Isu Beg Berat, Buku Teks dan Latihan Hanya Sumbang 28 Peratus Kepada Permasalahan Ini, Biar Benar?

Isu beg berat masih jadi bualan setiap kali sekolah bermula. Kali ini, kerajaan ujar beg sekolah berat bukan kerana buku sahaja? Biar betul!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim persekolahan sudah tiba kembali! Ramai anak-anak kecil yang mula melangkah masuk ke alam persekolahan buat kali pertama, dan ada juga yang hadir semula ke sekolah setelah sekian lama melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian sahaja. Waktu ini juga muncul sekali lagi isu beg berat yang menjadi kebimbangan di kalangan ibu ayah.

Dengan bermulanya sesi pembelajaran secara fizikal, maka penggunaan buku teks dan buku latihan kini digunakan semula. Anak-anak perlu membawa beg sekolah yang berat kerana penuh dengan barangan yang diperlukan ketika ke sekolah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Isu beg berat dikatakan kerana buku teks dan latihan, namun buku hanya sumbang 28 peratus kepada permasalahan ini
  • Kasihan anak-anak bawa beg berat, apa inisiatif Kementerian Pelajaran?
  • 7 inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membendung isu beg berat pelajar sekolah

Isu beg berat, buku teks dan latihan hanya sumbang 28 peratus kepada permasalahan ini!

Kredit: Astro Awani

Sebenarnya, buku-buku teks serta buku latihan bukanlah punca utama mengapa beg sekolah si manja anda menjadi berat. Buku teks dan buku latihan yang anak bawa ke sekolah hanya menyumbang 28 peratus kepada berat beg anak.

Punca utama mengapa beg sekolah anak menjadi berat sebenarnya disebabkan oleh perkakas persekolahan yang lain seperti makanan, minuman, alat tulis serta pakaian.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, ada pelajar yang membawa pakaian ke sekolah berikutan Kelas Al-quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebelah petang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Turutnya lagi, ibu ayah diminta membantu anak untuk menyusun jadual supaya isu beg sekolah berat ini dapat diatasi.

Kasihan anak-anak bawa beg berat, apa inisiatif Kementerian Pelajaran?

Kredit: Harian Metro

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan lagi, kementerian masih komited dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani isu beg sekolah anak-anak yang membebankan pelajar pada setiap tahun.

Kementerian telah menjalankan tiga kajian utama berkaitan beg berat dan hasilnya pelbagai tindakan bagi menangani isu berkenaan diambil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara inisiatif yang diambil bagi permasalahan ini ialah dengan pengeluaran Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2000: Penggunaan Buku Kerja di Sekolah Rendah dan Surat Siaran Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di Sekolah pada tahun 2018.

Walaupun begitu, isu tersebut masih tidak dapat ditangani sepenuhnya dan menjadi keluhan masyarakat.

Menteri Hang Soon juga berkata bahawa berdasarkan kajian dan maklumbalas yang diperolah, isu beg berat sangat kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Sudahlah badannya kecil-kecil, beg pula berat!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga akan mengambil 7 langkah sebagai usaha untuk membendung masalah beg sekolah berat ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7 inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membendung isu ini

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon. Kredit: The Star

  • KPM akan mula menyediakan lokar secara berfasa bagi pelajar sekolah rendah.
  • Sesebuah jadual hanya akan mengandungi tiga ke empat mata pelajaran sehari
  • Bilangan buku sekolah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap subjek
  • Buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat
  • Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM
  • Buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan di luar waktu PdP
  • Buku teks akan diterbitkan secara digital

Selain 7 inisiatif utama ini, terdapat juga ikhtiar lain  termasuklah guru menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.

Kerajaan juga akan mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dari aspek penyelarasan uniform agar pelajar tidak perlu membawa pakaian KAFA ke sekolah. Cukup sekadar memakai uniform sekolah sahaja ketika menghadiri kelas KAFA.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga dengan inisiatif-inisiatif ini, anak-anak kita tidak perlu lagi bersusah payah membawa bebanan beg sekolah yang berat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Terharu Kawan Anak Setiap Hari Tolong Angkat Beg Sekolah, Bagus Didikan Parents Dia!

Baca juga: Beg Sekolah Kanak Kanak, Cara Pemakaian Salah Punca Anak Bongkok

Baca juga:  Sebelum beli beg sekolah untuk anak, ikut tips memilih beg sekolah ini dulu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan