Wanita Tersangkut Jalan Jem, Terpaksa Melahirkan Bayi Dalam Kereta Ditemani Suami

Jalan sesak ketika dalam perjalanan ke hospital telah menyebabkan seorang ibu terpaksa melahirkan bayi dalam kereta dengan ditemani suaminya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jalan sesak boleh mengakibatkan urusan tergendala lebih-lebih lagi sekiranya berdepan dengan kecemasan. Jika ia tidak melibatkan hal berkaitan nyawa, kita boleh merancang perjalanan bagi mengelakkan bertembung dengan kesesakan lalu lintas.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jalan sesak, terpaksa beranak dalam kereta
  • Ibu dan bayi dalam keadaan stabil

Bagaimana pula dengan perkara kecemasan seperti sakit, kematian atau situasi ibu mahu melahirkan bayi. Itu kejadian dilaporkan di media massa baru-baru ini berhubung seorang wanita terpaksa melahirkan anak di dalam kereta kerana laluan sesak.

Jalan sesak ketika dalam perjalanan ke hospital, wanita terpaksa beranak dalam kereta

Berdasarkan laporan berita Mstar, kejadian berlaku di Likas, Sabah membabitkan seorang wanita berusia 39 tahun bersama suami yang dalam perjalanan ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HJWKKS).

Gara-gara kesesakan lalu lintas itu, wanita itu tidak sempat ke sana serta melahirkan bayi perempuan di dalam kereta.

Kejadian pada 1 Jun itu disedari oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan yang terserempak dengan kenderaan pasangan tersebut.

Kereta yang dinaiki suami isteri itu terletak di tepi jalan Lintas di Kota Kinabalu dan beliau berhenti di situ kira-kira 1.45 tengah hari.

Memetik kisah diceritakan beliau, Farhan memaklumkan ketika itu dalam perjalanan ke Ibu Pejabat JBPM Sabah iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikutan itu, beliau terus menghubungi bomba serta membantu menenangkan mangsa dan mengikat tali pusat bayi tersebut.

Meneruskan cerita beliau memberitahu, sebaik Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) tiba, ibu tersebut terus diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan bagi tindakan selanjutnya.

Ibu dan bayi dalam keadaan stabil

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan ibu serta bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil serta berada di Hospital Likas untuk pemerhatian lanjut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah katanya lagi, kejadian kecemasan seperti itu bukan yang pertama malah, ada kes wanita terpaksa bersalin di balai bomba akibat masalah pengangkutan.

Katanya lagi, unit ERMS juga sudah bersedia untuk menghadapi situasi sebegitu.

Terima kasih pihak bomba kerana membantu memudahkan urusan pasangan suami isteri itu. Untuk ibu dan bayi perempuannya, kita doakan mereka juga diberikan kesihatan yang baik. Tahniah atas kelahiran anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Gara-Gara 'Tersangkut' Sekatan Jalan Raya, Wanita Ini Terpaksa Bersalin Dalam Kereta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Ibu Bersalin Dalam Kereta, Bayi Itu Dapat Hadiah Trip Percuma Dari Grab Seumur Hidup!

Baca juga: Wanita Bersalin Sendiri Di Tepi Jalan, Ditemani 5 Anaknya Yang Berada Dalam Kereta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan