Ibu Menyusu Tak Datang Period Sudah Lama? Adakah Ibu Hamil Lagi Tanpa Sedar?

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi begini di mana selepas bersalin, kelewatan haid menjadi persoalan yang sering membelenggu diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mesti selalu dengar ibu menyusu period tak datang. Malah ada yang lewat beberapa bulan dan ada juga yang sampai ‘makan’ bertahun. Dalam hati pasti ada terdetik,

Alamak tak subur ke aku ini? Macam mana kalau tiba-tiba mengandung? 

Inilah apa yang akan terjadi pada mereka yang bergelar ibu. Namun, situasi ibu menyusu tidak datang haid ini sebenarnya adalah normal. 

Tapi, bagaimana pula jika haid datang lebih awal selepas bersalin? Adakah ia akan menjejaskan bekalan susu? 

Untuk tidak melengahkan pembacaan anda, hari ini, kami kumpulkan beberapa persoalan tentang isu ibu menyusu period tak datang.

Semoga info di bawah dapat membantu ibu-ibu menyusu yang musykil.

Ibu menyusu period tak datang, ini apa yang anda perlu tahu 

#1 Adakah penyusuan menghalang kedatangan haid? 

Selepas melahirkan zuriat, secara semula jadinya, ibu akan melengkapi kehidupan bayi kecil dengan menyusu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Situasi ibu menyusu tidak datang haid terjadi kerana hormon membantu badan menghasilkan susu yang mencukupi sehingga habis tempoh penyusuan bayi. 

Hormon yang menjalankan tugas ini dikenali sebagai hormon Prolaktin. 

Hormon ini juga berperanan dalam menangguhkan haid seseorang wanita. Sebab itu, apabila berlakunya penyusuan, hormon tersebut berada pada paras tinggi lalu menghalang kedatangan haid. 

#2 Tapi kenapa ada ibu yang datang haid cepat?

Ada sebilangan ibu yang datang haid cepat kerana selepas bersalin, berlakunya pengurangan bekalan susu, bayi sudah mula makan atau si kecil tidak menyusu di waktu malam.

Oleh sebab itu, menstruasi lewat boleh dikaitkan dengan penyusuan yang berterusan, bayi kerap menyusu dan ibu sentiasa mengikut jadual mengepam susu yang betul

#3 Bila haid pertama selepas bersalin akan datang?

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, sebelum haid, tubuh akan mengalami kekejangan atau gejala PMS. Anda mungkin akan merasainya dalam masa seminggu atau sebulan sebelum tibanya darah haid. 

Jika keadaan tersebut berlaku, bersedialah, kitaran haid anda bakal bermula. Namun, jika berlakunya pendarahan, warna darah akan kelihatan sedikit merah gelap dan berbeza dengan haid. 

Sebaiknya anda sentiasa menukar lampin wanita bagi mengelak jangkitan.

Akan tetapi jika ada rasa aliran darah yang keluar itu luar biasa dari sebelumnya beserta dengan kesakitan, segera dapatkan nasihat pakar sakit puan untuk kesahihan. 

#4 Adakah haid akan menjejaskan penyusuan saya? 

Dalam tempoh haid, anda mungkin tak dapat mengesan apa-apa perubahan tapi sebilangan ibu akan mengalami perubahan seperti berikut: 

  • Kelembutan puting semasa tempoh menyusu atau ketika ovulasi. 
  • Penurunan bekalan susu dalam beberapa hari sama ada sebelum atau semasa haid. 
  • Selepas menyusu, bayi kerap mengantuk 
  • Bayi sering rasa lapar kerana penurunan bekalan susu 

Sekiranya anda melihat perubahan ini, jangan risau. Ia berlaku disebabkan tahap hormon yang berubah-ubah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Patut tak saya cerai susu dengan bayi setelah datang haid?

Apabila ibu mula datang haid semasa menyusu, mereka sering fikir untuk menghentikan penyusuan.

Sebenarnya, ia tak patut berlaku kerana bayi anda masih belum cukup enam bulan. Sedangkan tempoh penyusuan yang terbaik adalah selama dua tahun! 

Tempoh haid tidak mendatangkan kemudaratan pada anda atau bayi yang menyusu. Bahkan, khasiat susu tetap sama bezanya, hanyalah bekalan sedikit menurun. 

Langkah terbaik adalah dengan menguruskan stok susu ibu sepanjang tempoh tersebut supaya ia mencukupi untuk bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Adakah bekalan susu akan menurun setelah haid? 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda akan melihat kekurangan dalam bekalan susu semasa tempoh haid. Tetapi, ia boleh diurus dengan mengamalkan suplemen semula jadi atau milk booster.

Selain itu, banyakkan diet yang kaya dengan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral. 

Malah, tidak ada salahnya jika anda makan lebih sedikit dan gabungkan 500 kalori tambahan setiap hari bagi ibu yang menyusu bayi. Anda juga boleh menambahkan makanan penggalak susu ibu dalam diet seharian.

#7 Adakah saya akan mengandung jika masih menyusu? 

Kredit: iStock

Banyak mitos kehamilan mengatakan menyusu adalah salah satu kaedah mengawal kelahiran berikutnya. Namun pakar menyatakan sebaliknya

Dr Priyanka Mehta, pakar sakit puan di New Delhi menjelaskan,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Penyusuan boleh menundakan haid. Tapi ia tidak menjamin anda bebas risiko untuk hamil lagi,” katanya. 

#8 Bagaimana saya boleh elak hamil ketika menyusu?

Oleh itu, apakah cara yang wajar dilakukan supaya dapat mengelak kehamilan dari berlaku? 

  • Pastikan bayi anda sentiasa menyusu
  • Dapatkan pil mini yang wajib dimakan untuk mengelak kehamilan
  • Jangan beri susu formula pada bayi
  • Tidak ‘ceraikan’ susu badan dengan bayi 
  • Menyusukan bayi secara berbaring 
  • Sentiasa memastikan bayi menyusu dengan betul 

Persediaan terhadap bekalan susu badan 

  • Sebagai persediaan, pam dan simpan susu ibu terlebih dahulu. 
  • Terdapat dua cara untuk mengumpul susu ibu. Pertama melalui penggunaan pam susu. Kedua, manual guna tangan
  • Sejuk dan bekukan dengan betul. Melainkan anda terus menyusukan bayi dengan segera. 

Sebagai alternatif, jika anda tidak dapat membekukan susu segar dengan segera, pastikan ia disimpan di tempat yang sejuk.

Susu yang baru diperah, kemudian disimpan pada suhu bilik boleh tahan selama empat hingga enam jam.

Setiap ibu mempunyai kondisi tubuh yang berbeza dari yang lain. Dengar isyarat badan anda, perhatikan perubahan fizikal dan psikologi.

Dapatkan maklumat tentang tahap kesihatan anda dengan sewajarnya. Kongsi artikel ini bersama rakan anda yang lain. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca jugaTiada haid atau haid tidak teratur semasa menyusu? Ini sebabnya…

Baca juga: Kerana Tidak Datang Bulan, Ramai Wanita Tidak Percaya Ibu Menyusu MASIH Boleh Hamil Sekali Lagi!

Baca juga: Ini Pil Perancang Yang Selamat Untuk Dimakan Ketika Menyusu Anak, Susu Takkan Terjejas!