Jenis Kuih Raya Yang Paling Popular & Digemari Ramai, Anda Gemar Yang Mana?

Tidak lengkap kalau beraya tak makan kuih raya kan? Mana satu kegemaran anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain bersalam-salaman dengan ahli keluarga, perkara wajib kita akan lakukan pada Hari Raya ialah untuk makan pelbagai jenis kuih raya kan? Sama seperti lagu terkenal:

"Mintak mak, kuih sepotong, saya mahu makan kerana perut kosong."

Lirik sebuah lagu Hari Raya Aidilfitri ini meraikan tradisi orang Melayu yang menghidangkan kuih-muih sempena hari lebaran. Menjadi tradisi kita dari zaman berzaman untuk menghidangkan tetamu di rumah pelbagai aneka kuih-muih yang pastinya sedap-sedap belaka.

Perayaan hari raya seolah-olah tidak sempurna tanpa kehadiran kuih-kuih tradisi. Oleh itu, mari kita lihat 10 kuih paling digemari ramai.

Jenis kuih raya kesukaan ramai

1. Almond London

Hampir semua daripada kita pernah merasainya. Kuih ini bersalut coklat dengan inti di dalamnya cadang badam.

2. Tart Nenas

Tat nenas datang dalam pelbagai bentuk namun bentuk gulung adalah paling popular. Kuih ini terdiri daripada pastri rapuh yang mengelilingi jem nenas.

3. Popia Simpul Kasih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedap sebagai snek, popia simpul kasih adalah serunding ayam atau daging yang disimpul dengan kulit.

4. Cornflakes Madu

Kuih ini diperbuat daripada kepingan cornflakes yang digoreng kilas bersama madu.

5. Semperit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Menggunakan bahan mentega, tepung dan esen vanila, kuih tradisional ini antara kegemaran ramai terutama kanak-kanak.

6. Sarang Semut

Satu lagi kuih kegemaran kanak-kanak, ia rapuh dan sedap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Biskut Suji

Rasanya unik iaitu rasa lemak-lemak manis dan cair bila dalam mulut.

8. Biskut Dahlia

Ia sama seperti semprit, dalam bentuk bunga.

9. Kuih Ros

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastinya jenis kuih yang beri kita nostalgia. Ia rangup dan manis.

10. Popia Nestum

Kuih generasi baharu terdiri daripada kulit popia yang digoreng kemudian disalut tepung nestum.

Sedapkan semua jenis kuih raya yang kami senaraikan? Mana satu yang jadi kegemaran anda? Yang mana pula sudah anda beli atau yang mana kami tidak senaraikan?

Jangan lupa komen di bawah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diva.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

Baca juga: 6 Cara Kawal Bacaan Gula Normal Buat Ibu Hamil Yang GDM, Bolehlah Cuba Makan Kuih Raya Nanti!

Baca juga: Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!

Penulis

sofian