5 Cabaran Berpantang Semasa Hari Raya, Bertabahlah Wahai Ibu Semuanya Demi Anak!

Ibu berpantang semasa hari raya dikatakan agak mencabar. Ini kerana anda terpaksa duduk di rumah dan tidak boleh beraya seperti tahun-tahun sebelumnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada ibu berpantang 30 hari dan ada juga sehingga 100 hari bagi memulihkan kembali kesihatan fizikal dan mental. Sebenarnya berpantang selepas melahirkan anak dikira tempoh yang sangat penting kerana ketika inilah para ibu perlu menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Meskipun kita sudah memasuki zaman moden dengan pelbagai teknologi, namun ia tidak mampu membuatkan sel-sel badan pulih tanpa melalui proses pemulihan selepas mengandung dan bersalin.

Cabaran ibu berpantang ketika hari raya

foto: harianmetro

Memandangkan kini seluruh umat Islam sedang berpuasa, kami pasti ramai ibu berpantang ketika hari raya Aidilfitri nanti. Sudah tentu tempoh berpantang bagi setiap anak memberikan pengalaman berbeza, namun anda mungkin berdepan beberapa cabaran sewaktu pantang nanti iaitu:

#1. Mengenakan ‘uniform’ berpantang

Bagi ibu yang baru beberapa hari bersalin, mungkin anda berdepan kesukaran untuk melaram ketika hari raya. Hal ini kerana bahagian tubuh badan masih lagi berasa sakit-sakit dan juga perlu menyusu bayi dengan kerap.

Selain itu perubahan pada saiz tubuh juga membuatkan anda pakai sahaja apa yang selesa. Agak sukar untuk anggarkan saiz dan mencari baju raya yang sesuai untuk ibu berpantang. Jika pakai pun, hanya sekejap sahaja setakat ‘cukup syarat’ dan bergambar bersama keluarga. Itupun jika bayi anda tidak meragam. 

Mahu ataupun tidak, ‘uniform’ berpantang adalah yang paling selesa. Biasanya t-shirt saiz besar, sweater, kain batik dan stoking.

#2. Tidak dapat ikut beraya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun tidak dibenarkan untuk merentas negeri, namun Aidilfitri kali ini masih dapat disambut bersama ahli keluarga dan jiran-jiran terdekat. Mahu ataupun tidak, ibu berpantang terpaksa duduk diam-diam sahaja di rumah demi kesihatan diri dan bayi.

Kalau ikut orang beraya bukannya sekejap. Paling kurang 5-6 buah rumah. Ibu baru bersalin sememangnya perlu banyak berehat dan ruang yang selesa kerana nanti anda perlu menyusukan bayi pula. Tidak elok jika terlalu banyak bergerak ataupun lasak.

#3. Bayi menjadi tumpuan tetamu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Apabila ramai yang mendapat berita tentang kelahiran bayi, mesti ramai juga yang gunakan kesempatan beraya untuk melawat anda sekali. Seronok memanglah seronok, tapi hal yang dibimbangi ialah bila terlalu ramai nak dukung dan peluk cium bayi yang berusia baru beberapa hari.

Tidak kiralah atuk, nenek, makcik, pakcik atau anak buah, orang yang kita kurang kenal pun akan lakukan hal yang sama.

Bukannya cerewet dan kedekut tidak bagi cium bayi, tapi ibu-ibu cuma risau sistem ketahan si manja masih belum kuat dan si manja berisiko tinggi untuk mudah jatuh sakit.

#4. Cabaran untuk berpantang makan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang akan menyedari berat badan bertambah ketika musim perayaan kerana terlalu banyak menikmati makanan sedap dan berlemak. Ketika ibu berpantang, anda perlu fokus kepada makanan berkhasiat sahaja agar luka bersalin cepat sembuh.

Tahun ini anda mungkin terpaksa tengok sahaja makanan raya yang terhidang seperti rendang, lemang, kuih raya dan pelbagai lagi makanan berkalori tinggi.

Tidak cukup dengan itu, cabaran berpantang yang lagi susah ialah mengelakkan dari minuman berais. Ditambah pula dengan cuaca sekarang yang agak panas, sudah tentu terbayang-bayang kenikmatan apabila teguk minuman sejuk.

#5. Rasa penat melayan tetamu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: bernama

Apabila orang datang beraya, ibu berpantang mungkin akan rasa serba salah nak duduk di bilik sahaja. Lebih-lebih lagi kalau saudara-mara yang ramai, semuanya datang sebab nak melawat bayi baru lahir.

Kita yang berpantang memang biasalah akan cepat letih, sakit-sakit pada tubuh masih tidak hilang lagi. Memang tak larat nak melayan semua tetamu, setakat bersalam dan tunjuk muka sahaja bolehlah. Harap tetamu semua fahamlah ya, yang tidak faham terpaksalah anda tebalkan telinga.

Setiap kehadiran anak adalah pembawa rezeki. Satu keistimewaan bila berpantang semasa hari raya ini, dapat banyaklah duit raya untuk si manja anda. Saudara-mara dan jiran-jiran pakat bagi, bahkan yang kurang kenal pun akan beri duit raya sebagai sedekah.

Sumber: Hamil Dalam 3 Bulan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Baca juga: 11 Jenis Kuih Yang Selamat & Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang, #5 Paling Sedap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan