[Video] Bagaimana jantina bayi terbentuk dan bila boleh tahu jantina bayi dalam kandungan?

lead image

Tahukah anda yang jantina bayi lelaki dan perempuan adalah sama dari awal kehamilan hingga usia kandungan anda mencecah minggu ke-8?

Meneka jantina bayi dalam kandungan merupakan salah satu perkara yang menyeronokkan semasa hamil. Ketika anda mengetahui yang anda hamil, pastu anda dan pasangan tertanya-tanya apa jantina anak dan tak sabar nak menunggu hari mengetahui jantina anak, kan?

Tapi, bila sebenarnya kita boleh dapat tahu jantina anak dalam kandungan ni? Ha… Ini apa yang perlu anda tahu tentang jantina bayi.

Jantina bayi: Pada awalnya semua jantina anak sama

Jantina bayi ditentukan ketika pertumbuhan gen. Embrio bertemu kromosom XY akan menjadi anak lelaki manakala kromosom XX akan menjadi anak perempuan.

Di dalam kromosom seks, ada 70 gen yang akan menentukan jantina anak. Selama dalam kandungan, paparan hormon yang dipilih oleh gen bayi akan mempengaruhi anatomi, fisiologi dan tingkah laku bayi.

jantina bayi, alat sulit bayi, bagaimana jantina bayi terbentuk, pembentukan jantina, jantina bayi dalam kandungan, bayi lelaki, bayi perempuan

Dar awal kehamilan hingga usia kandungan mencecah 8 minggu, kedua-dua jenis jantina bayi mempunyai asas yang sama. Testis pada lelaki sama dengan labia dan ovarium wanita manakala zakar sama dengan klitoris.

Bayi akan membesar memiliki organ sulit perempun sekiranya mereka tidak memiliki hormon testosteron lelaki. Dalam minggu ketujuh, kromosom Y akan memulakan pengeluaran testosteron dan alat sulit lelaki akan mula terbentuk.

Jantina bayi dalam kandungan terbentuk antara minggu ke 7 – 12

Antara minggu ke 7 – 12, asas bentuk alat sulit bayi yang sama tadi akan mula terbentuk dan akan menentukan jantina anak dalam kandungan. Pada minggu ke 9, alat kelamin bayi lelaki mula memanjang dan perlahan-lahan membentuk menjadi zakar.

Namun sebenarnya, zakar dan klitoris tetap berukuran sama sehingga usia janin mencecah 14 minggu. Di minggu ke-14 ini juga, sistem saluran kencing bayi mulai terbentuk.

Untuk bayi lelaki, tunas yang akan menjadi prostat muncul sekitar minggu ke-10. Testis akan mulai turun pada minggu ke-26, sementara perkembangan zakar paling ketara adalah pada trimester ke-tiga.

Utuk bayi perempuan, perkembangan organ genital statik sepanjang waktu. Ovarium muncul sekitar minggu ke 11 – 12.

Sekitar minggu ke-20, bayi perempuan akan memiliki tujuh juta sel telur primitif yang akan berkurang menjadi 2 juta ketika lahir. Faraj mula membuka permukaan perineum pada minggu ke-22.

Video jantina bayi terbentuk dalam kandungan

Berikut ialah video bagaimana jantina bayi terbentuk dalam kandungan:

Mengetahui jantina bayi dalam kandungan dengan ultrasound

jantina bayi, alat sulit bayi, bagaimana jantina bayi terbentuk, pembentukan jantina, jantina bayi dalam kandungan, bayi lelaki, bayi perempuan

Ketika usia kandungan mencapai 18 – 22 minggu, imbasan ultrasound dapat menentukan jantina bayi. 

Tapi kadang-kadang doktor tersalah anggap tali pusat pada bayi perempuan sebagai zakar atau zakar bayi lelaki terlindung di antara kedua belah kaki.

Adakah anda pernah melalui pengalaman doktor tersalah memberitahu jantina bayi? Jom kongsi kisah anda!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Giasinta Angguni; diterjemah dengan kebenaran dari theAsianparent Indonesia

Baca juga

5 mitos teka jantina bayi dalam kandungan yang terbukti salah!