Dalam keadaan ekonomi penuh mencabar kini, tidak dinafikan mereka yang berkeluarga pasti ada yang rasa kesempitan. Ada isteri yang tidak bekerja, suami pula alami krisis kewangan, jadi bagaimana caranya untuk isteri bantu kewangan suami?
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Isteri bantu kewangan suami ketika keadaan mendesak
- Ketenangan isteri beri suami kekuatan untuk terus berjuang & bekerja
Menurut perkongsian di laman instagram bondaumirahtaib, walaupun tidak bekerja, ada caranya untuk si isteri ini membantu suaminya yang dalam keadaan memerlukan ini.
Isteri bantu kewangan suami ketika keadaan mendesak
Niat mahu membantu suami, tapi tidak tahu nak bermula daripada mana. Jadi kami kongsikan tips daripada wanita ini yang mungkin boleh membantu isteri-isteri di luar sana.
Ikuti perkongsiannya:
Isteri tak bekerja, tapi suami ada krisis kewangan, macam mana isteri boleh tolong?
#1. Tunjukkan rasa cukup & syukur
Tunjukkan yang kita rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang suami sediakan. Ini penting supaya suami tahu apa yang dia sediakan cukup untuk kita.
Tahu kemampuan suami, usahlah meminta yang di luar kemampuannya.
#2. Jadi akauntan untuk keluarga
Anda sebagai isteri perlu jadi akauntan untuk keluarga. Kawal dan selia semua perbelanjaan. Hanya berbelanja yang perlu sahaja.
Tak perlu tunggu suami ada krisis kewangan pun, sudah boleh dimulakan daripada sekarang untuk kebaikan masa depan anda sekeluarga.
Ketenangan isteri beri suami kekuatan untuk terus berjuang & bekerja
#3. Cari pendapatan sampingan
Isteri boleh mula cari pekerjaan sampingan atau kecil-kecilan untuk bantu tampung perbelanjaan. Boleh cuba jadi dropship dan sebagainya yang tidak perlu keluarkan modal sendiri.
Tapi perlu ingat, jangan terlalu paksa diri. Setiap orang ada hadnya, dan jika ia buat anda lagi kusut dan serabut, tidak perlu teruskan kerana bukan semua orang ada kemahiran untuk buat dua atau tiga kerja dalam satu-satu masa.
#4. Tenang dan gembira
Sebenarnya apa yang suami perlukan adalah ketenangan kita. Dengan adanya kita dalam keadaan tenang dan gembira di samping suami, sudah cukup memberinya dos kekuatan untuk dia terus berjuang dan bekerja.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pengurusan Kewangan Keluarga Perlu Bijak Agar Tidak Sengkek Di Hujung Bulan!
Baca juga: Tertekan Masalah Kewangan & Suami Malas Kerja, Ibu Muda Sanggup Tikam Bayi 3 Bulan
Baca juga: Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan