Adakah ibu menyusu boleh mengandung? Mesti ramai di antara anda yang akan tertanya-tanya apatah lagi kerana tidak datang haid. Pernahkah anda terdengar kenyataan seperti di bawah:
“Kalau menyusukan anak, mesti tak datang bulan lagi. Mana boleh mengandung!”
Ada sesetengah orang yang percaya yang selagi wanita menyusukan anak secara eksklusif, wanita tersebut tidak akan mengandung. Ini kerana selalunya wanita yang mengamalkan penyusuan susu badan secara eksklusif tidak datang bulan selama penyusuannya.
Penyataan ‘ibu menyusu anak tidak datang bulan’ sebenarnya tidak benar ya, kerana tidak semua wanita mengalami keadaan tersebut!
Adakah Ibu Menyusu Boleh Mengandung?
Untuk pengetahuan umum, kelewatan datang haid adalah sesuatu yang normal buat ibu-ibu yang menyusu. Terutamanya bagi mereka yang menyusukan bagi secara ekslusif.
Ada juga kes di mana para ibu tidak datang haid hampir setahun lamanya, tahu-tahu sahaja sudah mengandung lagi. Para ibu perlu mengetahui bahawa kehamilan tetap berlaku apabila tubuh mengalami proses ovulasi, iaitu tempoh di mana tubuh wanita itu membebaskan telur untuk disenyawakan.
Dengan berlakunya haid, seseorang wanita boleh menganggarkan tempoh ovulasi iaitu sekitar dua minggu sebelumnya. Dan jikalau berlakunya hubungan seksual dalam tempoh berkenaan, kebarangkalian untuk mengandung masih ada.
Adakah Ibu Menyusu Boleh Mengandung? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu
SEBELUM BERSALIN.
#1. Jika Menyusu Badan, Kitaran Haid Tidak Normal
Ada sesetengah ibu bersalin yang keliru antara nifas dan haid selepas bersalin. Jika darah masih di bawah 60 hari, ia kemungkinan besar masih darah nifas.
Namun bagi ibu yang menyusukan bayi, kitaran haid anda mungkin tidak menentu untuk beberapa bulan terawal atau mungkin tidak akan keluar selagi anda menyusu secara eksklusif.
Keadaan seperti ini dikenali sebagai Lactation Amenorrhea – di mana ibu menyusu mengalami haid yang sedikit atau tiada haid langsung. Ada wanita yang beranggapan mereka tidak akan mengandung selagi belum datang haid. Namun, tanggapan ini sama sekali salah ya. Ini kerana telah banyak kes kehamilan tetap berlaku walaupun belum datang haid sejak selepas bersalin.
#2. Proses Ovulasi Tetap Berlaku
Walaupun tiada haid, tubuh mengalami proses ovulasi, iaitu tempoh di mana tubuh wanita membebaskan telur untuk disenyawakan. Ini bermakna kehamilan tetap boleh berlaku ya!
Sekiranya haid berlaku, seseorang boleh menganggarkan tempoh ovulasi iaitu sekitar 2 minggu sebelumnya. Tetapi bagi wanita yang tidak haid selepas bersalin, risiko hamil lebih tinggi kerana kita tidak boleh tahu waktu subur dan bila proses ovulasi terjadi.
#3. Tanda Ovulasi Walaupun Tanpa Haid
Memandangkan kitaran haid tidak sekata, jalan untuk mengetahui waktu ovulasi wanita adalah mengikut tanda berikut:
- Lendiran vagina yang berwarna jernih, kenyal dan nipis.
- Pada waktu ovulasi, suhu tubuh meningkat dari kebiasaan.
- Apabila haid mula datang, ia selalunya tidak berlaku seperti biasa.
- Kebanyakan wanita akan mengalami haid yang sedikit yang berupa palitan discaj berwarna coklat atau merah jambu, yang menandakan anda telah kembali subur.
SELEPAS BERSALIN.
#4. Kemungkinan Hamil Itu Tinggi
Walaupun penyusuan badan boleh bertindak sebagai perancang semulajadi untuk mencegah kehamilan, namun ia kurang berkesan dan anda masih boleh mengandung, terutamanya jika:
- Bayi anda berusia lebih 6 bulan
- Anda telah datang haid selepas bersalin
- Bayi anda tidak menyusu dengan kerap (direct feeding) pada waktu siang dan malam
- Bayi sudah mula makan makanan pejal
#5. Kitaran Haid Kembali Normal
Setiap wanita bersalin akan mempunyai kitaran haid seperti biasa pada masa yang berlainan. Lazimnya, lebih awal haid anda kembali, maka peluang hamil juga lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, ada ibu menyusu yang akan mengalami beberapa simptom haid seperti rasa senggugut, loya, sakit punggung, dan tak sedap badan tetapi masih belum datang bulan. Ini mungkin bermakna tubuh sedang bersedia untuk mengeluarkan haid, namun tidak berlaku lagi kerana hormon penyusuan badan masih tinggi.
Jika anda tidak merancang untuk mempunyai anak seterusnya dalam masa terdekat berhati-hati semasa melakukan hubungan ya. Ini kerana terbukti wanita masih boleh hamil walaupun masih menyusu badan atau belum datang bulan selepas bersalin.
Adakah Ibu Menyusu Boleh Mengandung? Ini Tanda Mengandung Semasa Menyusu Anak
#1. Tak Datang Haid
Walaupun menyusu, anda masih boleh datang haid dan hamil. Hormon prolaktin yang keluar semasa menyusu sering kali membantu menekan ovulasi sehingga ibu tidak mengalami haid dalam beberapa bulan selepas melahirkan anak.
Namun, tidak datang haid juga boleh memicu kehamilan jika anda mengalami tanda seperti mual, muntah, pening kepala dan lain-lain. Adalah lebih baik jika anda segera berjumpa doktor.
#2. Tubuh Cepat Rasa Penat
Semasa menyusu, tubuh anda lebih mudah penat dari biasanya. Namun, rasa penat kerana menyusu tentunya berbeza dengan rasa lelah semasa mengandung kerana ia lebih berlaku secara terus-menerus.
#3. Penghasilan Susu Badan Menurun
Apabila tubuh penat, produksi susu badan juga akan menurun kerana bayi tidak puas semasa menyusu badan. Ia sekaligus menyebabkan bayi merengek dan membuatnya sering bertukar-tukar payudara.
#4. Warna Susu Badan Berubah
Selain susu badan menurun, warna dan rasa susu juga akan berubah.
#5. Cepat Rasa Kenyang
Walaupun belum makan, badan sering kali menolak untuk menyerap makanan kerana tubuh rasa cepat kenyang dari biasanya. Rasa mengah seperti perut kenyang ini juga kerana janin dalam kandungan mula berkembang sehingga membuatkan anda malas makan atau tiada selera.
#6. Payudara Rasa Nyeri Ketika Menyusu
Menyusukan bayi semasa hamil boleh menyebabkan puting rasa nyeri yang berlaku kerana munculnya hormon kehamilan.
#7. Rahim Membesar
Selepas dua minggu melahirkan anak, ukuran rahim akan kembali pada bentuk asal namun jika anda merasakan rahim kembali membesar atau adanya kontrasi semasa menyusu sebaiknya rujuk perkara ini pada doktor.
Adakah Ibu Menyusu Boleh Mengandung? Jika Ter-hamil, Apa Anda Perlu Lakukan?
Para ibu yang berada dalam keadaan seperti ini disarankan untuk pergi ke klinik bagi melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan ubat-ubatan yang diperlukan untuk tumbersaran kandungan. Anda juga perlu mendapatkan buku antenatal untuk menetapkan temu janji bersama doktor kerana waktu awal kehamilan adalah penting.
Untuk pengetahuan umum, menyusu ketika hamil adalah selamat. Jika anda ingin berhenti menyusu, anda perlu berhenti menyusukan anak dan lama kelamaan susu anda akan berhenti dihasilkan. Anda juga boleh memulakan ‘weaning’ untuk anak supaya anda dapat berhenti menyusu secara perlahan-lahan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Masih Menyusu Badan Kemudian Hamil Lagi, Adakah Akan Menjejaskan Tumbesaran Bayi Dalam Perut?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!