X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Alami Alahan Kulit Yang Misteri, Bayi Ini Hanya Boleh Mandi Sekali Sahaja Dalam Seminggu

4 min bacaan
Alami Alahan Kulit Yang Misteri, Bayi Ini Hanya Boleh Mandi Sekali Sahaja Dalam Seminggu

Alahan kulit yang dialami oleh bayi berusia 18 bulan ini amat menyakitkan sehingga dia hanya boleh mandi sekali sahaja untuk seminggu

Ini adalah kisah seorang kanak-kanak perempuan dengan alahan kulit bayi yang sangat jarang berlaku. Ia dipanggil sebagai urtikaria aquagenik.

Menurut laporan, penyakit misteri ini telah menyebabkan bayi perempuan berusia 18 bulan, Ivy Lynn Angerman, dari Minnesota USA, alah terhadap air! Apabila bersentuhan dengan air, dia akan mengalami ruam dan gatal-gatal.

Ibu ingat ruam itu cuma alahan kulit bayi yang biasa

Menurut ibunya, Brittany Angerman, 27, baru tahu tentang keadaan Ivy ketika berumur 1 tahun apabila dia tiba-tiba ruam dan gatal-gatal badan semasa mandi. 

Mulanya Brittany hanya menganggap ruam itu sebagai alahan kulit bayi yang biasa. Ia mungkin sebab sabun mandi atau syampu yang digunakan. Tapi lama-kelamaan, dia mula hairan mengapa setiap kali anak perempuannya masuk mandi, dia pasti akan menangis kesakitan.

Ibu bapa Ivy cuba menukar sabun mandi dan syampu anak mereka. Mereka menggantikan air mandi dengan air baru. Mereka bawa anak mereka untuk mandi di tempat berlainan, termasuklah di hotel.

alahan, alahan kulit bayi, ruam bayi, bintik-bintik pada kulit bayi

Tapi mereka masih tidak dapat mencari punca ruam yang menyakitkan itu. 

Masalah dihadapai oleh Ivy bukan alahan kulit yang biasa

Rupa-rupanya doktor mengesahkan anak perempuan mereka alah terhadap air. Urtikaria aquagenik adalah sejenis keadaan yang sangat jarang – hanya 50 orang di seluruh dunia mempunyai keadaan ini.

Ivy tidak boleh bersentuhan dengan air atau mandi selama lebih daripada 20 saat. Kesiannya kanak-kanak perempuan ini. Air mata dan peluhnya sendiri pun akan mecetuskan alahan!

Brittany betul-betul sayu apabila mendengar diagnosis anaknya. Dia memberitahu Metro,

“Anak saya selalu cuba untuk keluar dari tab apabila kami memandikannya. Rupa-rupanya dia sangat sakit dan cuma ingin keluar,” kata ibu itu dengan sedih apabila teringatkan berapa kali mereka telah cuba untuk memandikan anak mereka.

Dulu Ivy suka main air, tapi sekarang dia takut dengannya

alahan kulit bayi

Cuba bayangkan cabaran ibu ini:

“Jika Ivy menangis kesakitan, mukanya turut akan menunjukkan alahan kulit bayi yang teruk bersama lepuh kerana dia alah terhadap air matanya sendiri. Macam mana saya nak ajar anak saya supaya tidak menangis apabila dia kesakitan?,” kata Brittany dengan bingung.

Dia menambah, “Saya sentiasa ditanya soalan seperti ‘Bagaimana dia boleh alah terhadap air?'”. 

Nasib baik buat masa ini Ivy masih boleh minum air. Tapi kini ibu bapanya hanya memandikan Ivy seminggu sekali dengan menggunakan kain lap dan span saja!

Doktor juga mencadangkan Ivy mandi dan minum air yang telah ditulenkan dan menggunakan penghawa dingin sepanjang hari.

Sesetengah pakar berpendapat keadaan ini bukan disebabkan air itu sendiri tetapi sebab alergen di dalamnya yang mencetuskan alahan dan tindak balas imun dalam badan. 

Rawatan untuk alahan kulit bayi urtikaria aquagenik

Oleh kerana kes ini sangat jarang, kos rawatan adalah sangat tinggi dan tidak banyak yang kita tahu mengenai keadaan ini disebabkan kekurangan kajian yang dilakukan.

rawatan alahan kulit

credit to sources

Setakat ini, pakar percaya satu-satunya cara untuk mengawal alahan kulit bayi ini ialah dengan mengambil ubat antihistamin. Pusat Maklumat Penyakit Jarang dan Genetik (GARD) juga mencadangkan rawatan berikut:

  • Propranolol
  • Rawatan cahaya ultraviolet B (UVB) 
  • Stanozolol (steroid anabolik)
  • Krim untuk memberi lapisan halangan antara air dan kulit
  • Selective serotonin reuptake inhibitor
  • Mandi dengan natrium bikarbonat (dos rendah 0.1-0.5 kg setiap kali mandi)

Apabila ibu bapa ingin mandikan anak, pastikan air itu bersih. Runding dengan doktor terlebih dulu sebelum menggunakan produk tertentu yang bukan dirumus khas untuk bayi.

Kemudian pantau untuk sebarang tindak balas. Jika anak mula menunjukkan ruam atau alahan kulit bayi, berhenti menggunakan produk itu dengan segera.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Metro , Newsweek, theAsianparent Singapura

Baca juga: Mandian Susu Ibu BERKESAN Merawat Masalah Kulit & Ekzema, Ibu Wajib Cuba Di Rumah!

Baca juga: Selain Naik Ruam & Gatal-Gatal, Ini Tanda Bayi Alergi Makanan Yang Ibu Kena Waspada

Baca juga: Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elakkan Kerap Mandikan Anak Menggunakan Sabun

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Alami Alahan Kulit Yang Misteri, Bayi Ini Hanya Boleh Mandi Sekali Sahaja Dalam Seminggu
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham