Bakal Bersalin Tapi Perlu Induce Belon? Adakah Ia Selamat Untuk Bayi?

Induce belon satu kaedah digunakan untuk mempercepatkan bukaan bersalin. Namun adakah ia punyai risiko tersendiri?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu pernah dengar atau tidak mengenai foley bulb induction? Atau mungkin ada dalam kalangan ibu-ibu pernah melahirkan anak menggunakan cara ini yang kita panggil induce belon. Ada juga daripada ibu-ibu yang tidak pernah tahu berkenaan cara ini kerana tidak pernah melaluinya.

Terdapat dalam kalangan ibu-ibu yang berpengalaman melalui kaedah ini, mengatakan ianya sakit sangat. Jadi apa sebenarnya cara kelahiran begini?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Penerangan berkenaan induce belon
  • Selamatkah menggunakan cara induce belon?
  • Risiko penggunaan untuk melahirkan bayi
  • Siapa yang perlukan cara bersalin ini?

Apakah itu induce belon?

Foley bulb induction adalah apabila doktor memasukkan belon kecil di dalam faraj untuk mempercepatkan bukaan pintu rahim. Kaedah ini adalah satu daripada kaedah bersalin induce.

Kateter foley akan dimasukkan ke dalam untuk mempercepatkan bukaan tersebut bagi memberi laluan kepada bayi untuk keluar. Kateter foley ini adalah tiub getah yang panjang dengan terdapat belon di hujungnya. Doktor akan mengisi belon menggunakan keteter foley ini.

Apabila belon ini mengembang di dalam serviks, ia memberi tekanan kepada sel-sel serviks seterusnya membantu meningkatkan tindak balas dengan oksitosin dan prostaglandin. Kedua-dua hormon ini membantu untuk kelahiran bayi.

Selamatkah menggunakan cara induce belon?

Kaedah foley bulb induction ini merupakan prosedur yang selamat. Tiada bukti yang menunjukkan ia meningkatkan risiko jangkitan malah, komplikasi serius melibatkan ibu dan bayi juga sangat jarang.

Bagaimanapun, terdapat kelebihan dan kekurangan menerusi pendekatan ini, jadi seharusnya berbincang dahulu keputusan untuk menggunakan cara ini dengan doktor anda.

Antara manfaat memilih induce belon ini ialah ia kos yang rendah, risiko rendah untuk kebanyakan ibu, mudah digunakan serta boleh didapati secara meluas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risiko penggunaan untuk melahirkan bayi

Sebelum menggunakan foley bulb induction ini, doktor seharusnya mempertimbangkan sejarah perubatan kesihatan ibu tersebut, perjalanan kehamilannya serta status kesihatan bayi apabila mengesyorkan cara tersebut.

Mengikut kajian sistematik di Amerika Syarikat pada 2018 menunjukkan, risiko penggunaan foley bulb induction untuk mempercepatkan bukaan rahim adalah rendah. Daripada 26 kajian melibatkan 8,292 wanita, penyelidik mendapati paling biasa dilaporkan ialah kesakitan atau ketidakselesaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu,  penggunaan foley bulb bagi merangsang kontraksi juga menyebabkan rasa tidak selesa serta menyakitkan.

Siapa yang perlukan cara bersalin ini?

Doktor mengesyorkan foley bulb induction kepada wanita yang mempunyai tanda-tanda cecair amniotic berlebihan, tekanan darah tinggi atau diabetes gestasi.

Kadangkala, doktor mengesyorkan foley bulb induction sekiranya wanita mengandung tersebut memenuhi kriteria seperti lebih 37 minggu kehamilan, usia lebih 18 tahun, mengandung seorang bayi dan air ketuban belum pecah.

Kesimpulannya, foley bulb induction adalah salah satu cara untuk mendorong kelahiran bayi dan terdapat banyak sebab dari segi perubatan mahu pun elektif mengapa seseorang wanita tersebut menjalani proses ini.

Foley bulb induction adalah selamat dan tiada kesan sampingan yang negatif atau risiko kepada wanita yang mengunakan kaedah ini.  

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Pengalaman Yang Anda Akan Rasai Jika Bersalin Induce… Bakal Ibu Wajib Baca

Baca juga: Peritnya, Ibu Ini Di ‘induced’ Sebanyak 22 Kali Untuk Melahirkan Anak Yang Sudah Tiada

Baca juga: Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan