Ibu Baru, Baca Ini Sebelum Anak Anda Lahir

Ketahui cabaran yang dihadapi setiap ibu baru untuk melakukan yang terbaik untuk anak, suami dan keluarga. Info ini mungkin akan membantu anda untuk lebih bertenang dan melakukan yang terbaik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dulu semasa mengandung, saya ingat saya tahu segala yang perlu diketahui tentang bayi saya yang akan lahir.

Saya telah melayari banyak laman web keibubapaan, meluangkan banyak masa untuk membaca dan mengkaji produk-produk yang terbaik.

Sebagai first time mummy masa itu, saya ingin menjadi ibu yang sempurna.

Tetapi secara jujur, tiada apa yang boleh menyediakan anda untuk menjadi ibu bapa sehingga anda mengalaminya sendiri.

Penyusuan susu ibu boleh menyakitkan

Source: Babycenter.com

Memang penyusuan susu ibu lebih menyakitkan untuk ibu yang baru menyusu buat kali pertama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi situasi ini juga masih boleh berulang bagi sesetengah ibu berpengalaman yang pernah menyusukan anak.

Ia boleh mengambil masa lebih dari sebulan untuk menyesuaikan diri sebagai ibu menyusu.

Ramai yang akan berkongsi pendapat, tip dan petua yang berbeza-beza. Ada yang akan cakap jika ia menyakitkan, pasti sebab cara bayi latching yang salah.

Bayi akan memerlukan masa untuk belajar teknik latching yang betul dan ibu juga sedang belajar cara untuk menyusukan anak.

Apabila kedua-dua pihak sudah membiasakan diri, penyusuan susu ibu akan berubah menjadi pengalaman yang indah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun latching yang sempurna berjaya dicapai, ibu masih boleh mengalami sedikit kesakitan pada mulanya. 

Jadi, jangan rasa tertekan jika anda tidak dapat menyusukan anak dengan baik atau mempunyai bekalan susu yang rendah.

Fed is best: sudah tentu penyusuan ibu akan memberi manfaat kepada anak, tetapi pemberian susu formula tidak salah juga!

Kepentingan kesihatan mental dan fizikal

Jangan malu untuk meminta bantuan dan untuk menerima apa-apa bantuan apabila ia ditawarkan.

Ia adalah perkara yang biasa untuk berasa seperti ditenggelamkan dengan tanggungjawab rumah yang bertimbun-timbun, penjagaan anak dan bayi baru.

Anda tidak harus berasa bersalah apabila melakukan sesuatu untuk diri sendiri, kerana seorang ibu kena jaga kesihatan diri dari segi fizikal dan mental juga.

Jangan berasa kecewa jika anda tidak kurus balik dalam masa 4 bulan pertama, kecuali anda mempunyai chef sendiri, sebuah gim lengkap di rumah, siap dengan jurulatih sendiri dan sekumpulan pengasuh anak.

Mungkin anda akan fikir, bila lagi lah peluang untuk tidur lena.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang pada mulanya (kira-kira 8 minggu pertama), bayi anda akan asyik menyusu, tukar lampin, minta untuk didukung, didodoikan, ditenangkan, dan dibersihkan kerana asyik muak susu.

Jangan khuatir, semua ini akan berakhir satu hari nanti.

Tetapi jika anda berasa sangat tertekan dan tiba-tiba murung, bincangkan peraasaan anda dengan doktor.

Jangan ingat kemurungan tidak mungkin akan berlaku kepada diri sendiri.

Malah orang yang paling gembira di dunia ini juga boleh mengalami kemurungan selepas bersalin.

Jangan ambil ringan jika anda mula mengalami fikiran yang berbahaya atau perasaan ingin membahayakan anak. Jangan tunggu, dapatkan bantuan segera!

Hakikatnya

Hari demi hari, bayi anda akan semakin membesar. Dia akan mula pandai merengek dan ada yang sudah mula nakal dan buat perangai.

Anda dan suami anda mungkin akan bercanggah pendapat tentang cara yang betul untuk membesarkan dan mendisiplinkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang anda mungkin akan rasa nak cekik saja leher suami tersayang kerana tertekan apabila dia tidak menghulurkan pertolongan.

Jangan berasa terlalu tertekan untuk memenuhi jangkaan orang lain, atau apabila orang suka membandingkan perkembangan dan pencapaian anak.

Juga, jangan menilai cara orang lain membesarkan anak mereka kerana anda tidak tahu apa yang mereka lalui.

Setiap ibu akan melakukan yang terbaik untuk anak, keluarga dan suami pada setiap masa - itu sudah pasti!

Sumber: More

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio