X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Wanita Ini Berkongsi Pengorbanan Ibu Dalam Menyusukan Bayi, Ia Bukanlah Sesuatu Yang Mudah

3 min bacaan
Wanita Ini Berkongsi Pengorbanan Ibu Dalam Menyusukan Bayi, Ia Bukanlah Sesuatu Yang Mudah

Tiada siapa pernah memberitahunya yang penyusuan ibu adalah sesukar ini

Kebanyakan bakal ibu didedahkan tentang penyusuan ibu adalah perkara semulajadi yang akan terus lancar mengikut kehendak mereka. Ketahuilah bahawa pengorbanan ibu ini memang patut dipandang tinggi. Malangnya, bagi kebanyakan wanita, ia tidaklah semudah itu.

Popsugar melaporkan bagaimana perkongsian ibu baru, Heyona Cho tentang pengalamannya menyusukan anak lelakinya, Bo yang telah disahut oleh ramai wanita diseluruh dunia.

Mengapa? Ini kerana di kapsyennya, Cho menyatakan betapa hancur hatinya apabila dia perlu berjuang untuk menyusukan anaknya.

“Perasaan yang anda rasa ketika bayi anda menangis untuk susu sangat sukar diterangkan. Perasaan terlampau sedih ketika bayi anda menangis untuk susu tetapi anda tidak mempunyai susu yang mencukupi pula lebih sukar diterangkan.

Pengorbanan ibu menyusukan anak, ada perkara yang sukar dikawal 

  A photo posted by @redredmoon @vanbreaksdown (@heyonaaaa) on Nov 1, 2016 at 9:19am PDT

“Apabila malam tiba, saya terpaksa membuat pilihan sama ada nak menambah dengan susu formula atau membiarkannya tidur dalam keadaan lapar. 

Atau lebih kepada bangun setiap jam, stress dan kecoh dalam cuba menenangkan tangisan kelaparannya, bergaduh dengan pasangan saya yang penyayang, serta rasa seperti satu kegagalan – malu.”

Cho seterusnya berkata, tiada siapa pun pernah berkongsi tentang penyusuan ibu adalah sesukar ini. 

“Ini pasti realiti yang didiamkan oleh para ibu baharu,” tulis beliau.

Ibu baru ini membuat keputusan untuk menambah susu formula kepada susunya supaya anaknya tidak kelaparan. 

Beliau menasihatkan kepada ibu baru yang melalui keadaan yang sama sepertinya untuk tidak perlu berasa “bersalah mahupun malu.”

“Ada perkara yang memang kita tidak dapat kawal” tulis beliau.

“Kita pasti akan membuat pilihan terbaik daripada pilihan yang kita tahu dengan penuh kasih sayang sehingga ia boleh dilihat melalui mata kita.”

Cho mengakhiri penulisannya dengan nota yang positif: katanya, bekalan susunya kian bertambah, dan beliau amat berterima kasih pada sokong padu yang membantu beliau menghadapi minggu pertama yang sukar dengan bangga.

Di dalam penulisan lanjutannya – lebih seminggu selepas melahirkan Bo – beliau menyatakan, “Susu sedang mengalir, hati saya gembira, saya tidak boleh berhenti tersenyum.”

  Bo Namu Cho Liengaard. Born 10/26/2016 2:42PM, Whidbey Island, WA. Coming out of a cloud of loving emotions and everything that is. Milk is flowing and my heart is so full, I can’t stop smiling. Today marks a week and one day of our baby’s life. Wow, what an incredible journey already. Thank you. SO so much.

A photo posted by @redredmoon @vanbreaksdown (@heyonaaaa) on Nov 3, 2016 at 1:24pm PDT

Pengorbanan ibu semasa menyusukan anak 

Cho memberitahu The Huffington Post bahawa beliau berkongsi pengalaman tersebut bagi meningkatkan kesedaran tentang kesukaran dalam penyusuan ibu.

Beliau diberitahu bahawa susunya akan mula ada selepas tiga hari bersalin, namun baginya, ia mengambil masa lebih dari itu.

Beliau sebenarnya berharap beliau diberitahu yang susu ibu selalunya mengambil masa lebih dari tiga hari untuk dihasilkan.

“Saya tidak akan rasa begitu kekurangan jika saya tidak diberitahu tentang “limit masa” yang diperuntukkan,” kata beliau.

Ibu baru itu merancang untuk memulakan sebuah laman web baru khas untuk ibu-ibu menyusu berkongsi maklumat tentang penjagaan, mewujudkan satu platform untuk “milkshares”, dan berkongsi cerita memberi maklumat dan semangat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

Bukan Mudah Untuk Menyusu Badan, 7 Perkara Ini Sering Menjadi Cabaran Buat Para Ibu

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Wanita Ini Berkongsi Pengorbanan Ibu Dalam Menyusukan Bayi, Ia Bukanlah Sesuatu Yang Mudah
Kongsikan:
  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham