Merasa Makanan Dengan Lidah Ketika Puasa, Ini Hukumnya...

Perbuatan merasa makanan ketika memasak adalah perkara biasa bagi memastikan rasanya. Namun hukum merasa makanan ketika puasa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbuatan merasa makanan ketika memasak bagi memastikan rasanya adalah perkara biasa. Tapi ketika Ramadan puasa mungkin ada yang tertanya-tanya apakah hukum merasa makanan ketika puasa.

Hukum Merasa Makanan Ketika Puasa

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidah dan tidak membatalkan puasa mengikut pendapat yang terpilih.

Situasinya adalah seperti tukang masak atau suri rumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata:

لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ

““Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”

Boleh Merasa Makanan Dengan Lidah Ketika Puasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Merasa makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit seperti di hujung lidah. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batal puasa.

Selain itu, jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ia tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana ‘ain makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.

Jadi, ibu-ibu bolehlah merasa makanan ketika puasa tapi ia harus diludahkan semula. Kalau mahu kepastian, boleh cuba ambil kuah menggunakan sudu, titiskan pada jari dan kemudian calitkan pada hujung lidah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, para fuqaha’ sepakat mengenai akan keharusannya. Sama juga dengan penggunaan ubat gigi.

Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat rasa pada lidah namun jika tidak ditelan, ia tidak membatalkan puasa.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati

Baca juga: Ibu Mengandung Puasa, Jika Alami 7 Tanda Ini Doktor Minta Anda Segerakan Berbuka

Baca juga: Tip Untuk Para Ibu yang Berpuasa Ketika Mengandung

Penulis

Lala Annuar