberi ucapan hari ibu dan hadiah, perlu juga anda tahu akan hukum menyambut hari ibu dalam Islam.
Dalam memuliakan ibu ayah, ia sebenarnya tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu sahaja. Malah kewajipannya berpanjangan dan kekal sepanjang hayat.
Hukum Menyambut Hari Ibu Adalah Haram
Menurut penerangan oleh Ustaz Ahmad Dusuki, hukum sambut hari ibu semata-mata mengikut orang Barat adalah haram. Islam menganjur umatnya untuk menyambut secara berterusan bukannya pada hari tertentu sahaja.
Jadi, buatlah kebaikan dengan ibu setiap hari dan setiap keadaan kerana itu adalah satu kewajiban sebagai seorang anak.
Kalau nak ikut semata-mata sebab orang Barat buat, haram hukumnya. Tapi kalau kita nak sambut berterusan sepanjang masa, ia disuruh dalam agama.
Menyambut hari ibu tidak bukan hari tertentu sahaja. Tapi menyambut hari ibu perlulah pada tiap-tiap masa. Bila kita ada peluang, kita doa untuk ibu bapa kita:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَلِوَ الِدَىَّ وَارْ حَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَا نِى صَغِيْرًا
Allahummagh firlii wa liwaa lidhayya warkham humaa kamaa rabbayaa nii shoghiroon.
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku. Baik ibu maupun bapakku, sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku di waktu kecil.”
Kita baca doa untuk ibu bapa sedemikian selepas solat dianggap sebagai sambutan hari ibu. Tapi kalau kita sambut kerana mengikut orang Barat, hukum sambutan hari ibu adalah haram.
Kalau nak sambut tiap-tiap hari pun boleh, biar ibu kita pening.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’.
Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:
أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ
Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.
Hukum Sambutan Hari Ibu Mengikut Ustaz Azhar Idrus
“Ustaz, Hari Ibu ni hari apa sebenarnya? Kenapa haram sambut pula?”
Jawapan Ustaz: Hari ibu ialah hari Mother Church atau ibu gereja Kristian. Siapa yang nak sambut, silakan. Yang takut rosak akidahnya sebab raikan hari besar Kristian ni jangan sambut. Semua fatwa yang bercanggah dengan nas quran dan hadith adalah terbatal secara automatik.
“Ustaz, apa hukum ucap selamat hari ibu? Ada orang bukan nak sambut pun, cuma tanda hargai saja.”
Jawapan: Tak payah lah ucap selamat hari ibu, sebab orang kristian dah ucap. Kita kan orang Islam, Nabi saw suruh kita jangan ikut orang bukan Islam.
“Ustaz, apa hukum sambut Hari Ibu? ” Mothers Day ni siapa yang tetapkan tarikh?”
Jawapan: Asalnya dari umat Kristian Eropah Pertengahan. Tak elok kita sambut. Dalam Islam setiap masa kita kena kenang jasa ibu. Bila ada kesempatan je, ziarahlah mereka dan beri hadiah untuk ibu ayah.
“Ustaz, kawan saya kata sambut hari ibu ni haram sebab amalan tersebut adalah penghormatan terhadap Mother Mary, ibu kepada Nabi Isa atau Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan. Tapi pendapat saya, kalau niat kita betul rasanya tak haram kan?”
Jawapan: Niat tidak menghalalkan perbuatan kita ikut agama lain.
Hukum Menyambut Mother’s Day Mengikut Mufti
Justeru mengikut Mufti Wilayah Persekutuan, menyambut hari ibu pada masa kini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa.
Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.
Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
- Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
- Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
- Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna Boleh Buat Anda ‘Burnout’ & Berisiko Masalah Mental-Kajian
Baca juga: Gangguan Personaliti Narsistik: Apa Itu Narcissistic, Ciri-Ciri & 9 Tips Berdepan Orang Narsistik
Baca juga: Ayu Raudhah Mengandung Anak Ke-7, Syukur Tiada Alahan, Netizen Puji Untung Beranak Ramai!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!