Ibu Lempar Anak Autisme 2 Kali Untuk Pastikan Dia "Betul-Betul" Mati!

Akibat kemurungan, seorang ibu bunuh anak kandung dengan cara melemparnya dari balkoni rumah di kediaman mereka sendiri. Jiran tetangga jadi saksi kejadian!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah hamil sembilan bulan, kemudian bersalin dengan sakitnya… bagaimana ada kes di mana sanggup seorang ibu bunuh anak kandung sendiri? Tapi itulah yang berlaku dalam kes ini…

Kejadian berlaku pada jam 3.30 petang lalu di Bengaluru, India selepas jiran terdengar bunyi kekecohan dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun terbaring berlumuran darah.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu dilihat masih sedar dan kebanyakan jiran kenal dia sebagai salah seorang anak perempuan penduduk sekitar itu. 

Dalam beberapa minit, Swathi Sarkar, 36 ibu kanak-kanak perempuan itu tiba-tiba datang ke bangunan tersebut dan melempar anak gadisnya buat kali kedua di tempat yang sama supaya anaknya mati dengan segera!

Kredit : Merdeka.com

Setelah itu, Swathi diikat pada tiang oleh jiran tetangga yang menyaksikan kejadian tersebut dan kemudian ditangkap pihak polis. 

Ibu bunuh anak kandung – Kenapa ia boleh terjadi? 

Ketika disoal siasat polis, Swathi mendakwa anak perempuannya yang bernama Ashika itu mencabarnya secara mental lalu dia terpaksa membunuhnya

Swathi dilaporkan bekerja sebagai guru selama dua tahun dan kemudian berpisah dengan bekas suaminya yang bekerja di sebuah firma swasta. Namun bekas suaminya itu sentiasa menghulurkan bantuan kewangan kepada dua beranak itu

Punca ibu bunuh anak kandung akibat kemurungan melampau

Polis mendakwa keadaan Swathi tidak stabil dan mungkin dia tertekan kerana perlu menjaga anak perempuannya yang mempunyai autisme. Namun ia belum disahkan pihak perubatan. 

Malah, pihak polis juga masih menyiasat punca amarah Swathi hingga menyebabkan dia bertindak sedemikian kerana dia seolah-olah mengalami kemurungan teruk.

Kemurungan adalah pembunuh senyap!

Kredit : Vision. Org

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak ramai yang sedar kemurungan sebenarnya merupakan pembunuh senyap manusia dan jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan kecelakaan yang dasyat! 

Menurut Dr Samir Parikh, Pengarah Sains Kesihatan Mental Delhi, kita boleh tahu gejala awal kemurungan seperti melihat tanda-tanda ini: 

  • Kemurungan dilihat dalam tempoh dua minggu dengan tanda-tanda seperti tertekan, hilang minat atau keseronokan dalam melaksanakan sebarang aktiviti.
  • Gejala ini boleh disertai dengan penurunan berat badan, masalah selera makan, gangguan tidur, tahap tenaga yang rendah dan sering keletihan.
  • Individu yang mengalami depresi mungkin timbul perasaan bersalah yang berlebihan, tidak dapat beri tumpuan, sukar buat keputusan dan sentiasa berulang memikirkan kematian. 

Cara membantu individu yang alami kemurungan 

Kredit : The Cut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berikan sokongan, empati dan menjadi teman pendengar kepada masalah mereka. 
  • Cuba bersimpati dengan masalah mereka dan fahami emosi yang sedang dialami.
  • Beri perhatian dan sokongan dengan membawanya berjumpa pakar profesional.
  • Dalam kes kemurungan yang teruk, seluruh ahli keluarga harus berjaga-jaga, bimbang jika individu terbabit buat keputusan drastik untuk bunuh diri
  • Semua barang berbahaya termasuk objek tajam, pil dan bahan beracun perlu dikeluarkan dari pandangan individu terbabit
  • Galakkan mereka berjumpa pakar kesihatan mental bagi mencegah sebarang kemungkinan yang lebih buruk.
  • Cuba berkomunikasi dengan mereka supaya dia dapat luah dan melepaskan emosi yang terpendam. 

Justeru diharap pihak polis dapat menyelesaikan kes ini dengan baik dan masalah kesihatan mental serta kemurungan Swathi dapat dipulihkan. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Deepshika Punj. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comibu-bunuh-anak/