Jahitan Selepas Bersalin Terbuka Bukan Sebab Ibu Banyak Berjalan, Doktor Jelaskan Punca Yang Sebenar

Jahitan selepas bersalin boleh terbuka apabila kurangnya penjagaan kebersihan pada bahagian vagina sehingga boleh menyebabkan jangkitan kuman

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kelahiran memerlukan ibu melalui tempoh berpantang bagi memulihkan kembali kesihatan tubuh badan. Namun pastinya ramai berasa takut jahitan selepas bersalin terbuka sehingga mengehadkan pergerakan dan menghabiskan masa dengan berehat di dalam bilik.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini perkongsian Dr Amalina Che Bakri yang baru 4 hari berpantang sudah keluar bersiar-siar dengan anaknya, Arabella Mia telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu kerana telah melanggar cara berpantang orang Melayu.

Doktor kongsi punca sebenar jahitan selepas bersalin terbuka

Seorang doktor, Farehah Rahman telah berkongsikan penyebab jahitan selepas bersalin terbuka yang ramai ibu tidak tahu.

Sekarang tengah hangat isu berpantang sebab Dr A******* baru bersalin beberapa hari dah bawa anak dia keluar jalan-jalan.

“Kalau keluar jalan-jalan, jalan laju-laju, makan tak berpantang. Nanti luka terbuka, peranakan jatuh, longgar, suami lari, dan lain-lain,” Kata mereka.

Kalau anda nak tahu, kebanyakan pesakit saya yang datang kerana jahitan bersalin terbuka bukanlah disebabkan mereka tidak berpantang, jalan laju-laju ataupun minum banyak air. Akan tetapi disebabkan oleh terlalu berpantang.

Takut nak makan protein telur, sayur, buah, ayam, udang, ikan, nasi. Nanti gatal dan angin. Takut nak minum air putih banyak-banyak nanti boleh jadi kembang.

Takut nak jalan-jalan. Nanti jahitan terbuka dan peranakan jatuh. Katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyebab utama berlakunya jahitan terbuka atau jangkitan kuman adalah disebabkan kurang penjagaan kebersihan (poor hygiene). Ada yang takut untuk cuci private part dengan bersih selepas membuang air kecil atau besar.
Jadi mereka sekadar lalukan air sahaja.

Kesannya, kuman akan terkumpul di situ maka terjadilah jangkitan kuman dan berakhir dengan jahitan bersalin terbuka.

Luka jahitan bersalin boleh terbuka jika jahitan kurang kemas atau ibu kurang aktif ketika berpantang

Kalau doktor/nurse dah jahit elok luka selepas bersalin, memang tidak akan terbuka jahitan tu walaupun anda pakai seluar ke, jalan laju-laju ke, makan apa sahaja selagi makanan tersebut bukan penyebab alergik.

Pengalaman saya check luka jahit bersalin pesakit. Walaupun saya masukkan satu tangan pun (tangan ye) untuk keluarkan ketulan darah atau sisa uri yang tertinggal, memang jahitan bersalin tu tak akan terbuka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melainkan jahitan yang dibuat adalah kurang kemas atau ibu hanya baring sahaja,  tidak bergerak ke mana-mana atau memang sudah ada jangkitan kuman.

Sebenarya selepas bersalin lah kita kena aktif bergerak, minum banyak air bagi membolehkan pengaliran darah menjadi lancar.

Kalau hanya baring di katil sahaja selepas melahirkan anak, ia boleh meningkatkan risiko darah beku dalam badan (deep vein thrombosis).

Itulah yang tiba-tiba boleh sesak nafas, sawan tidak sedarkan diri sebab darah beku dah masuk ke saluran paru-paru atau otak. Dan boleh menyebabkan kematian.

Kalau anda nak tahu, hari pertama selepas bersalin, saya terus makan ABC tau. Air batu campur ais kacang tu la. Minum la ais ke, air mendidih ke. Masuk je dalam badan, suhu air automatik jadi suhu badan 37 degree.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak pantang ketika bersalin juga bukan penyebab angin dalam badan

“Ala doktor muda lagi, senang la cakap. Tunggu tua nanti sakit badan sana-sini baru tahu.” Ok lagi kalau anda nak tahu.

Kalau ada makcik-makcik sakit badan datang klinik saya (selepas exclude semua penyebab myalgia atau apa-apa yang berbahaya), saya akan tanya:

“Muda-muda dulu makcik berpantang tak selepas bersalin”. 100% makcik cakap mereka berpantang. Bila ditanya kenapa sakit-sakit badan, mereka akan jawab disebabkan oleh faktor usia. 

Justeru kalau bab makanan, semuanya berkhasiat. Protein ayam, daging, ikan, telur amat baik untuk penghasilan sel-sel baru dalam badan. Ia dapat membantu luka bersalin cepat sembuh dan kembali bertenaga selepas menyusukan bayi.

Selain itu, ketika berpantang anda perlu ambil banyak sayur dan buah-buahan. Makan sahaja semua jenis sayur dan buah kerana tiada bukti saintifik ia penyebab ‘angin’ selepas bersalin. Melainkan anda memang alergik sejak azali makanan tu. Contohnya udang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila setiap kali makan udang, akan jadi gatal sana-sini. Yang tu anda elakkan la sebab alergik tu sejak azali.Bukan berpantang selepas bersalin sahaja.

Ada juga yang menakut-nakutkan ibu baharu dengan mengatakan ‘Kalau tidak pantang betul-betul, nanti suami akan lari.”

Dalam soal jodoh ketentuan Tuhan. Cantik macam mana pun, berpantang macam mana pun, ketat macam mana pun, kalau bukan jodoh, berpisah juga.

Senaman kegel amat disarankan kepada ibu selepas bersalin

Untuk kekal sihat, ibu-ibu disaran melakukan senaman kegel. Kajian saitifik membuktikan senaman ini mampu menguatkan otot bahagian bawah peranakan (pelvic floor muscles) dan mengurangkan risiko urinary incontinence (tak dapat tahan kencing), uterine prolapse (rahim jatuh), dan fecal incontinence juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senaman kegel paling mudah untuk dilakukan. Sambil main Facebook pun anda boleh buat.

Dan surprisingly, orang yang datang dengan masalah di atas, bila ditanya. Mereka semua berpantang selepas melahirkan anak.

Jadi buat penat je tahan-tahan makan selepas bersalin beli jamu ratus-ratus ribu-ribu. Buat je senaman Kegel. Ia adalah percuma!

Jika anda mengalami sakit-sakit badan, ia terjadi disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya:

  • Tekanan seharian
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Obesiti
  • Tidak cukup rehat
  • Segala tugas menjaga anak dan buat kerja rumah pada bahu isteri sahaja

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Darah Nifas Tak Keluar Habis & Berketul Lepas Bersalin, Wanita Ini Minta Ibu Jaga Diri Ketika Berpantang

Baca juga: Walaupun Dalam Pantang, Isteri Fizo Omar Sempat Kongsikan Cara Buat Lactation Cookies Tanpa Oven

Baca juga: ”Inilah Keluarga Malaysia Saya,”-Wanita Bersyukur Ibu Mentua India Bagi Layanan A+ Ketika Berpantang