X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sebelum Sanggup Menderma @ Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini!

4 min bacaan
Sebelum Sanggup Menderma @ Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini!Sebelum Sanggup Menderma @ Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini!

Menderma susu badan atau menjadi ibu susuan bukanlah perkara yang ringan. Anda perlu mempertimbangkan dahulu beberapa perkara ini sebelum melakukannya!

Bagi sebahagian wanita yang dikurniakan lebihan rezeki susu badan pastinya mendorong anda untuk menjadi ibu susuan kepada bayi lain. Walau bagaimanapun, sebelum bertindak melakukannya anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan beberapa perkara terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah kemudian hari.

Tidak dinafikan bahawa menderma susu badan berlaku dalam kalangan masyarakat bagi memberikan manfaat kepada bayi-bayi yang memerlukan, misalnya bayi lahir dengan berat badan kurang.

Panduan menjadi ibu susuan atau menderma susu badan

panduan ibu susuan

credit to sources

Menurut data World Health Organization (WHO), terdapat lebih 20 juta bayi dilahirkan dengan berat badan kurang dari 2.5 setiap tahun. Sebanyak 96 peratus bayi adalah dari negara-negara maju.

Kelahiran ini membuatkan bayi lebih berisiko mengalami kematian mendadak, gangguan perkembangan serta dijangkiti penyakit.

Bagi menanganinya, WHO telah mencadangkan pemberian susu badan kepada bayi sama ada dari ibu kandung atau penderma. Pilihan terakhirnya barulah pemberian susu formula.

Bagi membolehkan anda menjadi penderma, anda perlulah memenuhi beberapa syarat dari segi kesihatan iaitu:

#1. Penderma perlulah:

  • Bersedia menjalani ujian darah bagi mengetahui keadaan kesihatan
  • Memiliki tahap kesihatan yang baik
  • Tidak mengambil sebarang suplemen herba atau ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kesan sampingan terhadap bayi

#2. Ibu menyusu dilarang menjadi penderma apabila:

  • Disahkan positif HIV, HTLV (human T-lumphotropic virus), sifilis, hepatitis B atau C berdasarkan hasil ujian darah
  • Merokok atau mengambil produk tembakau
  • Memiliki pasangan berisiko dijangkiti HIV, HTLV, sifilis, hepatitis B atau C
  • Mengambil minuman beralkohol 60 ml atau lebih sehari
  • Terlibat dalam pemindahan darah dalam 6 bulan terakhir
  • Menjalani pemindahan organ atau tisu

Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menderma susu badan kepada bayi lain

menderma susu badan

credit to sources

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa bagi memneuhi keperluan bayi pramatang yang memerlukan rawatan, ibu mengalami masalah kekurangan susu atau menghidap penyakit kronik/ berjangkit dan tidak dapat menyusukan anak, adalah harus bagi anda menderma susu badan.

Ia perlu dilakukan secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma hendaklah mengenali antara satu sama lain. Bagi wanita yang mencari ibu susuan, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian iaitu:

#1. Pertimbangkan risiko kesihatan

Meskipun dapat membantu memenuhi keperluan bayi, amalan menderma susu ini turut memiliki risiko terhadap kesihatan penerima bergantung pada siapa penderma dan bagaimana cara ia dilakukan.

Sebagai contoh, bayi yang memperoleh susu dari ibu susuan berisiko terhadap penularan penyakit seperti HIV atau terdedah bahan kimia dari pengambilan ubat oleh ibu penderma.

Seperti anda ketahui, bekalan susu badan yang tidak disimpan dengan betul boleh tercemar dan tidak selamat diminum oleh bayi. Justeru, pastikan susu yang diperoleh disimpan dengan baik dan perhatikan terlebih dahulu sekiranya terdapat tanda-tanda ia telah basi.

#2. Memastikan penderma susu telah menjalani ujian kesihatan

Apabila anda memutuskan untuk memberikan susu badan dari penderma kepada si manja, pastikan ibu penderma telah melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan sebarang masalah pada kemudian hari.

Syarat menjadi anak susuan

syarat ibu susuan

credit to sources

Menurut pensyarah dalam bidang Sains Politik Islam, Masturah Abu Bakar, telah berkongsi isu berkaitan hukum anak susuan mengikut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu:

#1. Usia bayi hendaklah belum mencapai 2 tahun. Sekiranya sudah mencapai 2 tahun, ia tidak dikira sebagai anak susuan

#2. Kanak-kanak disusu kenyang sebanyak 5 kali secara berasingan. Sesuatu penyusuan dianggap berasingan atau tidak berdasarkan pandangan umum. Sekiranya anak berhenti menyusu kerana sudah kenyang, ia dianggap sebagai sekali susu. Namun jika bayi berhenti menyusu kerana ingin bermain-main seketika dan kemudian menyusu semula atau bertukar payudara, maka ia juga dianggap sekali susu sahaja.

Dalam hal ini, ia dikira sebagai satu susuan apabila bayi tersebut menyusu dan kemudiannya melepaskan dari susuan atas pilihannya sendiri (kerana sudah kenyang) tanpa ada gangguan yang mendatang.

Stories Rakan Kongsi
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

Sekiranya susu diperoleh dari ibu susuan tanpa keperluan mendesak, ulama’ fiqh mengatakan ia adalah Makruh menyusukan kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri kerana ia boleh memberikan kemudaratan terhadap nasab atau keturunan.

Sumber: Alodokter, Masturah Abu Bakar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combengkak-susu-tersumbat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Sebelum Sanggup Menderma @ Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini!
Kongsikan:
  • Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

    Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

  • Kerana mahu selamatkan bayi orang lain, ibu ini sanggup menderma susu badannya

    Kerana mahu selamatkan bayi orang lain, ibu ini sanggup menderma susu badannya

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

    Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

  • Kerana mahu selamatkan bayi orang lain, ibu ini sanggup menderma susu badannya

    Kerana mahu selamatkan bayi orang lain, ibu ini sanggup menderma susu badannya

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.