7 Jenis Masakan Mesti Ajar Pada Anak Perempuan, Lelaki Kalau Nak Mereka Pandai Berdikari

Ada beberapa jenis masakan yang ibu ayah perlu ajar anak mereka tidak kiralah lelaki atau perempuan jika mahu anak pandai berdikari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zaman sekarang kemahiran memasak memang tidak dititikberatkan. Tetapi jika ibu mahu anak lengkap serba serbi, tidak salah jika anda cuba ajar 7 jenis masakan ini supaya mereka mahir.

Kalau anak tahu masak 7 jenis masakan ini, anda tak perlu risau dah. Di mana pun anda ‘campak’ anak anda, dia akan boleh hidup. Sama ada belajar di luar negara atau duduk di rumah sewa anda tak perlu risau anak tak makan sebab tak pandai masak.

Bukannya nak buat kenduri pun, cukup sekadar mengisi perut sendiri kemahiran memasak yang asas ini perlu diajar pada anak untuk ikhtiar hidup mereka sekiranya berlaku kecemasan dan sebagainya.

Jenis masakan ibu mesti ajar pada anak lelaki, perempuan

Bukanlah yang rumit, cukup sekadar yang ringkas dan mengenyangkan. Apa yang penting tidak perlu bahan yang rumit untuk anak memasak masakan tersebut.

Ini antara menu masakan yang perlu ibu atau ayah ajar pada anak perempuan atau lelaki supaya mereka tahu asasnya. Sekarang ini bukan perempuan saja ya yang perlu pandai masak, lelaki juga bonus sekiranya mereka tahu.

Ini adalah keperluan yang perlu diajar pada anak bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran asas untuk hidup. Tidaklah segalanya bergantung kepada orang saja.

#1. Nasi putih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasi putih adalah makanan ruji masyarakat Malaysia. Tidak kiralah cara mana yang anda ajar pada anak, pastikan mereka tahu. Ada yang ajar ukur beras dan air guna jari, ada yang ajar guna cawan, tidak kisah asalkan anak anda tahu masak nasi.

Kalau masak nasi pun tak tahu, memang teruklah juga. Jadi pastikan anak tahu kemahiran ini kerana ia adalah salah satu ikhtiar hidup yang akan membantu mereka.

Memang ada saja wanita atau lelaki yang tidak tahu masak nasi pada zaman ini, namun ia bukanlah suatu yang baik. Belajarlah kemahiran ini melainkan anak anda memang tidak makan nasi. 

#2. Sambal tumis

Sambal tumis adalah menu wajib masyarakat Malaysia tidak kiralah anda berbangsa apa pun. Tinggal dalam negara yang berbilang kaum membuatkan kita boleh merasa pelbagai jenis masakan dan makanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak makanan di Malaysia yang berlaukkan sambal tumis, ia termasuklah sambal nasi lemak, sambal roti canai, sambal kuih popia, sambal nasi kerabu, sambal sardin dan sebagainya.

Sambal juga adalah lauk yang biasa dijadikan makanan tengah hari dan makan malam. Jadi, ajarlah anak anda masak sambal tumis yang biasa jadi menu wajib masakan Malaysia. 

#3. Ikan goreng

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan tidak tahu jika tidak pernah mengajar anak perempuan menggoreng ikan, dia akan pandai sendiri. Pertama sekali harus dibiasakan anak perempuan menyiang ikan dan kemudian menggoreng di dalam minyak panas.

Cukup dengan melumurkan ikan dengan garam dan kunyit sahaja. Ada yang tak pernah kenal pun serbuk kunyit dan tak pernah tahu pun goreng ikan perlu letak kunyit dan garam.

#4. Sambal belacan

Terdapat pelbagai versi sambal belacan mengikut negeri masing-masing di negara kita. Makanan pembangkit selera dibuat daripada cili, bawang, belacan dan tomato.

Hidangan asas yang wajib dihidangkan cukup membuatkan seisi keluarga makan bertambah pada hari itu.

#5. Nasi goreng

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasi goreng biasanya dibuat dengan menggunakan lebihan nasi sejuk. Menggunakan bahan asas di dapur seperti bawang merah, bawang putih, cili, ikan bilis, telur, sayur-sayuran seperti kobis, kangkung, lobak atau sawi.

Hidangan gizi lengkap ini selalu dihidangkan semasa sarapan pagi atau makan malam. Amat mudah disediakan bagi anak perempuan dan cukup berkhasiat.

#6. Nasi lemak

Boleh dikatakan nasi lemak adalah makanan asas harian bagi orang Melayu. Pagi-pagi mesti cari nasi lemak bungkus. Harganya yang berpatutan dan boleh dimakan bila-bila masa.

Nasi lemak paling mudah dimasak dan jika anak dah pandai masak sambal tumis, lagilah mudah jadinya. 

#7. Gulai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masakan gulai orang Melayu ada banyak jenis seperti gulai kari, gulai kurma, gulai lemak cili padi dan asam pedas. Biasanya gulai sedap dimasak bersama pelbagai jenis lauk samada ayam, kambing, ikan atau udang.

Teknik masakannya berbeza mengikut latar belakang negeri masing-masing. Ada yang menumis dahulu kemudian mereneh dengan api perlahan dan ada yang menggunakan teknik merebus dari awal.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kandungan Masuk 7 Bulan, Mira Filzah ‘Payung’ Gambar Baby Bump, Buat Peminat Teruja!

Baca juga: Tengah Hari Buta Nak Lari Rumah, Ibu Tergelak Lihat Anak Merajuk Dengan Tok Ayahnya

Baca juga: Para Isteri Jangan Terlalu Lasak & Angkat Berat, Ini 9 Tanda Peranakan Anda Telah Jatuh

Penulis

Lala Annuar