X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suami TINGGAL Isteri Hidap Kanser Payudara, 2 Anak Sakit Kronik

23 Jun, 2020
Suami TINGGAL Isteri Hidap Kanser Payudara, 2 Anak Sakit Kronik

Sudahlah dicerai suami, ibu muda disyaki menghidap kanser payudara, dua anak ada sakit kronik ketumbuhan di leher dan masalah jantung berlubang.

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Mungkin ini pepatah paling sesuai menggambarkan nasib menimpa ibu muda enam anak ini. 

Sudahlah diceraikan suami, wanita berusia 30 tahun itu disyaki menghidap kanser payudara, dua anaknya pula yang berusia 5 bulan dan 2 tahun masing-masing mempunyai ketumbuhan di leher dan masalah jantung berlubang.

Penceraiannya masih dalam proses kerana kes ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ibu muda enam anak hilang mata pencarian

Wanita ini hilang mata pencarian setelah diberhentikan kerja sejak Mac lalu kerana PKP dan pulang ke kampung.

Selepas PKP, mereka anak beranak kembali ke rumah sewanya di Kuala Lumpur, tetapi dihalau pula tuan rumah kerana sewa tidak dibayar oleh ketua keluarga.

Ujian demi ujian menimpa. Tetapi tanggungjawab menyara enam anak termasuk dua yang menghidap penyakit kronik dan masih mendapatkan rawatan di hospital Serdang dan Hospital Selayang tetap perlu dilunaskan. 

Mujur ada yang bantu

Ibu muda enam anak

Kredit foto: Zakat Selangor

Mujurlah ada yang membantu. Keluarga ini mendapat perhatian daripada Zakat Selangor yang menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak.

Bancian mendapati, beliau layak didaftarkan sebagai asnaf fakir dan antara bantuan yang akan disalurkan adalah deposit dan sewa bulanan rumah, bantuan kewangan bulanan, bantuan makanan bulanan dan bantuan perubatan (rawatan bulanan).

Apa ibu patut buat jika ditinggal suami?

Ibu muda enam anak

Ditinggal suami bukan bermakna hidup anda dan anak-anak sudah berakhir. Ia mungkin titik permulaan baru untuk anda memulakan segalanya semula dengan lebih baik. 

Jangan terlalu lama melayan kesedihan kerana ia tidak akan mengenyangkan perut anda dan anak-anak. Apa yang penting bangkit semula demi masa depan anda dan anak-anak.

Anggap saja bekas suami itu rugi besar kerana meninggalkan anda dan anak-anak begitu saja!

#1. Kawal emosi

Ibu muda enam anak

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Emosi paling penting untuk dikawal. Tekanan sebagai ibu tunggal sudah pasti akan menguji kesabaran. Melayan kerenah anak-anak ditambah pula dengan bebanan kerja boleh menjadikan emosi tidak stabil.

Apa yang penting kawal emosi anda. Ingat kebahagiaan dan perkembangan emosi anak dipengaruhi oleh tahap kebahagiaan anda menjalani hidup. Anak-anak langsung tidak bersalah, jadi tidak berbaloi libatkan mereka dengan pergolakan emosi yang melanda.

#2. Rancang kewangan

Hidup sebagai ibu tunggal yang menjadi satu-satunya punca pendapatan ketika anak masih kecil sangat perlu kepada perancangan kewangan yang terbaik.

Ini adalah kekangan paling utama yang sering dialami oleh ibu tunggal. Tanpa kewangan yang kukuh bagaimana mahu sediakan keperluan keluarga secukupnya. Jadi kerja keras dan jadi bijak! Atur kewangan sebaiknya supaya keperluan anak sentiasa mencukupi dan anda pun tak sakit kepala!

#3. Jangan pendam masalah seorang diri

Mengikut kajian, sering memendam rasa selain tidak meluahkan masalah yang dihadapi antara punca berlakunya masalah tekanan mental dalam kalangan individu. Jadi jangan simpan masalah. Luahkan pada orang yang anda percaya seperti adik beradik, ibu bapa atau rakan rapat yang anda percaya.

Sokongan daripada orang sekeliling amat penting dalam menentukan anda mampu survive atau sebaliknya. Usah terlalu ambil pusing cakap-cakap orang. Yang penting mereka yang terbaik sentiasa bersama anda. 

#4. Jangan atasi masalah seorang diri

Stories Rakan Kongsi
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Learn How To Money Parent: A Guide For Asian Parents
Learn How To Money Parent: A Guide For Asian Parents
Two Goals In One! Money Parenting Through Fun
Two Goals In One! Money Parenting Through Fun

Walaupun anda yakin mampu melakukan semua perkara seorang diri termasuk menyelesaikan masalah, tiada salahnya minta bantuan orang lain ya ibu! Anda perlu minta bantuan orang lain agar beban yang ditanggung menjadi ringan. 

Menjadi ibu tunggal yang berdikari dan cekal memang bagus, tetapi setiap individu ada hadnya kerana dalam hidup perlu juga bantuan dan sokongan orang lain.

#5. Sentiasa bersyukur

Bersyukur dengan ujian yang menimpa anda. Cuba lihat orang lain mungkin lagi teruk masalahnya. Sentiasalah berfikiran positif dan jalani kehidupan baharu dengan penuh rasa syukur. Kuatkan kerohanian dan dekatkan diri dengan maha Pencipta. Cuba cari perkara baru atau hobi baru untuk mengisi masa anda dan anak-anak. 

Sumber: Zakat Selangor, Nona

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comdera-bayi-ibu-bapa-muda

 

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Suami TINGGAL Isteri Hidap Kanser Payudara, 2 Anak Sakit Kronik
Kongsikan:
  • Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

    Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

  • Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya

    Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

    Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

  • Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya

    Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.