X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jerawat Di Hidung, Pipi Makin Teruk Ketika Hamil? Ini 5 Cara Mudah Atasinya

4 min bacaan
Jerawat Di Hidung, Pipi Makin Teruk Ketika Hamil? Ini 5 Cara Mudah Atasinya

Jerawat di hidung dan pipi memang biasanya muncul banyak ketika kehamilan. Perubahan hormon dan reaksi kepada badan antara sebab ia berlaku.

Kehamilan akan menyebabkan perubahan hormon pada badan anda. Antara yang mungkin berlaku adalah kemunculan jerawat. Jerawat di hidung dan pipi antara yang menjadi rungutan ibu mengandung.

Jadi ibu hamil jangan stres, ia adalah perkara biasa untuk jerawat muncul lebih daripada biasa ketika proses kehamilan anda. 

Cuma jika anda rasa tidak selesa, bolehlah cuba produk yang selamat digunakan untuk ibu hamil. Jangan pula pakai hentam saja ya kerana ada kosmetik yang tidak sesuai digunakan oleh ibu hamil.

Baca juga: Ini Cara Selamat Untuk Merawat Jerawat Ketika Hamil – Awas Ya Ibu-Ibu, Elak Beri Kesanan Pada Bayi!

Jerawat di hidung, pipi tumbuh banyak ketika hamil, kenapa ia terjadi? 

Jerawat Di Hidung

Sama seperti penyebab jerawat yang lain, jerawat di jhidung muncul akibat pengumpulan sel kulit mati yang menyebabkan penyumbatan kepada liang pori akibat minat berlebihan.

Selain itu, hidung juga termasuk dalam T-Zon yang ia adalah kawasan jerawat sering muncul tidak kiralah ketika anda hamil atau sebalinknya,

Kawasan ini akan menghasilkan minyak lebih banyak daripada kawasan lain disebabkan itu ia kawasan paling banyak dan gemar ditumbuhi jerawat, 

50 perartus wanita mengandung mengalami masalah ditumbuhi jerawat ketika mengandung. Justeru itu, percayalah bahawa anda bukanlah satu-satunya ibu mengandung yang menghadapi masalah ini.

Namun, bukan semua wanita mengalami masalah ini seperti waktu remaja mereka. Sesetengah wanita memaklumkan bahawa kulit mereka lebih licin semasa mengandung dan wajah mereka kelihatan lebih bercahaya.

Ini secara umum disebabkan oleh volum aliran darah yang menyebabkan kulit muka menjadi kemerah-merahan. Ia juga berpunca daripada pengeluaran minyak tambahan yang berlaku pada kulit semasa mengandung.

Punca jerawat suka muncul ketika hamil

Jerawat Di Hidung

Ia berpunca daripada jumlah hormon berlebihan terutamanya oestrogen dan progesterone yang merupakan hormon seks wanita. Ia turut di sumbang oleh hormon seks lelaki iaitu testosteron dan androgen.

Semua hormon ini memainkan peranan secara langsung dalam pengeluaran sebum. Perubahan jumlah gula dalam darah yang mengalir serta insulin hormon juga menjadi penyebab tumbuh jerawat semasa mengandung.

Semua faktor ini mempunyai kesan pada pengeluaran minyak berbanding rembesan biasa padar kadar yang mencukupi untuk melembapkan kulit dan menjadikannya gebu. Lebihan minyak yang dikeluarkan menyumbat liang roma.

Cara mengatasi kemunculan jerawat ketika hamil

Jerawat Di Hidung

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
  • Cuci muka anda dengan pencuci muka khas yang lembut, ringan dan tanpa pewangi.
  • Gunakan air suam, bukan air panas.
  • Gunakan penyental emping oat untuk membantu merungkai liang roma yang tersumbat, tetapi jangan sental terlalu kuat. Semasa mengandung, kulit terlalu sensitif dan memberi reaksi kepada rawatan yang keras.
  • Bilas kulit dengan cermat dan keringkan dengan menepuk-nepuk secara perlahan menggunakan tuala lembut.
  • Ganti tuala dan penyental anda beberapa kali setiap minggu.
  • Anda mungkin ingin gunakan penyerap kapas atau fabrik lembut pakai buang untuk mencuci kulit anda. Jangan guna semula dan dapatkan penyerap pakai buang di pasar raya atau farmasi.
  • Pastikan tuala anda kering dan jangan biarkan ia basah semasa ia digunakan sekali lagi seterusnya.
  • Cuci muka anda dua kali sehari – mencuci lebih daripada itu akan mengeringkan kulit. Walau bagaimanapun, selepas bersenam anda mungkin ingin mencuci muka anda sekali lagi.
  • Gunakan pelembap tanpa minyak atau serum muka. Elak daripada menggunakan terlalu banyak kerana penggunaan berlebihan akan menyumbat liang roma.
  • Elak pendedahan kepada matahari. Haba dan peluh boleh memburukkan lagi masalah jerawat.
  • Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Jika anda berambut panjang dan/atau mempunyai rambut berjurai di depan, sikat rambut anda ke belakang supaya tidak menutup muka.
  • Cuci rambut anda dengan kerap bagi menghilangkan pengumpulan minyak.
  • Minum lebih banyak air dan elak meminum teh/kopi terlalu banyak. Dua cawan sehari sudah memadai.
  • Berhati-hatilah tentang cara bagaimana anda mencuci tangan anda, terutamanya jika anda cenderung untuk menyentuh muka anda banyak kali.
  • Pastikan diet anda berkhasiat dan menyihatkan. Minimumkan pengambilan lemak tepu dengan menetapkan sekurang-kurangnya lima hidangan mengandungi sayur-sayuran dan dua hidangan mengandungi buah-buahan setiap hari serta meliputi bijirin sepenuhnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: huggies

Baca juga: Maksud Jerawat Berdasarkan Kedudukan Di Muka, Ini Punca & Cara Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Jerawat Di Hidung, Pipi Makin Teruk Ketika Hamil? Ini 5 Cara Mudah Atasinya
Kongsikan:
  • Maksud Jerawat Berdasarkan Kedudukan Di Muka, Ini Punca & Cara Mengatasinya

    Maksud Jerawat Berdasarkan Kedudukan Di Muka, Ini Punca & Cara Mengatasinya

  • Ketahui Jenis Jerawat Bayi, Ia Masalah Yang Buat Si Comel Tak Selesa

    Ketahui Jenis Jerawat Bayi, Ia Masalah Yang Buat Si Comel Tak Selesa

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Maksud Jerawat Berdasarkan Kedudukan Di Muka, Ini Punca & Cara Mengatasinya

    Maksud Jerawat Berdasarkan Kedudukan Di Muka, Ini Punca & Cara Mengatasinya

  • Ketahui Jenis Jerawat Bayi, Ia Masalah Yang Buat Si Comel Tak Selesa

    Ketahui Jenis Jerawat Bayi, Ia Masalah Yang Buat Si Comel Tak Selesa

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.