Ramai Ibu Kekok & Tidak Pandai Menyusu Bayi Kali Pertama, Doktor Kongsi Teknik Yang Betul

Ibu menyusui bayi kali pertama mudah rasa tertekan kerana tiada pengalaman. Justeru adalah penting mengetahui teknik penyusuan yang betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu menyusui bayi dengan teknik yang salah pada waktu awal kelahiran anak. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah tiada pengalaman dan juga tidak tahu cara yang betul untuk menyusukan anak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengalaman ibu menyusui bayi kali pertama, penting kena tahu teknik yang betul
  • Kelahiran anak pertama merupakan proses belajar menyusu bayi dan menguruskannya
  • Ibu perlu tenang dan positifkan diri ketika menguruskan anak 

Pengalaman ibu menyusui bayi kali pertama, penting kena tahu teknik yang betul

Penyusuan ibu merupakan satu proses semula jadi yang sangat penting untuk keperluan yang cukup bagi tumbesaran dan pertumbuhan minda bayi.

Selain mengandungi antibodi ibu dan Immunoglobulin A (IgA), susu ibu juga mampu untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Namun, bagi kelahiran anak yang pertama ramai ibu menghadapi masalah untuk memberi susu kepada anak mereka. Berkongsi masalah yang sama ketika kelahiran anak yang pertama, Doktor Mazliana Mazlan turut berkongsi pengalamannya itu di laman Facebook miliknya.

"Bila lahir anak pertama, ramai ibu yang belum pandai untuk handle penyusuan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak tak nak menyusu badan. Anak menangis tak berhenti, ibu ingat susu tak keluar.

Anak kena jaundice ayik nak tidur saja dan tak nak menyusu. Ibu stress sebab anak tolak susu badan. Ibu ingat susu tak keluar. Ibu fikir susu tak cukup.

Saya pun pernah alami juga sewaktu bersalin anak pertama di hospital, dan saya tanya staff nurse yang datang ke bilik, "Akak, anak saya ni hypo ke atau sejuk sebab aircond?" Dia tak nak menyusu sangat, nampak macam terketar-ketar tadi."

Nurse buat pemeriksaan, kemudian beliau jawab, "Doktor nak saya bagi susu formula ka kat anak Doktor?"

Terus saya jawab, "Takpa kak, takpa. Saya bagi kerap lagi susu kat dia, dia tak pandai lagi kot minum betul-betul."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak, baru lahir ke dunia.

Ibu, baru pertama kali menyusu anak yang lahir.

Kelahiran anak pertama merupakan proses belajar menyusu bayi dan menguruskannya

Setiap hari di hari berpantang anak pertama saya agak struggle menyusukan anak. Stress, anak tak pandai minum, saya tak pandai beri. Dan setiap kali itu juga saya ingatkan diri sendiri,"Sabar, dua-dua tengah belajar, aku tengah belajar, anak pun tengah belajar. Practice makes perfect kan."

Beri masa untuk mereka berdua ibu dan anak. Masa untuk sama-sama belajar dan adapt dengan kehidupan baru. Ibu belum pandai beri susu dengan cara yang betul, anak pun belum mahir minum susu dengan cara yang baik.

Ada juga suami, ibu ayah, ibu ayah mentua, mahu pun orang sekeliling suka minta untuk ibu yang baru nak belajar menyusukan anak itu beri susu formula walaupun di hari kedua kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Susu tak cukup tu, sikit sangat dia minum, sulam susu formula sama, barulah dia kenyang."

"Anak lapar tu, tengok dok menangis saja dari tadi."

"Keturunan kita memang tak dak susu, bagi ja formula, kesian anak lapar sebab susu tak banyak."

Anak umur dua tiga hari, berapa banyak sangat susu yang dia perlu untuk setiap kali minum. Sikit, sikit sangat. Tak sampai sebesar telur pun.

Ibu perlu tenang dan positifkan diri ketika menguruskan anak 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau juga turut memberi nasihat kepada ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama supaya sentiasa kekal tenang dan kerapkan menyusu.

"Ibu-ibu tak perlu runsing kalau susu tak keluar banyak di hari-hari pertama kelahiran anak. Tak perlu cari susu formula dan beri anak di kala umur mereka baru dua tiga hari. 

Banyak mana susu yang keluar, InsyaAllah itu cukup untuk anak. Kerapkan menyusu, walaupun yang keluar itu sedikit sahaja.

Jarang ada yang nak tolong semak semula cara penyusuan ibu itu betul atau tidak, cara hisapan anak itu melekap dengan baik atau tidak.

Dapatkan nasihat pakar jika masih lagi gagal menyusukan anak

Melalui perkongsian itu juga, Doktor Mazliana Mazlan turut mencadangkan agar ibu-ibu yang masih lagi gagal menyusukan anak, supaya tampil berjumpa dengan kaunselor laktasi untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Ramai suka bagi cadangan paling mudah dan cepat untuk ibu dan anak dengan pemberian susu formula. Ini bukan jalan terbaik untuk kita cadangkan pada ibu-ibu yang baru belajar menyusu anak pertama ya.

Ajar teknik yang betul untuk ibu menyusu anak dengan baik. Minta mereka dapatkan nasihat dari kaunselor laktasi, jika kita tak mampu untuk ajar ibu tersebut.

Masih juga tak dapat berikan susu ibu itu sendiri, ibu Rasulullah ada tunjukkan cara lain untuk dapatkan susu ibu dengan mencari ibu susuan.

Berusaha semampu mungkin untuk beri anak kita dengan susu ibu, kerana susu ibu adalah susu paling berkhasiat untuk semua anak-anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Susu Ibu Tahan Berapa Lama Selepas Diperah, & Sampai Bila Boleh Digunakan Sebelum Basi?

Baca juga:  Cara Power Pumping Yang Betul Untuk Meningkatkan Bekalan Susu Ibu

Baca juga:  Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan Betul Agar Kekal Lama & Bersih Untuk Bayi

Penulis

Nur Syazwani