Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

Jenis alergi kulit dan gambarnya yang kami kongsikan ini bagi memudahkan anda membuat rujukan dan mendapatkan rawatan selanjutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alergi kulit atau alahan kulit boleh disebabkan oleh pelbagai jenis alergen dan pencetus. Sistem imun yang terlalu sensitif akan memberi reaksi terhadap zat-zat yang menyebabkan pelbagai gejala pada kulit. Berikut adalah beberapa jenis alergi kulit dan gambarnya yang biasa terjadi.

Jenis Alergi Kulit Yang Biasa Terjadi

Berikut adalah jenis alergi kulit dan gambarnya untuk rujukan anda. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dengan doktor jika ia berterusan. 

1.Ekzema

Menyebabkan kulit menjadi merah, gatal, dan kering. Ia sering dikaitkan dengan alergi makanan atau persekitaran, dan biasanya bermula pada masa kanak-kanak.

2.Urtikaria (Sopak Garam)

Bermula dengan ruam gatal dan benjolan merah atau putih pada kulit. Urtikaria boleh disebabkan oleh makanan, ubat-ubatan, atau tekanan. Ia boleh muncul secara tiba-tiba dan hilang dalam beberapa jam atau hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3.Dermatitis Sentuhan

Berlaku apabila kulit bersentuhan langsung dengan alergen seperti bahan kimia atau bahan tertentu dalam produk kosmetik atau pembersih. Gejala termasuk kemerahan, gatal, dan bengkak di kawasan yang terkena.

4.Angioedema

Pembengkakan pada lapisan bawah kulit, biasanya berlaku di sekitar mata, bibir, atau tekak. Ini sering disertai dengan urtikaria dan boleh disebabkan oleh reaksi alergi terhadap makanan, ubat-ubatan, atau sengatan serangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5.Eritema Multiforme

Berbentuk sasaran pada kulit dan membran mukosa. Ini sering disebabkan oleh jangkitan virus atau reaksi terhadap ubat-ubatan.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Menangani Alergi Kulit

1.Kenal Pasti, Elakkan Pencetus Alergi

Ini boleh termasuk makanan, bahan kimia, atau alergen persekitaran.

2.Konsultasi Dengan Doktor

Jika kulit Anda mengalami reaksi alergi, sebaiknya berjumpa dengan doktor pakar kulit. Doktor boleh melakukan pemeriksaan dan mencadangkan ujian alergi, sama ada ujian kulit atau ujian darah, untuk menentukan penyebab alergi.

3.Rawatan Perubatan

Doktor mungkin akan memberi ubat krim atau ubat oral untuk mengatasi gejala. Antihistamin dan kortikosteroid adalah contoh ubat yang biasa digunakan untuk mengurangkan gatal, kemerahan, dan keradangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Jaga Kebersihan, Kelembapan Kulit

Untuk mengelakkan keadaan kulit menjadi lebih teruk, penting untuk menjaga kebersihan kulit. Mandilah secara teratur dengan sabun yang lembut dan air suam, dan gunakan pelembap selepas mandi untuk mengekalkan kelembapan kulit. Pelembap boleh membantu mengurangkan gatal, radang dan kekeringan kulit.

5.Elakkan Menggaru Kulit

Menggaru kawasan yang terkena alergi boleh memburukkan keradangan iritasi dan meningkatkan risiko jangkitan.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Jenis Alergi Kulit Ketika Hamil Boleh Mempengaruhi Janin, Ini Yang Ibu Wajib Tahu!

Baca juga: Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

Baca juga: Gara-Gara Kerap Guna Tisu Lembap Pada Bayi, Kulit Terus Naik Alahan Teruk! Hati-Hati Ya Ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar