X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Orang Mengandung Ni Sensitif, 8 Tips Jaga Hati Isteri Ketika Hamil, Perlu Kena Caranya!

4 min bacaan
Orang Mengandung Ni Sensitif, 8 Tips Jaga Hati Isteri Ketika Hamil, Perlu Kena Caranya!

Emosi orang mengandung memang tidak menentu dan tak dapat dijangka. Jadi suami perlu belajar cara jaga hati isteri supaya anda tidak pening kepala!

Perubahan fisiologi yang berlaku kepada tubuh badan banyak mempengaruhi kehamilan seseorang wanita. Jadi kepada para suami di luar sana, kami kongsikan tips jaga hati isteri saat mereka hamil.

Kadangkala buntu jadinya si suami apabila isteri tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang sangat penyedih ketika hamil. Pantang silap bercakap sikit, cepat saja bercucuran air matanya.

Suami perlu tahu bila mengandung isteri anda akan mungkin akan berdepan dengan masalah loya, muntah dan pedih ulu hati. Jika tidak ada simptom begitu, mungkin ada strecth mark, di perut, cramp, sakit pinggang, sakit pinggul dan sebagainya.

Jaga hati isteri ketika hamil, suami perlu main peranan

Jaga hati isteri

Kredit: redaksi.com

Sebenarnya, ketika isteri sedang hamil banyak perubahan-perubahan yang akan dilalui olehmya. Ramai ibu-ibu yang sedang hamil alami perkara sama.Tapi itu belum dicampur dengan emosi ibu yang adakalanya tidak menentu. 

Contohnya, dulu okay saja bila bergurau, tetapi bila mengandung ini, gurauan yang biasa dibuat pun boleh jadi perkara besar yang buat isteri terasa hati dan sebagainya. 

Sebagai suami, anda perlu main peranan dalam situasi sebegini. Anda yang buat isteri mengandung kan? Jadi sama-samalah berusaha jaga hati isteri dalam keadaan genting ini. 

Ini antara peranan suami ketika isteri sedang mengandung:

#1. Beri kata-kata semangat

Ketika isteri hamil, tidak pelik jika dia rasa down. Mungkin sebab terlalu penat dan sebagainya emosi isteri jadi berubah-ubah. Jadikan kata-kata semangat sebagai penguat isteri anda.

Titipkan selalu padanya kata-kata yang memberi semangat. Ada isteri yang takut mengandung kerana takut perubahan bentuk badan, jadi berikan kata semangat padanya bahawa selepas bersalin boleh ‘pasang badan’ balik. 

#2. Elak sakiti isteri

Jaga hati isteri

Kredit: halodoc

Sebenarnya banyak perubahan emosi & fizikal yang dilalui isteri ketika hamil membuatkannya penat. Sebab tu peranan suami ketika hamil ni sangat penting.

Jika ada perkara yang buat anda tidak puas hati atau terasa hati, terangkan atau cuba sampaikan dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak menyakiti hati isteri.

#3. Ketika isteri muntah, urut belakangnya

Masa mengandung, bukan saja isteri mungkin rasa tak lalu makan, muntah dan lemah, malah isteri tuan mungkin rasa penat seluruh badan.

Tambah-tambah sebaik memasuki trimester kedua. Urutan buat isteri ketika hamil, cukuplah sekadar untuk hilangkan lenguh-lenguhnya dan jangan sesekali urut dengan kuat serta elakkan urut di bahagian perutnya. 

Ketika dia muntah, urut belakangnya supaya dia tidak rasa keseorangan menghadapi saat tidak selesa ini.

#4. Mengaji al-Quran, zikir

Suami perlu mengaji, berzikir atau selawat di sebelah isteri sambil menyentuh perut isteri serta mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dengan lebih kuat.

#5. Sentiasa ingatkan isteri supaya makan makanan berkhasiat

Menjadi tugas anda untuk ingatkan isteri anda makan makanan berkhasiat. Suami wajib sentiasa beri perhatian tentang pemakanan isteri dan selalu berpesan kepada isteri agar makan makanan yang lebih berkhasiat untuk kesihatan ibu dan anak.

Paling penting belilah makanan berkhasiat untuk isteri anda.

#6. Ingatkan isteri ambil suplemen diperlukan setiap hari

Jadi reminder untuk isteri, Pastikan isteri makan suplemen yang dibekalkan doktor untuk kekal sihat sepanjang kehamilan malah ia penting untuk kesihatan kandungan. 

#7. Bawa isteri bersiar

Jaga hati isteri

Kredit: says.com

Jika isteri suri rumah atau sebaliknya, bawa mereka keluar rumah dan berjalan-jalan. Jika hanya terperuk di rumah saja ia boleh buatkan mereka lebih stres.

#8. Ingatkan isteri untuk terus kekal positif

Kekal positif sangat penting bagi mewujudkan aura positif anda dan pasangan sepanjang proses kehamilan. Kadangkala yang buat isteri stres bukan anda, tetapi orang-orang di sekelilingnya. Jadi pastikan anda terus berusaha jadikan isteri anda seorang yang positif.

Minda yang postif akan memberi aura positif ke seluruh sistem badan yang amat penting untuk kehamilan sihat ibu dan anak. Jadi suami di luar sana, belajar cara jaga hati isteri yang sedang hamil ya. Anda mampu lakukannya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: 9bulan10hari

Baca juga: Membaca Buku Ketika Mengandung Boleh Lahirkan Anak Bijak?

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Orang Mengandung Ni Sensitif, 8 Tips Jaga Hati Isteri Ketika Hamil, Perlu Kena Caranya!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham