X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Gelaran Isteri Derhaka Memang Menakutkan Bagi Wanita, Berikut 7 Perkara Yang Isteri JANGAN Buat

4 min bacaan
Gelaran Isteri Derhaka Memang Menakutkan Bagi Wanita, Berikut 7 Perkara Yang Isteri JANGAN Buat

Wanita mestinya mengidam untuk bergelar isteri solehah, untuk perubahan itu anda perlu mulakan dengan cara menghindari dari tujuh sikap ini.

Bila bergelar suri di hati seseorang, tentunya wanita takut akan digelar isteri derhaka terutama bila secara tak sengaja melukakan hati suami.

Ya, semestinya setiap wanita itu mengidam untuk bergelar isteri solehah buat suami tercinta sekaligus taat, mendengar kata, sentiasa patuh kepada suami jika tidak bertentangan dengan Islam, menghormati dan sebagainya.

Malah perbuatan tersebut tentunya menjadi idaman kepada semua wanita yang sudah bergelar isteri.

Perempuan memang takut gelaran isteri derhaka

Sememangnya tiada wanita yang ingin digelar isteri derhaka atau nusyuz. Jika pandangan ini dilemparkan tentunya ia membawa pandangan negatif daripada masyarakat kepada diri mereka sendiri.

Jadi untuk mengelak pandangan buruk orang ramai, isteri mesti pandai menjaga dirinya dan memikirkan terlebih dahulu tindak tanduk yang ingin dilakukan serta memikirkan perasaan suami terlebih dahulu.

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang isteri tidak patut lakukan jika nak elak dari mendapat gelaran isteri derhaka seperti berikut:

#1. Hina dan ngumpat suami kepada orang lain

isteri derhaka

Sebagai isteri, simpan segala rahsia dan hal peribadi dalam rumah tangga. Jangan sesekali menceritakannya kepada orang lain hingga menjatuhkan maruah suami itu sendiri.

Hal ini kerana, hanya isteri sahaja yang tahu rahsia suami dalam rumah tangga jadi simpan segalanya dengan rapi.

Jika anda bertindak sedemikian, ia boleh menjejaskan keharmonian dalam rumah tangga lantas suami juga rasa hilang kepercayaan kepada isterinya.

#2. Ceritakan kelemahan suami pada orang lain dan mengherdiknya

Dalam keadaan apa sekalipun, isteri tidak boleh sesekali mengherdik atau menceritakan kelemahan suami kepada orang lain.

Tapi, isteri sepatutnya sentiasa menggembirakan hati suaminya dan menjaga tingkah laku dengan baik sama ada di depan atau di belakang suami.

#3. Keluar rumah tanpa kebenaran suami

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila wanita keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehigga dia kembali (Diriwatkan oleh Thabarani di dalam Al- Awsat).

#4. Berdoa suami diberi kecelakaan dalam hidup

isteri derhaka pada suami

Isteri derhaka ini akan selalu mendoakan yang tidak baik berlaku dalam hidup suaminya. Sedangkan isteri solehah selalu sebut yang baik-baik dalam doanya demi suami tercinta.

#5. Benci setiap benda kegemaran suami

Kurniaan Allah SWT yang meletakkan suami sebagai pemimpin dalam keluarga hingga dia bertanggungjawab menjaga, mengawal keselamatan dan memelihara keluarga dalam keadaan yang baik.

Sebab itu, suami wajib menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isterinya agar hidup lebih bahagia.

Tapi sememangnya kekadang isteri rasa kehendaknya tidak dipenuhi namun anda tidak boleh sewenang-wenangnya menafikan apa saja kegemaran dan kesukaan suami.

#6. Membuatkan suami rasa tekanan

Keadaan eknomi sekarang yang tengah jatuh membuatkan ada sesetengah keluarga mengalami masalah dari sudut kewangan.

Jadi, menjadi peranan isteri untuk menggunakan harta benda suami ke jalan yang betul tanpa membazirkannya.

Stories Rakan Kongsi
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
8 awesome ideas to keep your child busy
8 awesome ideas to keep your child busy
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Selain itu, jangan sesekali meminta sesuatu di luar kemampuan suami hingga menyebabkan suami rasa tertekanlalu menganggu fikirannya kerana merasakan dirinya tidak berguna sebab tak dapat memenuhi segala kehendak isterinya.

Jadi sebaiknya isteri sama-sama membantu suami dalam menguruskan hal rumah tangga supaya meringankan beban suami jika mereka meminta pertolongan.

#7. Selalu mengungkit janji suami

isteri derhaka dengan suami

Sentiasa redha dan bersyukur dengan segala pemberian suami yang sesungguhnya itulah rezeki yang terbaik untuk isteri.

Sabda Rasululllah SAW:

Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.

Rasulullah menjawab lagi:

Wanita mengkufurkan suaminya dan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup. HR- Al-Bukhari.

Kenapa ramai isteri dalam neraka? sebabnya mereka menggunakan lidah untuk menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya – Hadis Muslim.

Justeru, sebagai isteri hindarilah dari berbuat hal yang dibincangkan tadi demi menjaga keharmonian dalam rumah tangga kalian agar berkekalan hingga ke jannah.

Seterusnya, jika berlaku pertelingkahan dengan suami carilah perdamaian dan jangan selalu menjaja cerita suami kepada orang lain.

Semoga kita semua menjadi isteri yang taat dan solehah di dunia dan akhirat kelak. Insya-allah. Diharap perkongsian ini memberi manfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Gelaran Isteri Derhaka Memang Menakutkan Bagi Wanita, Berikut 7 Perkara Yang Isteri JANGAN Buat

Sumber: Baitul Jannah 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsuami-curang-dalam-diam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Gelaran Isteri Derhaka Memang Menakutkan Bagi Wanita, Berikut 7 Perkara Yang Isteri JANGAN Buat
Kongsikan:
  • Tak Kerja Bukan Alasan Suami Patut Buat Isteri Macam Kuli, Sebab Itu Mereka Mengeluh Penat!

    Tak Kerja Bukan Alasan Suami Patut Buat Isteri Macam Kuli, Sebab Itu Mereka Mengeluh Penat!

  • Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

    Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Tak Kerja Bukan Alasan Suami Patut Buat Isteri Macam Kuli, Sebab Itu Mereka Mengeluh Penat!

    Tak Kerja Bukan Alasan Suami Patut Buat Isteri Macam Kuli, Sebab Itu Mereka Mengeluh Penat!

  • Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

    Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.