Musim raya sebelum ini, ada suri rumah mengadu malas nak keluar beraya. Bila ditanya kenapa, jawapannya malas bertemu masyarakat kerana golongan suri rumah dan isteri tidak bekerja sering saja diperlekeh serta diperkecil oleh saudara mara kerana menjadi suri rumah.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Isteri tidak bekerja juga ‘hero tidak didendang’
- 10 penyebab utama suri rumah jadi lebih stres
- Faktor yang menambahkan lagi stres suri rumah
Mengapa hingga begini jadinya suri rumah diperlekeh sedangkan mereka ini juga wajar dinobat hero tidak didendang yang menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak 24 jam sehari tanpa cuti dan tanpa gaji.
Isteri tidak bekerja juga ‘hero tidak didendang’
Wajarkah sampai begini toksiknya tanggapan masyarakat kepada mereka sedangkan tanpa ibu-ibu yang menjadi suri rumah ini, siapalah anak-anak yang kini menjadi insan berjaya dan terkemuka di persada dunia.
Perkongsian seorang parenting influencer, Wawa Shauqi di laman Faceboknya yang mendedahkan hasil dapatan kajian terhadap 60,000 wanita berusia 16-64 tahun pada 2012.
Kajian terhadap tiga kategori wanita iaitu suri rumah tidak bekerja dan mempunyai anak di bawah 18 tahun; wanita bekerja dan mempunyai anak di bawah 18 tahun serta wanita bekerja tiada anak bawah 18 tahun mendapati wanita kategori suri rumah alami kerisauan, kesedihan, tekanan, rasa marah, dan depresi lebih tinggi daripada dua kategori yang lain.
Ini bermakna, bukan main-main tugas suri rumah. Tetapi yang menyedihkan masih ramai pihak memandang lekeh dan perkecilkan mereka.
10 penyebab utama suri rumah jadi stres
Antara 10 sebab paling utama yang menyebabkan suri rumah jadi lebih stres adalah:
- Menjalani rutin yang sama setiap hari
- Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain
- Terkurung di dalam rumah
- Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak
- Kerjaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.
- Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi suri rumah bila raya lagi banyak kerja malah tidak bergaji.
- Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak-anak yang mencabar.
- Tekanan masyarakat.
“Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.”
“Dok rumah habiskan beras laki.”
“Korang ni golongan yang taknak memajukan diri.” - Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.
- Minda yang berserabut kerana sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.
Faktor yang menambahkan lagi stres suri rumah
Selain 10 sebab paling utama, menurut Wawa Shauqi faktor lain yang dikongsikan oleh psikologis mengenai perkara yang menggandakan lagi stres suri rumah termasuklah:
- Bekerja sambilan dari rumah
- Tiada pembantu rumah atau ahli keluarga lain yang membantu
- Anak masih kecil
- Anak rapat-rapat
- Mempunyai Anak istimewa
- Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)
- Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan
Sebagai masyarakat yang prihatin, jika tidak boleh menyumbang banyak, memahami tugas mereka pun sudah cukup. Tidak perlu berkata yang boleh menyakiti hati mereka. Hargailah pengorbanan suri rumah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Isteri Gajikan Suami RM2,000 Sebulan Jadi Suri Rumah, Tidak Kisah Dilabel ‘Ikat Pasangan’
Baca juga: Cara Mengemas Rumah Yang Bersepah Bila Ada Anak Kecil, Suri Rumah Cuba Tips Ini!
Baca juga: Surat Terbuka Dari Seorang Ibu Suri Rumah Yang Hampir Menghadapi Kemurungan