Jika sebelum ini, anda mengetahui bahawa ikan untuk ibu hamil adalah sangat bagus kerana ia adalah sumber protein yang mampu memberikan manfaat kepada proses perkembangan janin. Namun tahukah ibu akan kesan sampingannya?
Dalam satu kajian besar yang dilakukan oleh beberapa buah negara, para penyelidik mendapati terlalu banyak makan ikan mempunyai kaitan lebih ketara terhadap berat badan bayi, lebih-lebih lagi jika anda sedang mengandung anak perempuan.
Baca juga: Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin
Bahaya makan terlalu banyak ikan untuk ibu hamil
Para penyelidik mencadangkan dua alasan untuk penemuan mereka iaitu asid Omega-3 yang banyak di dalam ikan dapat menyebabkan sel induk janin membezakan sel-sel lemak.
Yang keduanya adalah kerana bahan pencemar yang terdapat pada ikan menganggu hormon janin berkaitan metabolisme dan mendorong penyimpanan lemak lebih besar.
Pada bulan Julai 2014, Pentadbiran Makanan dan Dadah serta Badan Perlindungan Alam Sekitar mengesyorkan agar wanita hamil makan 2 hingga 3 hidangan (8-12 auns) ikan setiap minggu.
Agensi ini turut menasihati agar wanita hamil menjauhkan diri dari ikan yang dicemari merkuri seperti ikan tenggiri, todak, ikan yu dan memilih ikan salmon, tuna, udang, talapia serta ikan kod.
Penulis kajian baru yang meneritkan jurna JAMA Pediatrics mengatakan penemuan mereka sesuai dengan nasihat EPA dan FDA.
Kajian itu mengesan seramai 26,184 wanita hamil dan anak-anak mereka yang lahir antara tahun 1996 dan 20211 di Amerika Syarikat serta seluruh Eropah. Mereka memerhatikan corak perkembangan dan berat badan kanak-kanak sehingga usia 6 tahun.
Ibu mengandung juga diminta untuk menjawab soal selidik mengenai pengambilan makanan melaporkan bahawa mereka makan di mana sahaja sehingga 7 hidangan ikan pada setiap minggu.
Anak mempunyai berat badan yang berlebihan
Setelah 4 hingga 6 tahun, kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita yang memiliki tabiat pengambilan ikan untuk ibu hamil tertinggi iaitu kiria-kira 14 peratus dan 22 peratus lebih cenderung mengalami masalah kegemukan atau obesiti berbanding bayi yang dilahirkan oleh wanita yang makan paling sedikit ikan.
Manakala dalam dua tahun pertama kehidupan mereka, bayi yang memakan ikan memiliki berat 22 peratus lebih cenderung mengalami proses perkembangan pesat berbanding dengan bayi yang makan sedikit ikan semasa mengandung.
Disebabkan oleh rasa bimbang dan takut dengan laporan keracunan merkuri, wanita di negara Amerika Syarikat telah memakan ikan dalam kuantiti sederhana semasa kehamilan.
Asid lemak Omega-3 yang banyak dalam beberapa jenis ikan berlemak, merupakan asas penting untuk perkembangan otak dan tisu retina janin. Ia juga dapat membantu menentukan kehamilan yang sihat dan mengelakkan masalah kemurungan ibu ketika mengandung atau selepas melahirkan.
Selain itu, wanita yang makan sekurang-kurangnya 12 auns ikan berminyak setiap minggu terbukti dapat melahirkan anak yang mempunyai skor IQ yang lebih baik, kemahiran motor halus, kemahiran komunikasi dan sosial serta faedah-faedah yang lain.
Namun seperti yang dinyatakan dalam artikel 2014 mengenai perkara ini, penemuan penyelidikan baru mungkin menjadikan tabiat pengambilan ikan lebih penting dengan menekankan ibu hamil tidak makan terlalu sedikit atau terlalu banyak.
Sekumpulan penyelidik yang barasal dari 11 negara melibatkan wanita dan bayinya sebagai peserta mengatakan langkah seterusnya mungkin untuk berusaha memahami dengan lebih baik mengapa pengambilan ikan serta corak diet berlainan memberikan kesan berbeza pada bayi perempuan berbanding lelaki.
Kesimpulannya meskipun setiap makanan memiliki khasiat dan kesan sampingan yang tersendiri, dalam pengambilan sebarang jenis makanan sepanjang tempoh kehamilan hendaklah sederhana dan berpada-pada agar kesihatan tubuh ibu serta bayi dapat dilindungi.
Ini adalah untuk memastikan anda dan si manja dijauhkan dari sebarang jenis penyakit berbahaya pada kemudian hari dan berupaya mengharungi setiap perjalanan hidup dengan penuh semangat serta ceria!
Sumber: Latimes
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selain Haruan, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang