30 Jenis Ikan Yang Sering Dijual Di Pasar, Tinggi Dengan Protein Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Jenis ikan yang biasa didapati di pasar Malaysia adalah ikan kembung, selayang, tenggiri, bawal, merah, kerisi, tamban, kerapu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malaysia terkenal dengan hasil laut yang segar dan melimpah, menjadikan ikan sebagai bahan asas dalam pelbagai hidangan tradisional seperti asam pedas, masak lemak, dan ikan bakar.Di pasar basah, terdapat banyak jenis ikan yang boleh ditemui, dan setiap satunya mempunyai rasa dan tekstur tersendiri.

Jenis Ikan Yang Populor Di Pasar Malaysia

1. Ikan Kembung

Jenis jenis ikan berlemak kecil ini sedap untuk asam pedas atau digoreng dengan kunyit. Popular kerana harganya berpatutan dan mudah didapati.

Cara mengenali jenis ikan kembung: Berukuran kecil hingga sederhana, berbadan bulat, dan berwarna kebiruan.

2. Ikan Selar

Ikan selar lazimnya digoreng garing dan dihidangkan bersama nasi panas serta sambal belacan.

Cara mengenali jenis ikan selar: Badan lonjong, mata besar, dan berwarna keperakan. Ekor bercabang dengan sedikit warna kekuningan.

3. Ikan Selayang

Ikan selayang igunakan untuk membuat satar atau otak-otak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mengenali jenis ikan selayang: Badan berbentuk panjang dan sedikit pipih. Badan berwarna perak atau kelabu keperakan dengan sedikit warna biru pada bahagian atas.

4. Ikan Cencaru

Dikenali juga sebagai ikan jaket, sesuai untuk dibakar dan diisi dengan sambal kelapa. 

Cara mengenali jenis ikan cencaru: Kulit tebal seperti jaket dan berduri di bahagian ekor. Bahagian atas badan berwarna kebiruan gelap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Ikan Tenggiri

Jenis ikan tenggiri sering menjadi bahan utama untuk membuat keropok lekor dan otak-otak.

Cara mengenali jenis jenis ikan tenggiri: Berbadan panjang dan licin, dengan warna keperakan. Garis hitam nipis di sepanjang badannya.

6. Ikan Merah

Ikan merah dianggap mahal kerana isi yang lembut, popular dalam masakan stim atau sup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mengenali jenis ikan tenggiri: Berwarna merah muda di seluruh badan, dengan mata besar. Sisik berkilat dan warna merah yang ketara di siripnya.

7. Ikan Siakap

Sesuai untuk masakan stim dengan halia dan bawang putih atau dibakar dengan sambal.

Cara mengenali jenis ikan siakap: Berbadan panjang dan berwarna kelabu keperakan. Mulut besar dan terdapat garis hitam di tepi badan.

8. Ikan Jenahak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikan Jenahak adalah ikan laut yang terkenal di Malaysia, terutama kerana rasa isinya yang manis dan teksturnya yang lembut.

Cara mengenali jenis ikan siakap: Badan lebar dan sedikit lonjong. Bahagian belakangnya sedikit melengkung. Badannya berwarna keemasan atau coklat keemasan dengan sisik besar dan berkilat. Perut berwarna putih atau keperakan.

Sirip belakang keras dan berduri. Sirip ekor berbentuk kipas dan agak lebar.

9. Ikan Keli

Biasa digunakan dalam masakan sambal atau asam pedas. Ikan keli goreng sambal menjadi kegemaran ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mengenali jenis ikan siakap: Badan panjang, licin, dengan kumis panjang. Berwarna hitam atau coklat pekat.

10. Ikan Patin

Popularnya ikan ini meningkat melalui masakan tempoyak khas negeri Pahang.

Cara mengenali ikan patin: Licin tanpa sisik, dengan warna kelabu di bahagian atas badan. Perut berwarna putih dan isi lembut.

11. Ikan Pari

Ikan pari mudah dikenali dengan badannya yang leper dan berbentuk seperti cakera atau layang-layang, serta ekornya yang panjang menyerupai cambu, kadangkala berduri dan beracun.

Ikan pari lazimnya dijadikan bahan utama dalam asam pedas atau dipanggang.

Cara mengenali ikan pari: Badan leper dan melebar seperti sayap, dengan ekor panjang seperti cambu. Kulit licin dan insang tidak berbau.

12. Ikan Talapia

Sering digunakan dalam masakan kukus atau digoreng.

Cara mengenali ikan pari: Badan lebar dan boleh berwarna kelabu atau merah. Sirip besar dan kulit berkilat.

13. Ikan Haruan

Ikan haruan memiliki badan panjang dan bulat, kulit licin bersisik gelap kehijauan atau kecoklatan, serta corak belang halus di bahagian atas.

Cara mengenali ikan haruan: Kepala leper dengan mulut besar. Badan panjang dan kasar dengan warna coklat gelap. Ikan ini sering ditemui di kawasan air tawar seperti sungai, sawah, dan paya. Isi ikan haruan tebal, kenyal, dan kaya dengan protein, menjadikannya popular untuk pemulihan luka selepas pembedahan atau bersalin.

 

14. Ikan Bawal Putih

Ikan Bawal Putih, atau nama saintifiknya Pampus argenteus, adalah ikan laut yang terkenal di Malaysia kerana rasa isi yang lezat dan teksturnya yang lembut.

Ikan ini popular untuk masakan stim dengan sos soya dan halia atau goreng.

Cara mengenali ikan bawal putih: Berbadan pipih, bulat, dan berwarna perak. Mata bulat dan jernih, sirip belakang kecil

15. Ikan Gelama

Ikan Gelama adalah sejenis ikan laut yang banyak terdapat di perairan pesisir Malaysia, terutama di kawasan berlumpur dan muara sungai.

Ikan gelama biasanya digoreng atau dijadikan ikan masin.

Cara mengenali ikan gelama: Ia mempunyai bentuk badan yang memanjang dan sedikit bulat, dengan warna perak berkilau di bahagian sisi dan perut, manakala bahagian atasnya berwarna kelabu atau keemasan. 

16. Ikan Kerisi

Ikan Kerisi adalah sejenis ikan laut yang popular di Malaysia, dikenali dengan badannya yang panjang dan berwarna merah jambu hingga keperakan di seluruh badannya.

Ciri utama ikan kerisi termasuk mata yang bulat dan besar, sirip punggung yang memanjang, dan garis melintang halus pada badannya.

17. Ikan Duri

Ikan duri biasa dijadikan masak lemak cili padi.

Ciri ikan duri adalah mempunyai duri tajam di siripnya. Badan berwarna coklat gelap.

18. Ikan Lembat

Kurang popular, tetapi lazat jika dimasak sup atau dijadikan gulai.

19. Ikan Tongkol

Dalam masyarakat Malaysia terdapat dua jenis ikan tongkol yang sangat popular iaitu Tongkol Hitam dan Tongkol Putih.

Dari segi rasa, ikan tongkol hitam isinya lebih lembut, manakala tongkol putih isinya lebih keras. Walau bagaimanapun, ikan tongkol putih juga sesuai untuk beberapa jenis masakan, terutamanya yang memerlukan isi yang lebih keras.

Ciri ikan tongkol: Badan padat, kepala tirus, dan berwarna biru gelap. Mempunyai corak garis hitam di bahagian belakang badan.

20. Ikan Tamban

Jenis jenis ikan seterusnya adalah tamban. Ia terkenal kerana memiliki tulang halus yang banyak.

Pada zaman dahulu, ikan tamban melimpah ruah di perairan Malaysia, sehingga ia tidak lagi dianggap sebagai hidangan berharga. Namun, daripada kebanjiran itu, terciptalah idea untuk memanfaatkan ikan tamban dalam bentuk keropok.

Ciri ikan tamban: Bersaiz panjang dan berwarna perak kebiruan

21. Ikan Mayong

Dalam masakan Malaysia, ikan mayong sangat popular kerana isinya yang lembut dan berlemak, menjadikannya pilihan ideal untuk pelbagai hidangan, termasuk masak stim, bakar, dan gulai.

Namun, yang lebih menarik mengenai ikan mayong adalah telurnya. Telur ikan ini terdapat dalam kantung berwarna putih, dan telur itu sendiri berwarna oren, memberikan keunikan dan daya tarikan tersendiri.

Cara mengenali ikan mayong: Badan panjang dan sedikit pipih, dengan kepala yang besar dan rata. Warna kulitnya biasanya kelabu keperakan atau hijau tua di bahagian atas dan lebih cerah di bahagian bawah, memberikan penampilan yang menarik.

22. Ikan Yu

Ikan Yu, atau lebih dikenali sebagai jerung, adalah salah satu spesies ikan yang paling dikenali di lautan. Berikut adalah beberapa ciri khas dan maklumat mengenai ikan yu:

Cara mengenali ikan yu: Ikan yu biasanya mempunyai badan yang streamline, memudahkan mereka berenang dengan laju di dalam air. Ikan yu mempunyai kepala yang besar dan rata dengan rahang yang kuat.

23. Ikan Kerapu

Ikan kerapu (groupers) adalah antara ikan air masin yang sering menjadi kegemaran landbase caster. Selain rasa yang sedap, ikan ini juga mempunyai permintaan dan harga yang tinggi pasaran tempatan. Faktor ini yang menjadi tarikan utama kepada pemancing untuk memburu spesis ini 

Cara mengenali ikan kerapu: Kebiasaannya ikan ini mempunyai saiz mulut yang agar besar, mempunyai corak di badan (corak bergantung pada jenis kerapu) dan berbadan gempal

24. Ikan Cermin

Ikan Cermin juga dikenali sebagai ikan Sagai, Cupak, Rambai​, terdiri daripada dari famili Carangidae. Ia selalu diibaratkan ikan yang cerah dan berkilat sesuai dengan nama yang diberikan.

Cara mengenali ikan cermin: Berbentuk bulat leper dan berwarna cerah kehijauan pada bahagian atas, setengah kehitaman di bahagian mulut ke bawah, badan melebar nipis serta bintik-bintik hitam kecil di bahagian perut

25. Ikan Nyoknyok

Ikan nyok-nyok atau ikan cupak adalah sejenis isi ikan yang berwarna putih, mempunyai badan besar serta mata yang besar. Kebiasaannya ikan nyok nyok ini dimasak asam pedas atau kari. 

26. Ikan Terubuk

Sudah tentu ramai yang tahu betapa jenis ikan ini amat popular bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama kerana kelazatannya tidak boleh dinafikan.

Inilah jenis ikan yang sudah tentu menjadi ikon pelancongan bagi Sarawak Bumi Kenyalang sehingga ia menjadi ole-ole wajib beli bila bertandang ke Sarawak.

Cara mengenali ikan terubuk: Ikan terubuk memiliki mulut yang kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan bahagian badannya tampak lebih gemuk.

27. Ikan Ayam

Jenis jenis ikan yang seterusnya adalah ikan ayam. Di negeri pantai timur, ia dikenali sebagai ikan jebong dan jarang dijumpai di pasar.

Cara mengenali ikan ayam: Badan leper, mulut kecil, bergigi kapak kecil tajam, kulitnya kesat tanpa sisik seperti kulit ikan yu.

28. Ikan Puyu

Ikan puyu adalah nama sejenis ikan yang umumnya hidup liar di perairan tawar. Ikan ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti betok atau bethik (bahasa Jawa), atau pepuyu (bahasa Banjar).

29. Ikan Jelawat

Ikan jelawat sering menjadi pilihan dalam hidangan tradisional Malaysia kerana isinya yang lembut dan manis. Antara menu ikan jelawat adalah gulai tempoyak, masak lemak cili api dan kukus limau.

Cara mengenali ikan jelawat: Ia bersisik dan mempunyai badan yang agak panjang. Bahagian kepala ikan jelawat juga agak panjang dari hujung bibir ke segmen operkulum, namun mempunyai bentuk agak tirus. Sirip berwarna merah muda atau kekuningan, menjadikannya mudah dikenali.

30. Ikan Talang

Ikan Talang sering diproses menjadi ikan masin atau ikan kering kerana ia tahan lama dalam bentuk tersebut. Ikan masin Talang biasanya digunakan dalam hidangan tradisional seperti nasi goreng ikan masin atau kari ikan masin. Daging segar ikan Talang juga boleh dimasak kari atau dibakar.

Cara mengenali ikan talang: Mempunyai badan leper dan panjang dengan warna perak atau kelabu. Ia juga memiliki sirip yang agak panjang dan kuat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bawang Merah (Shallot): Kandungan Nutrisi, Manfaat Untuk Kesihatan Dan Cara Penyimpanan

Baca juga:  Khasiat Buah Kulim, Penawar Semula Jadi Untuk Kencing Manis Dan Darah Tinggi

Baca juga:  12 Jenis Durian Di Malaysia Yang Best Selling Setiap Tahun, Setiap Jenis Ada Rasa & Bau Berbeza