Rasanya semua ibu ayah sudah tahu yang tidur adalah antara perkara penting yang diperlukan oleh anak kecil. Tapi tahukah anda bahawa jadual tidur bayi yang konsisten dapat membantu membentuk rutin tidur anak? Apa maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini?
- Corak tidur bayi mengikut usia
- Carta jadual tidur bayi
- Tips untuk bayi tidur lena
Adalah normal sekiranya beberapa bulan pertama kelahiran ibu ayah berdepan sedikit kesukaran dalam memahami gaya tidur anak kecil, memandangkan bayi dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana sekelilingnya.
Namun, adalah sangat penting untuk anda tetapkan jadual tidur bayi terutama pada waktu siang supaya dia ada jadual tidur yang tetap dan memudahkan untuk bayi anda tidur malam.
Mengapa pakar sarankan program jadual tidur bayi 90 minit?
Antara kepentingan kualiti tidur adalah ia dapat membantu perkembangan emosi, memori dan kemahiran belajar bayi. Malah, ia penting untuk kesihatan keseluruhan si kecil anda.
Memastikan bayi tidur lena pada waktu malam bukanlah perkara mudah. Namun, menurut seorang pakar tidur, Dr. Polly Moore, jadual tidur bayi 90 minit dapat membantu menggalakkan tidur malam yang lena.
Dengan menggunakan pengetahuannya dalam bidang neurosains (dan juga petua orang lama yang dikongsikan oleh ibunya), Dr. Moore telah menghasilkan jadual tidur bayi 90 minit ini.
Ia mengikuti konsep kitaran tidur semulajadi manusia dan konsep asas rehat and kitaran aktiviti manusia (BRAC). BRAC didefinisikan sebagai “rentak biologikal tentang kepekaan” dan ia selalu akan berterusan selama 90 minit. Sebab itulah, kita dinasihatkan untuk berehat secara kerap dalam sehari (selama 5 minit untuk setiap 30 minit) agar produktiviti dapat ditingkatkan.
Corak tidur bayi mengikut usia
Bayi yang baru lahir biasanya tidur 12 hingga 16 jam dalam tempoh 24 jam dan tidak tahu perbezaan antara siang dan malam. Bayi yang baru lahir memerlukan penyusuan yang kerap, jadi mereka biasanya tidur dalam tempoh yang singkat.
Bayi yang baru lahir tidur dalam kitaran pendek, dikenali sebagai kitaran tidur1 yang biasanya sekitar 20 hingga 50 minit.
Dalam tiga bulan pertama kehidupan, bayi sering menangis kerana ia adalah cara utama mereka berkomunikasi. Dari kira-kira dua minggu hingga tiga hingga empat bulan, bayi yang baru lahir melalui tahap peningkatan tangisan, yang akan menjadi yang paling teruk pada usia 6 hingga 8 minggu.
Menangis adalah cara bayi berkomunikasi dengan anda. Dalam tiga bulan pertama, bayi yang baru lahir sering menangis kerana mereka memerlukan bantuan anda untuk memberi makan, menukar atau menetap supaya mereka boleh tidur semula.
Walaupun mereka nampaknya menghabiskan banyak masa untuk tidur (biasanya 12 hingga 16 jam dalam tempoh 24 jam), mereka tidak mempunyai pola tidur yang tetap. Tiga bulan pertama ini adalah masa yang penting untuk anda dan bayi anda mula belajar dan memahami antara satu sama lain.
Carta jadual tidur bayi
Bayi mempunya pola atau carta jadual tidur mengikut peringat usia tertentu. Disebabkan itu pentingnya untuk ibu ayah memahami jadual tidur mereka. Sebagai contoh, ibu ayah perlu tahu waktu tidur bayi 3 bulan.
Jadual tidur bayi boleh diramal. malah peralihan waktu tidur mengikut usia juga boleh diramal oleh ibu ayah. Ia bagi memastikan mereka mempunyai jadual tidur yang tetap untuk memudahkan anda dan bayi mendapatkan tidur berkualiti.
Jadual tidur yang memaparkan rutin waktu tidur dan waktu tidur siang membuka jalan akan mengajar bayi anda untuk tidur sendiri dan tidur sepanjang malam.
Bagaimana jadual tidur bayi dapat membantu si manja anda tidur lena di waktu malam?
Sebelum kita lihat logik di sebalik jadual ini, mari kita pelajari dulu teknik tidur bayi 90 minit yang disarankan oleh Dr. Moore.
- Perhatikan pada pukul berapa bayi anda bangun pagi
- Kemudian, penuhi masa 90 minit berikutnya dengan menyusu, menukar lampin, mandi atau bermain dengan si kecil
- Apabila masa 90 minit tiba, dodoikan bayi anda supaya dia tidur semula
Ulangi langkah 90 minit ini sepanjang hari. Yang penting, setelah bayi tertidur, biarkan dia bangun sendiri; tidak kiralah berapa lama dia tidur.
Anda mungkin merasakan yang jika anak kecil anda kerap tidur di siang hari, dia pasti susah untuk tidur malam, kan?
Menurut penerangan Dr. Moore, jadual tidur bayi yang konsisten di siang hari sebenarnya membantu bayi untuk kekal tenang dan dapat berehat dengan lebih baik pada waktu malam.
Malah, Harvard Medical School juga bersetuju dengan pendapatnya. Selain memudahkan si kecil tidur malam, tidur siang2 yang kerap akan membuatkan bayi anda lebih gembira dan sihat!
Apa kata ibu bapa lain selepas mencuba teknik 90 minit ini?
Sarah C. Mednick, Ph.D, yang juga seorang penulis buku “Take a Nap! ChangeYour Life” ada menulis:
“Polly Moore memahami tentang kerumitan gaya tidur bayi. Tekniknya itu dapat membantu ibu ayah mengurangkan tekanan menjaga anak yang tidak mahu tidur malam.”
Ada juga seorang ibu yang berkongsi cerita tentang teknik ini:
“Setiap malam, saya perlu mendodoikan anak saya, kadang-kadang selama dua jam! Selepas mencuba jadual tidur bayi ini, dia tidur lebih lama dan lebih gembira bila bangun tidur!”
Tapi, ada juga ibu ayah yang tidak berjaya selepas menggunakan kaedah menidurkan bayi ini.
“Saya berasa penat apabila terpaksa berhempas-pulas menidurkan si kecil 5 ke 6 kali sehari. Saya juga rasa tiada sebarang perubahan pada kualiti tidurnya pada waktu malam.”
Ya, mungkin teknik ini berkesan untuk sesetengah bayi tetapi tidak untuk bayi yang lain. Ini kerana setiap bayi itu mempunyai keupayaan yang berbeza. Tapi, tidak salah rasanya anda mencuba, kan? Mana tahu ia berkesan untuk si kecil anda!
Tips untuk bantu bayi tidur lebih lena
Bayi mungkin tidak dapat membentuk corak tidur dan bangun mereka sendiri, terutamanya semasa hendak tidur.
Anda boleh membantu bayi anda tidur dengan mengetahui tanda-tanda kesediaan tidur, mengajarnya untuk tidur sendiri3, dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk tidur yang selesa dan selamat.
#1. Mandi atau lap badan dengan air suam
Cara membuat bayi tidur nyenyak juga adalah sebelum tidur lap badan bayi dengan tuala yang direndam dalam air suam. Ia akan membuatkan si kecil rasa lebih selesa untuk tidur.
Mungkin ada yang fikir ia akan buat anak lebih segar bila dimandikan, namun dengan badan yang bersih, bayi sebenarnya lebih mudah tidur lena.
#2. Jaga persekitaran bilik tidur
Pastikan ruang dan suasana bilik dalam keadaan yang tenang. Selain biarkan pencahayaan bilik suram-suram saja. Supaya si manja rasa lebih damai dan seronok untuk tidur.
Jika waktu siang, biarkan anak tahu yang ia waktu siang jadi keadaan tidur perlu dalam keadaan bercahaya berbanding waktu malam yang boleh dalam keadaan lebih gelap.
#3. Beri dia pakai pakaian selesa
Faktor pakaian semasa tidur juga boleh menyebabkan bayi terjaga dengan lebih kerap di waktu malam. Jadi, pastikan anda memakaikannya dengan pakaian yang sesuai dan selesa biarpun semasa dia sedang tidur.
Anda juga boleh balutkan tubuh kecilnya dengan selimut supaya dia tidak berasa kesejukan dingin malam. Sekaligus tidak ganggu tidur malamnya.
#4. Pastikan bayi kenyang
Untuk bayi yang berumur 0 hingga 12 bulan, ibu harus memastikan si kecil itu diberikan susu yang mencukupi bagi mengelaknya berjaga di tengah malam untuk menyusu.
Manakala bagi bayi yang sudah berumur enam bulan ke atas, pastikannya makan dalam waktu yang betul dan menyusu dengan baik supaya si kecil rasa penuh perut sekaligus menyebabkannya mengantuk di malam hari.
- Victoria State Government, Department of Health (n.d). Typical sleep behaviour (1) – newborns 0 to 3 months. www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/typical-sleep-behaviour-nb-0-3-months
- University of Rochester Medical Center (n.d). Newborn Sleep Patterns. www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=90&contentid=P02632
- Stanford Children Health (n.d). Newborn Sleep Patterns. www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=newborn-sleep-patterns-90-P02632
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Menetapkan Waktu Tidur Bayi Yang Baru Lahir Hingga 3 Bulan, Ibu Ayah Sila Take Note!
Baca juga: Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi
Baca juga: Jangan Biarkan Anak Yang Bersekolah Tidur Bersama Ibu Ayah, Ia Kesilapan Besar!