X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

4 Tahap Koyakan Bersalin, Ibu Bukan Kena Jahit Hidup-Hiduplah, Doktor Akan Bius Dulu!

4 min bacaan
4 Tahap Koyakan Bersalin, Ibu Bukan Kena Jahit Hidup-Hiduplah, Doktor Akan Bius Dulu!4 Tahap Koyakan Bersalin, Ibu Bukan Kena Jahit Hidup-Hiduplah, Doktor Akan Bius Dulu!

Ramai ibu-ibu terutama yang baru pertama kali mengandung ditakutkan atau dimomokkan dengan kesakitan jahitan bersalin atau ngerinya pengalaman itu.

Antara perkara ngeri yang sering ditakuti ibu mengandung adalah jahitan bersalin. Ramai ibu-ibu terutama yang baru pertama kali mengandung ditakutkan atau dimomokkan dengan kesakitan jahitan bersalin atau ngerinya pengalaman itu.

Tidak salah untuk berkongsi cerita pengalaman bersalin, tetapi janganlah sampai menakutkan terutama bagi mereka yang pertama kali bakal berhadapan dengan situasi bersalin.

Selaku seorang yang berpengalaman tidak sepatutnya anda menakut-nakutkan ibu yang bakal bersalin ini kerana ia boleh menganggu minda mereka dan asyik memikirkan perasaan takut itu sedangkan tahap penerimaan seseorang terhadap kesakitan adalah berbeza jadi anda sudah pastinya tidak boleh pukul rata saja. 

Jahitan bersalin bergantung kepada tahap koyakan

Jahitan bersalin

Menurut Dr Muhammad Izzat seperti yang dikongsikan bumbumcak.my, beberapa tahap koyakan mengikut jenis dan bagaimana cara ia dijahit semula, untuk rujukan dan panduan bakal ibu di luar sana.

Jadi lepas baca ini tidaklah ibu mengandung di luar sana risau tak bertempat lagi ya selepas ini. Malah boleh tambah ilmu lagi kan?

4 tahap koyakan bersalin

Jahitan bersalin

Secara ringkas, menurut doktor itu, luka atau koyakkan bersalin terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

Tahap 1 – Luka pada kulit ataupun luka sedikit pada lapisan dalam faraj.

Tahap 2 – Luka melibatkan otot dalam, tapi tidak melibatkan otot injap pada lubang dubur.

Tahap 3 – Bila luka sudah melibatkan koyakkan otot injap dubur (sama ada external atau internal sphincter)

Tahap 4 – Luka melibatkan koyakan injap otot dubur dan bahagian dubur yang lebih dalam (anorectal mucosa)

Bagaimana ia dijahit semula?

Jahitan bersalin

Maka lepas beranak, doktor atau misi akan tengoklah dulu luka itu jenisnya bagaimana. Yang mana misi boleh jahit, dia akan jahit. Cuma yang susah-susah itu, misi akan roger doktor untuk menjahitnya.

Koyakkan tahap 3 dan tahap 4 ini dikelaskan sebagai koyakan teruk sebab melibatkan lubang dubur. Yelah, lubang dubur kan kotor, bakteria banyak di situ. Kalau tidak dijahit dengan berhati-hati kuman boleh tersebar pada luka, lambat baik dan boleh terjadi jangkitan kuman pula.

Nak ‘repair’ koyakkan tahap 3 dan 4 biasanya saya buat di dewan bedah. Bius separuh badan diberikan, so, pesakit akan bertenang dan relaks. Otot-otot dubur yang koyak itu pun akan kurang regang. Maka, proses menjahit akan jadi lebih senang dan cantuman luka koyak boleh dibuat dengan teliti. Tidak adalah insiden tendang menendang doktor masa menjahit itu kan?

Antibiotik pun akan diberikan sebelum proses menjahit dilakukan.

Doktor akan bius dulu ya, jangan risau atau terlalu takut. Jangan beratkan kepala anda dengan penerangan menakutkan daripada sesiapa saja. 

Luka tahap 1 dan 2 juga dibius

Untuk koyakan tahap 1 dan 2, biasanye misi akan jahit untuk cantumkan otot dangan otot, kulit dengan kulit. Dengan bahasa mudah, nak jadikan faraj itu nampak seperti asal sebelum koyakan bersalin.

Nak jahit koyakan tahap 1 atau 2 pun, misi bagi juga bius, tapi bius ini namanya bius setempat (bius dicucuk pada tempat koyak sebelum dijahit), tidak ada jahit hidup-hidup. Tipu sangat!

Maka, konsepnya mudah jahitan koyakkan bersalin ini untuk menjadikan perineum dan faraj kembali kepada keadaan asal, tidak mengira berapa banyak jahitan ataupun jenis jahitan – tulang belut, sembat susup, jahitan guni, jahitan tepi dan seumpama dengannya.

Asalkan perineum itu bercantum semula dan nampak luaran macam faraj atau vagina sudah lebih dari cukup.

Wahai ibu-ibu janganlah terlalu fikirkan perkara yang sebenarnya tidak berlaku pun. Berdoalah supaya urusan bersalin anda dipermudahkan. Itukan lebih baik.

Tips jaga luka bersalin

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

#1. Cuci luka

Silalah baring. Selepas mandi atau selepas ke tanda, lap kering-kering, Seeloknya gunakan tisu yang tidak melekat. Keringkan di hadapan kipas, kalau boleh halakan luka ke kipas supaya ia kering.

Letakkan ubat kuning. Anginkan lagi selepas letak ubat kuning. Beli kipas kecil supaya mudah kita keringkan luka.

#2. Kurangkan berjalan tetapi buat senama kegel

Jika perlu sangat untuk berjalan, kepitlah betul-betul. Lagi rapat kepit lagi cepat daging bercantum. Senaman kegel boleh menggalakkan peredaran darah ke tempat luka. Luka lagi cepat sembuh.

#3. Tukar pada dengan kerap

Jangan simpan lama-lama. Jika boleh kalau dah basah selepas buang air kecil atau besar, tukar saja. Bakteria mudah membiak di tempat basah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak.my, pesonapengantin

Baca juga:

https://my.theasianparent.combersalin-caesar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 4 Tahap Koyakan Bersalin, Ibu Bukan Kena Jahit Hidup-Hiduplah, Doktor Akan Bius Dulu!
Kongsikan:
  • 5 Simptom Jahitan Bersalin Terbuka, Pastikan Anda Peka Ya Ibu!

    5 Simptom Jahitan Bersalin Terbuka, Pastikan Anda Peka Ya Ibu!

  • 5 Peringkat Jahitan Luka Bersalin & Cara Penjagaan Jahitan Yang Betul, Barulah Cepat Baik!

    5 Peringkat Jahitan Luka Bersalin & Cara Penjagaan Jahitan Yang Betul, Barulah Cepat Baik!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • 5 Simptom Jahitan Bersalin Terbuka, Pastikan Anda Peka Ya Ibu!

    5 Simptom Jahitan Bersalin Terbuka, Pastikan Anda Peka Ya Ibu!

  • 5 Peringkat Jahitan Luka Bersalin & Cara Penjagaan Jahitan Yang Betul, Barulah Cepat Baik!

    5 Peringkat Jahitan Luka Bersalin & Cara Penjagaan Jahitan Yang Betul, Barulah Cepat Baik!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.