Sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19, seluruh dunia telah menerima bekalan beberapa jenis suntikan vaksinasi bagi menyelamatkan nyawa masyarakat. Negara kita tidak terkecuali dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan kini telah dikemaskini vaksin untuk ibu hamil dan menyusu adalah selamat diambil.
Pemberian vaksin ini dilakukan secara berperingkat dengan mensasarkan golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti seperti petugas barisan hadapan. Walau bagaimanapun bagi kes ibu mengandung dan menyusu, masih ramai tertanya-tanya bagaimana prosedur dan jenis vaksin yang sesuai.
Jenis suntikan vaksinasi untuk ibu hamil dan menyusu
Seperti yang dikemaskini baru-baru ini, jenis suntikan vaksin Covid-19 yang sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu badan adalah keluaran Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca Oxford, boleh dikatakan semua vaksin yang ditawarkan sekarang sesuai untuk semua ibu hamil dan menyusu. Vaksin ini serasi diambil bagi wanita mengandung antara 14 hingga 33 minggu.
Untuk kandungan lebih 34 minggu, anda dinasihatkan berunding dengan doktor dan pegawai kesihatan terlebih dahulu. Vaksinasi akan dilakukan selepas konsultasi dengan doktor bergantung kepada keadaan kesihatan ibu hamil.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengatakan bahawa maklumat terbaharu mengenai kesesuaian jenis suntikan Covid-19 bagi ibu mengandung dan menyusu akan dimaklumkan secara rasmi dari semasa ke semasa.
Untuk makluman, infografik di bawah ini adalah garis panduan yang terbaru ya. Tolong sebarkan pada semua yang berkenaan.
Panduan pendaftaran untuk program vaksinasi
Bagi yang sudah mempunyai akaun MySejahtera, anda diminta kemaskini bahagian penyusuan dan ibu hamil dalam ruangan COVID-19 Vaccination dan klik Vaccine for (nama anda).
Orang ramai dinasihatkan agar tidak pergi ke pusat pemberian vaksin untuk mendapatkan suntikan bagi mengisi kekosongan individu yang tidak hadir.
Hal ini adalah tidak dibenarkan. Tambahan pula, kini semua orang perlu mengikut giliran dalam aplikasi MySejahtera, tiada lagi tawaran sukarela atau first come first serve untuk vaksin AstraZeneca sebelum ini.
Adakah vaksin Covid-19 selamat untuk wanita mengandung?
Menurut penjelasan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), wanita mengandung memiliki risiko tinggi sekiranya dijangkiti Covid-19. Namun masih belum ada data keselamatan yang lengkap dari segi ujian klinikal dan tambahan mengenai keselamatan vaksin termasuklah vaksin mRNA untuk diberikan semasa kehamilan.
credit to sources
Setakat ini, maklumat yang ada bagi profil vaksin Covid-19 untuk wanita hamil adalah seperti berikut:
- Data yang tersedia kini hanyalah dari kajian mengenai kesan toksik terhadap pembiakan haiwan. Ia menunjukkan tidak ada masalah keselamatan yang berlaku pada tikus makmal yang menerima suntikan Moderna sebelum atau semasa kehamilan. Manakala kajian mengenai kesan vaksin Pfizer-BioNTech sedang dijalankan.
- Para pengkaji masih melakukan penilaian terhadap faktor keselamatan, toleransi dan imunogenik dalam kajian terhadap wanita mengandung.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesyorkan vaksinasi Covid-19 terhadap ibu mengandung buat masa ini kerana datang masih belum mencukupi.
Namun perkara ini terkecuali sekiranya wanita hamil tersebut memiliki risiko tinggi untuk dijangkiti, misalnya bertugas sebagai kakitangan kesihatan.
Kumpulan wanita mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 namun hendaklah mendapatkan nasihat pakar atau doktor terlebih dahulu. Ini kerana ia amat bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.
Perkara ini ditegaskan susulan masih terdapat kekeliruan dan masyarakat menyangka anda dilarang terus daripada mengambil sebarang jenis suntikan Covid-19 kerana bimbang akan kesan sampingan, kandungan dan anak yang sedang menyusu.
Sebelum mendapatkan vaksin ini, anda hendaklah memastikan kehamilan sihat dan selamat. Doktor pakar ibu dan anak boleh membantu anda melakukan penilaian kesihatan diri.
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!