Ibu tidak sedar anak dirogol, akhirnya didakwa cuai oleh JKM!

lead image

Dalam kes anak dirogol ini, JKM juga ada buat kesilapan di mana mereka cepat menuding jari. Ikuti kes di bawah dan anda dapat menilai dengan sendiri.

Kes-kes pencabulan dan rogol yang melibatkan kanak-kanak bukannya suatu perkara yang baru di kalangan masyarakat kita. Apabila kejadian seperti ini berlaku, peranan JKM adalah penting demi melindungi mangsa yang terlibat. Namun begitu, JKM juga ada melakukan kesilapan di mana mereka cepat menuding jari. Ikuti kes anak dirogol di bawah dan anda dapat menilai dengan sendiri.

Kes Ibu Tak Sedar Anak Dirogol, JKM Bakal Ambil Tindakan

Sha adalah seorang ibu yang mempunyai 2 org anak, yang sulung berumur 16 tahun dan yang bongsu berumur 12 tahun pada masa laporan polis dibuat. Laporan polis dibuat setelah Sha mendapati anak bongsunya kerap kemurungan.

Laporan klinik pula mengesahkan anak bongsunya ada koyakan di usus yang bermakna dia telah diliwat. Kakaknya pula mempunyai koyakan yang lama. Pada masa itu juga, anak sulung Sha memberitahu segalanya.

Amat mengejutkan sekali bagi Sha ketika mengetahui anak sulungnya telah dirogol sejak umurnya 9 tahun lagi manakala anak keduanya pula diliwat sejak Februari hingga Mei tahun ini. Paling mengejutkan lagi adalah pelakunya iaitu adik kandung Sha sendiri. Perkara itu selalu berlaku ketika Sha keluar bekerja dan meninggalkan anak-anaknya di rumah bersama adiknya.

Pegawai JKM telah mengecam Sha sebagai seorang yang cuai kerana tidak mengetahui bahawa anak telah dirogol selama 7 tahun. Sha juga dituduh seorang ibu yang tidak bertanggungjawab dalam penjagaan anak-anaknya. Selain daripada itu, pegawai itu juga mengatakan anak-anaknya patut diletakkan di dalam pusat pemulihan akhlak.

Di dalam kes ini, JKM perlu bersimpati dan mendengar dahulu cerita yang sebenarnya sebelum menilai dan menuding jari kepada sesiapa.

Tuduhan yang dilemparkan kepada Sha adalah tidak patut dan kita sepatutnya bersimpati dengannya. Mungkin dia bekerja untuk menampung keluarganya dan hanya dapat mengharapkan adiknya untuk menjaga anak-anaknya. Dan kebiasaanya orang yang kita percayai untuk menjaga anak-anak kita adalah keluarga kita sendiri.

Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak kita. Kita mahu mereka hidup selesa di dalam persekitaran yang selamat. Kita juga perlu memberi perhatian tentang kelakuan anak kita.

Jika ada perubahan yang mendadak bermakna anak kita itu melalui sesuatu masalah. Jadilah ibu bapa yang prihatin dan ketahui bagaimana untuk menilai kelakuan anak yang mungkin mengalami masalah gangguan seksual. Berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu perhatikan:-

  • Bertindak di dalam cara seksual yang tidak sesuai dengan mainan atau objek
  • Mimpi buruk, masalah tidur
  • Sentiasa mengikut anda ke mana sahaja, tidak boleh bersendirian
  • Suka berahsia
  • Perubahan personaliti secara mengejut yang tidak dapat dijelaskan, perubahan mood dan berasa seolah-olah tidak selamat
  • Kembali kepada tingkah laku pada masa kanak-kanak, contohnya kencing malam
  • ketakutan yang tidak dapat diketahui tempatnya atau orang tertentu sahaja
  • Cepat merasa marah
  • Perubahan dalam tabiat makan
  • Kata-kata orang dewasa yang baru bagi bahagian-bahagian badan dan tidak ada sumber yang jelas
  • Bercakap tentang kawan baru yang lebih tua dan menerima wang atau hadiah tanpa penjelasan siapa yang memberi kepadanya
  • Aktiviti membayakan diri sendiri (memotong, membakar atau aktiviti berbahaya yang lain)
  • Tanda-tanda fizikal seperti kesakitan yang tidak dapat dijelaskan atau lebam sekitar kemaluan atau mulut, penyakit kelamin, kehamilan
  • Tidak mahu bersendirian dengan kanak-kanak tertentu atau sesiapa sahaja
  • Melarikan diri dari rumah

Jika anda dapat melihat mana-mana satu tanda di atas berlaku kepada anak anda, tidak bermakna bahawa anak anda sedang didera secara seksual, tetapi kehadiran beberapa mencadangkan bahawa anda perlu mula bertanya dan mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan.

Rencana dipetik daripada laman Facebook Syed Azmi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner